Assalaimualaikum, salam ceria dan salam 1Malaysia kepada kawan-kawan semua. Beberapa hari lagi kita umat Islam akan menyambut ketibaan bulan Ramadan al-mubarak. Bulan yang penuh keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t. Mudah-mudahan kita bergembira dan rindu untuk menyambut kehadiran bulan yang mulia ini.
Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allah SWT untuk menyambut Ramadhan Al Mubarak yang bakal tiba ini. Bulan Ramadhan adalah anugerah Allah yang paling berharga buat kita sebagai umat islam. Dalam bulan ini Allah SWT telah mengurniakan pelbagai bentuk nikmat dan anugerah yang tidak terhingga banyaknya kepada kita. Bulan ini adalah merupakan bulan yang diwajibkan ke atas umat islam menunaikan ibadah puasa.
Dengan berpuasa, kita bukan sahaja menahan diri daripada makan dan minum, malah seluruh anggota seperti telinga, mulut, mata, kaki, tangan dan hati juga hendaklah turut berpuasa. Seseorang itu tidak dinilai sempurna ibadah puasa selagi tidak menahan diri daripada melakukan segala tegahan Allah.
Bulan Ramadan dikurniakan dengan banyak keistimewaan yang luar biasa. Antaranya terdapat satu malam yang cukup istimewa buat kita umat islam iaitu Malam Lailatul Qadar yang mana malam tersebut adalah lebih baik dari 1000 bulan. Selain dari itu pintu syurga akan terbuka dengan luasnya. Manakala pintu neraka akan tertutup serapat-rapatnya dan para syaitan akan diikat dan dirantai. Permulaannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya kebebasan daripada api neraka. Ini menunjukkan bahawa punca-punca amal kebaikan dibulan Ramadan adalah terlalu banyak. Manakala rangsangan maksiat dan kejahatan adalah kurang dan terbatas. Kawan-kawan semua, sama-samalah kita menghidupkan Ramadan dengan solat Tarawih, bertadarus al-Quran, memperbanyakan istighfar dan bermunajat kepada Allah SWT di tiap-tiap malam sebelum bersahur.
PS Mubin mengingatkan diri dan kawan-kawan, ibubapa dan masyarakat Islam agar dapat mengambil peluang ini untuk mendidik nafsu dan membersihkan jiwa daripada kekotoran dan dosa agar keluarga dan anak-anak kita istiqamah melaksanakan perintah Allah. Marilah kita sama-sama meraikan bulan Ramadhan yang bakal tiba ini dengan penuh perasaan syukur, gembira dan gunakan peluang keemasan yang dianugerahkan Allah kepada kita untuk mengerjakan amal kebajikan sebanyak mungkin dan menjauhkan dari segala amalan yang dimurkai Allah.
PS Mubin: Bersyukur kepada Nya kerana dipertemukan lagi
dengan Ramadhan. Amin…. Selamat menunaikan ibadah puasa.
17 comments:
Ramadhan datang lagi - bulan Ramadhan merupakan bulan yang mpunyai banyak kelebihan.
Smoga dalam bulan ini, sama2lah kita memperbanyakkan amalan utk mendpt keberkatanNya..
Sabda Rasulullah : Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yg diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu-pintu syurga dan ditutup padanya pintu-pintu neraka, ditambat padanya syaitan-syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak.
2010
Tinggalkan kebunan Ramadan,
bukan bererti membiarkan lelalang lebat menghijau.
Tapi menyemai benih kekacang,
untuk musim tuaian nanti.
2011
Bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah kurniakan dgn beribu nikmat..bulan ramdhan 1pahala kebaikan digndakan menjadi 7pahala kebaikan.yang sunat jika dikerjakan akan mendapat pahala wajib manakala ibadat wajib jika ditunaikan mendapat berganda ganda pahala..
Itulah bonus untuk umat Islam..BEribadat lah..Jika satu hari kita boleh menghabiskan satu juzuk Al quran..Insya Allah ibadah kita itu akan diterima..
setiap manusia tak sabar menunggu bulan ramadhan.. bulan ni penuh keberkatan..
di mana adanya malam lailatulqadar.. setiap manusia tidak sepatutnya melepaskan bulan ramadhan ni tanpa melakukan amal ibadat..
banyak betul kebaikan bulan ramadhan ni kan...
memang patut lah kite umat islam menanti2kan saat datangnya bulan ramadhan...
semoga ramadhan tahun ini menjadi remadhan terbaik dari ramadhan2 sebelum2 ni...
dan ramadhan tahukn2 akan datang insyALLAH lebih sempurna...
selamat menyambut ramadhan almubarak kepada semua ;p
ye..kita kena memanfaat kan bulan ramadhan ni dengan sebaiknya :)
IntaNBerliaN
dulu kalau masa kecik2 lagi...tak sabar nak puasa sebab nak menjamu selera dgn juadah yg beraneka jenis..ehehe
kaseh suchi
Salam ramadhan jugak..semoga segala nya berjalan lancar..Dan berpuasa lah seelok elok nya..kerna mungkin ini puasa kita yg terakhir..siapa tahu kan..2012 bakal muncul..
Azie Azman
betul tu
selamat berpuasa kpd semua!=)
insyaAllah sama2 kita ambil peluang keistimewaan bulan ramadhan ini..:)
syukur ramadhan datang lagi dan bepeluang mrasai bulan yg mulia ini.. setiap kali menjelang ramadhan selalu mengingati diri agar berbuat perkara yg baik2 saja dan tingkatkan amalan.. dan moga ianya berterusan setiap hari..
terasa keinsafan kerana bulan keberkatan ini memberi hidayah agar berubah.. mudah2an
Esok dah posa..Salam Ramadhan semua...
semalam bersahur bersama anak2, anak2 dah request nak berbuka apa utk puasa pertama ini...hehee...
Alhamdulillah, Allah masih dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan ramadhan. Manfaatkan Ramadhan dengan sebaik mungkin buatlah yang terbaik untuk diri dan keluarga. insyaalah hidup kita diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT. T.kasih pada semua yang berkongsi ilmu diruangan ini.
salam ramadhan buat semua!
PS Mubin : betul tu, syukur..kita semua masih dapat bertemu bulan yg mulia utk tahun neh..al-fatihah buat insan yg telah tiada..semoga ramadhan kali neh diberkati Allah dan segala amal ibadah kita diterimanya....amin....
PS mudin
betul tu..bersykur..syukur sesangat
bulan Ramadhan,bln yg byk menginsafkan kita..
semoga ramadhan kali ni, membawa makna yang besar pada kita. semoga amalan kita berlipat ganda dan diterima!
Post a Comment