Followers

Friday 15 July 2011

Mee Ke Mi?



GEGIRL masih di JOHOR. Makanan yang dipilih pada kali ini berasaskan mi. MI tau, bukan MEE mengikut ejaan di Kamus Dewan Edisi Ke-empat.

Mi apa ya yang menarik di sekitar Johor? Pasti kotak fikiran kita terus berkata Laksa Johor, Mi Bandung dan juga Mi Rebus kan? Namun, pada kali ini GEGIRL hanya akan berkongsi masakan Laksa Johor dan Mi bandung ya. Setiap negeri di Malaysia mempunyai laksanya yang tersendiri. Jika Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis berbangga dengan Laksa Utara, Kelantan dan Terengganu bangga bersama laksamnya, Sarawak dengan Laksa Sarawaknya. Johor juga tidak ketinggalan, gah berdiri bersama Laksa Johornya.


Laksa Johor berasaskan spaghetti dan kuahnya adalah daripada isi ikan yang dicampur dengan santan dan ditumis dengan pelbagai rempah termasuk rempah kari. Laksa Johor dihidang bersama ulam-ulaman seperti bawang, kacang panjang, daun kesum, timun dan juga nanas. Selain itu, sambal belacan sebagai penambah rasa. Sekarang, banyak dijual perencah segera yang memudahkan GEGIRL dan wanita-wanita berkerjaya untuk memasak untuk diri sendiri, rakan-rakan dan keluarga. Betul tak?


Mi Bandung adalah satu masakan dan makanan tradisional yang terkenal yang berasal dari Muar, Johor. Perkataan 'bandung' bererti 'berganda' atau 'berkembar' atau 'berpasangan' di mana sesuatu bergandingan atau bercampuran dengan sesuatu yang lain. Umpamanya seperti 'Sirap Bandung' di mana susu dicampurkan dengan sirap ataupun 'Rumah Berbandung' untuk rumah berkembar (semi-D). Manakala Mi Bandung pula, merupakan gandingan mi dan telur sahaja pada ketika dahulu disebabkan itulah ia digelar Mi Bandung. Namun, kini Mi Bandung mengalami transformasinya apabila kini ditambah dengan bahan tambahan seperti udang, daging, kuih ikan dan sayuran.







GEGIRL: habis diet seimbang GEGIRL..hi

35 comments:

amiraliyana said...

ejaan dia mi eh? salu tulis mee..

wah sedap mknan2 tu.. suka makanan berkuah cmtu..

Wan_hazel said...

kat sarawak dengan laksa sarawaknya..ada ayam bunga kantan,udang limau gak..dan kuah laksa ,,mi lak mi bihun..yang halus tu..Wan tak brapa gemar mam laksa sarawak..Wan lebih suka mam mi jawa..hehehe..

tak taw lah nape law org semenanjung pergi ke rumah Wan..mesti dia orang nak sangat mam laksa sarawak.Bukan skali dua..tapi berkali kali..dan tiap kali raya kakak dan mak Wan mesti akan wat laksa sarawak nie..

laksa johor pun apa kurang nya..sedap jugak..tapi jaranglah nak mam..Mi bandung memang pergh..nyam nyam..Kuah yang melimpah limpah..penuh satu mangkuk kalau makan kat kedai2...tapi tengok jugak lah kedai makan yang mana..

Joel Leslie said...

Terliur-liur tengok makanan itu Lagi-lagilah selepas membaca serba-sedikit ttg Laksa Johor dan Mi Bandung tu :)

Sebenarnya kalau makan makanan macam ini bukannya salah. Asalkan kita tak makan secara berlebihan. Setiap benda yang kita lakukan haruslah secara seimbang. Tidak bagus kalau berlebihan, tidak bagus kalau berkurangan. Jadi, kalau makan Laksa Johor dan Mi Bandung secara sekali-sekala tak salah, kan? Macam sy, mmg sukaa sangat makan Laksa Sarawak sebab memang sedap :) Slurpppp ! Nikmat yang maximum :D Tp, sy tahu tak bagus makan secara berlebihan. So, sy sekali-sekala je makan Laksa S'wak. Jadi, kalau makan sekali-sekala saja, pemakanan masih seimbang :)

aqishah said...

ermm sedapnya teringin nak makan mi bandung muar... huhuhu selalu gak makan.. paling sedap dekat ngan rumah kakak ipar... kuah dia pekat ada udang nyum nyum

Anonymous said...

x sangka bandung tu maksud dia macam tu..kite dok ingat mi bandung tu asal dari indonesia...
sebab tu nama dia bandung..hehe
terima kasih pada gegirl kongsi maklumat ni..hehehe

laksa johor kite xpernah rasa lagi...
sebagai pelajar yang ambik kursus makanan kite sangat lah setuju kalau nak jugak la share laksa johor tu makanan sihat..

kalau nak dibandingkan spageti memang mengandungi preservative atau parencah yang bagi makanan tu tahan lagi lama kan...
kalau dalam mi ke..koew teow ke...memang kurang baik la...
tambah-tambah laksa johor ada macam-macam ulam,,,memang berbaloi-baloi la

Ummu Ukasyah said...

Gegirl.. dua-dua mi sedap..

Sekarang saya suka mencuba segala kenis laksa.. tapi yang paling saya suka ialah laksa Sarawak. Sedap.

Kalau laksa johor paling sedap pernah saya makan, di terminal larkin. (lupa nama kedai )

Wan_hazel said...

Ummu Ukasyah

kan dah kata..ramai yg suka laksa saraawak..pun pun tak taw kenapa..ehehe..mungkin wan dah slalu sgt kot mam laksa sarawak so cita rasa pun berubah..

padlie said...

Saya kurang suka mi berkuah.. Puncanya, konon2 mi ni banyak kolestrol.. Tapi bila jumpa mi bandung, saya kalah dengan tarikan telur dia..

Nanti gegirl update la lg berkenaan mi yg lain ye..

rusna wana said...

wow- segala mi adalah my peberet..suka yg jenis ada kuah -

Wan_hazel said...

padlie


mi bandung is da best..eheheh..

Unknown said...

nana tak bape suka Laksa Johor..rasa dia macam mana ntah nak cakap..gegirl cakap b'asaskan spegeti,mybe tu jgk kot sebab nana xsuka...nana xmkn spegeti....apapun laksa penang jugak best!hehe....

rusna wana said...

suka laksa penang...laksa Johor yg ada nenas tu ker..? tak suka jugak..

Wan_hazel said...

nanakimie

lain org lain citarasa nya kan..lidah masing2..

amiraliyana said...

rusna wana: sama!! suka suma jenis mi jugak.. peberet2!! =)

amiraliyana said...

nanakimie: yess! suka jugak laksa penang.. dan laksa kedah ofkos! =)

Unknown said...

sis rusna wana : nana pon tak taw nak cakap macam mana..kuah dia rasa laen...tak suka..hehe...

Unknown said...

wan hazel : yup! nana neh citarasa kampung cket...spegeti n makanan pelik2 neh nana tak makan...hehe...

Unknown said...

eh lupa pulak nak tanya wan hazel, laksa Sarawak pun ada yer? nana tak pernah pulak dengar...slu dgr lksa ng, johor, kedah....

Unknown said...

amiraliyana : hehe...yummy! :)

Wan_hazel said...

amiraliyana


nie memang kuat makan nie..ahahah

Wan_hazel said...

nanakimie

sama lah wan..spagheti org kata sedap..tapi bila wan rasa kuah dia mak ai...pelik sungguh...

Unknown said...

lor, ingatkan wan suka spegeti...hehe...pelik kan..nana pernah rasa spegeti pizza hut punya...xsuka...xsedap..huhu

GEGIRL said...

AMIRALIYANA:
~sama dengan GEGIRL, selalu guna mee, sebab kalau beli mi kat pasar pun, bungkus dia eja MEE kan? tapi, bile rujuk DBP, rupa2nya MI..:)

WAN_HAZEL:
~ingat dulu, laksa maksudnya ialah berasaskan laksa...tapi, rupa di Sarawak, bihun..Johor, spagetti..
~sedap tau laksa Sarawak, esp bila org Sarawak sendiri yg masak..pertama kali makan bile kami ramai2 di ofis masak sama..chef dia kak sal, org Kuching..:)

JOEL LESLIE:
~bila kita tak makan selalu, memang tak akan ganggu diet kita..

GEGIRL said...

AQISHAH:
~kat mana tu? Mana tau, kalau ke Johor boleh cuba..

KASEH SUCHI:
~wah..hebatnya. Graduan pemakanan, apa kata kongsi sama tips berguna untuk diet seimbang? GEGIRL nak turunkan berat badan dalam masa 2 bulan.BMI normal tapi, nak turunkan lagi..:)

UMMU UKASYAH:
~laksa mmg sedap tau..tp, laksa utara jer x letak santan..:)

GEGIRL said...

PADLIE:
~telur yg cantik, perlu dimasukkan apabila masakan da siap dimasak..Insyaallah, GEGIRL akan kongsi mi seterusnya.Tapi, kalau PADLIE nak kongsi atau cadangkan mi apa, dialu-alukan..:)

RUSNA WANA:
~sama dengan GEGIRL, makan nasi pun nak berkuah, kecuali bila makan dengan ikan pekasam goreng..:))
~laksa Johor kebanyakannya tak letak nenas, sekarang Asam Laksa ataupun lebih dikenali Laksa Penang, ya..tapi, GEGIRL tetap suka yang lama..tanpa nenas..ikut citarasa masing2..

GEGIRL said...

NANAKIMIE:
~laksa JOhor pun sedap juga, da pernah cuba ke? GEGIRL nie memang suka mencuba masakan pelik2 dan unik.
~ Contohnya, kalau pergi ke Sarawak, GEGIRL akan cari laksa Sarawak n Mi Colok, tak akan makan makanan western atau fastfood punya lar...rugi.
~ Kita kalau pergi ke negeri2 lain, kena cuba rasa masakan tradisinya. Baru boleh bandingkan sendiri. Sebabnya, citarasa kita pasti berbeza dengan orang lain.:)

aqishah said...

gegirl mee bandung muar yg sy makan tu kat selangor.. sebelah UNITEN... kat situ jer yg paling sedap n mantopp... tmpt lain pernah cuba sume kalah... hihihihihi

teringin nak ke muar gak... nak rasa mee bandung muar yg asli tapi member yg dok sana dah transfer plak kalo x bole jln2 d muar.. :P

Wan_hazel said...

nanakimie

wan tak suka pun pelik rasa macm ape ntah..kuah yg pelik..bau pun pelik...

Wan_hazel said...

GEGIRL

a ah tiap2 laksa berbeza..mee dia yg berbeza..laksa lain2 negeri byk beza..nanti nak try wat laksa campur..erm..laksa satu Malaysia...Gegirl wat lah nanti k..hehehe..mesti popular nye..wat kasi idea je nie..hehehe

Ummu Ukasyah said...

laksa macam-macam jenis, semua negeri ada laksanya yang tersendiri. Ummi tetap suka laksa Sarawak sebab ummi orang Sarawak.hihi.. (memang sedaplah)

IntaNBerliaN said...

alamakk dah terliur pulak bila terbaca entry ni..hihii

saya tak pernah lagi makan laksa johor tapi tengok gambar ni macam best.. lebih2 lagoi saya memang sukakan laksa.. hihi

GEGIRL said...

AQISHAH:
~dekat jugak ya, boleh lar dalam list JALAN2 CARI MAKAN..:) terima kasih AQISHAH..

WAN HAZEL:
~nama LAKSA 1MALAYSIA, memang da kene..tapi, nak campur2 semua laksa?? adui ai..lalu ke nak cuba??hi


UMMU UKASYAH:
~bagus, semangat SARAWAKIAN tebal nie..bila boleh GEGIRL rasa masakan asli Laksa Sarawak dimasak sendiri UMMU UKASYAH nie?

INTAN BERLIAN:
~cubalar, selagi kita tak cuba sendiri..kita tak boleh bagi komen, tak kira sedap atau tidak...sebanya, citarasa individu berbeza..:)

Wan_hazel said...

Ummu Ukasyah


ktk org sarawak ka???waaaa...sama lah...sarawak best..kek lapis jgn lupak..trubok msin juak..ehehhe

Wan_hazel said...

IntaNBerliaN


ade masa try laksa sarawak lak..dah try lom??ehehhe...

Wan_hazel said...

GEGIRL


ahahaha...gegirl try lah buat..laksa 1Malysia...mee bermacam jenis..dan kuah bermacam jenis..boleh pilih nak guan kuah or mee yang nak...ehhehe..pattern asal wan hazel..gegirl tukang buat je..leh masuk malaysian book of record nie..ehehhe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...