Followers

Thursday 7 July 2011

Memori Pejuang Bangsa


Hi kawan- kawan. Apa khabar? Tentu semua rakan 1klik sihat kan.

Ok. Hari ini Shinny nak berkongsi maklumat tentang seorang pejuang bangsa yang kita tak berapa kenali ataupun tiada dalam memori kita. Yaa. Sebab itulah Shinny pilih tajuk memori pejuang bangsa. 


Manikavasagam Namasivayam lebih dikenali dengan nama Vasagam dilahirkan pada 2 Julai 1990 di Jaffna, Sri Lanka. Pada tahun 1916, dalam usia yang masih muda, Vasagam datang ke Tanah Melayu yang ketika itu berada di bawah pemerintahan British. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah King Edward, Taiping. Selepas itu, beliau menceburi dalam bidang perkhidmatan kerajaan. Beliau amat meminati bidang sukan dan merupakan peserta terawal mewakili Malaya.

Vasagam bukan sahaja dilahirkan sebagai atlet olahraga bahkan merupakan pemain bola sepak yang mahir. Beliau merupakan pemain tempatan pertama yang memenangi larian 440 ela di MAAA Championships pada tahun 1924 dan 1925. Catatan masa yang dibuat ialah 56.0s yang dianggap sebagai luar biasa ketika itu. Selain itu, beliau melibatkan diri secara aktif dalam bola sepak, olahraga dan menjadi setiausaha pengasas Federation of Malaya Olympic Council (FMOC) pada tahun 1953.

Pada tahun 1954, Vasagam telah merealisasikan penyertaan pertama Malaya ke Sukan Asia di Manila. Beliau memainkan peranan penting untuk Olimpik Malaya dalam kejohanan di Melbourne pada tahun 1956. Beberapa orang anaknya termasuk M. Jagathesan turut menyumbang ke arah pembangunan sukan negara. Jasa Vasagam yang tidak ternilai ialah dengan meninggalkan sebuah pertubuhan kukuh yang menjadi penyambung dalam membina legasi kesukanan negara. N.Manikavasagam meninggal pada tahun 1985 dan pengorbanannya akan sentiasa diingati.

Pesan Shinny, sebagai seorang anak Malaysia, kita mempunyai tanggungjawab dalam melahirkan sebuah generasi yang tidak lupa pada sejarah dan kita harus membekalkan ilmu yang sangat bermanfaat kepada anak-anak kita.


Shinny: Nanti Shinny akan berkongsi pula segmen lain, ok!

17 comments:

Unknown said...

lahir pada 2 july 1990? shinny tersilap type tu kot....

padlie said...

Rasanya 1890 tu..

Ramai yang berjasa untuk negara kita dalam pelbagai bidang, tapi tak ramai yang kita kenal..

Bagus la Shinny adakan segmen begini..

Wan_hazel said...

a ah betul tu...kita berjuang kerna Mlaysia..jangan derhaka kepada Negara,,

Anonymous said...

sorry tersilap. 2 july 1900.

Anonymous said...

x jadi perdana menteri pun boleh mengharumkan nama negara jugak.....

hehehe...

jasamu dikenang Vasagam =)

Joel Leslie said...

saya hormat mereka ni :) Terima kasih kerena membanggakan negara kita ! :)

Dan sama-samalah kita yg masih berada di sini, melakukan sesuatu untuk mencapai kejayaan dan membanggakan negara kita yang tercinta ! Kalau tidak dlm bidang ko-kurikulum, bidang akademik pun sangat bagus :D betul ?

rusna wana said...

Smoga pejuang2 bangsa ini akan kita kenang smpai bila2 sebab mereka lah kita telah mendapat perjuangan dan kemerdekaan negara Malaysia yg tercinta...

Sebab pejuang bangsa inilah, kita hidup dibumi Malaysia yg aman dan damai ini..memperolehi kehidupan yg baik dan sempurna berbanding dengan nenek moyang kita yg terdahulu hidup di dalam ketakutan, kesengsaraan dek keganasan british, jepun dan lain2..

Macam tokoh kita ni, tidak semestinya ahli sukan ke, ahli pendidikan ke, kita sebagai warga Malaysia mesti mempertahankan negara kita ..

amiraliyana said...

1990? hehe.. shinny dah perbetul 1900.. terkejut gak memula tengok 1990 tu. sm umur ngn sy dah tu..hehe

ohh.. beliau banyak berjasa dalam bidang sukan la eh.. tambah info sejarah baru dah ni..:)

Wan_hazel said...

amiraliyana

a a lah kan..info baru tu...

Unknown said...

hehe...nana pon terkejut 1990:)

nana kalo bab2 sejarah neh mmg cepat je lupa....banyak betol sejarah2 negara kita..ingat yg mana penting je..hehe...apapun info sebegini mmg bagus utk kita...supaya kta taw and ingat jasa2 n pngorbanan mereka...

Wan_hazel said...

bukan anna je yang lupa..wan pun mudah lupa gak...benda yg dah lama tak sentuh so terlupa lah kan..bende yg slalu wan dgr je wan ingat...yg pentng wan berbangga sebab sarawak ada;lah sebahgian dari Mlaysia...terima kasih dengan sejarah

Unknown said...

hehe...ada jgk geng neh...kawan nana tu suka sangat sejarah ...nana punya spm sejarah pon b taw...segan pulak ase...hehe....org laen semua a:) wan msti a kan..slu laki suka sejarah...

Wan_hazel said...

hahaha...wan tak yah crite lah...bab hafal nie kurang skit..wan tak minat ...law matematik..kasi je kat wan...faberet subjek...

Unknown said...

enginering mesti lah terer mate! hehe...

Wan_hazel said...

nanakimie

waaaa...taw gak ye wan nie enginering ..ahahha...malu2

aqishah said...

ermm x pernah dengar pun pasal ni... apa2 pun sumbangan kpd negara tak kira sukan ataupun jasa apa2 yg dilakukan demi mengharumkan negara amatlah dihargai dan patut diwar2kan seluruh malaysia... x gitu?

Wan_hazel said...

aqishah

betul tu...mesti dikongsi untuk semua...contoh nya skang.Harimau melaya menentang singapore...ehhehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...