Setiap orang ada keinginan untuk memiliki barang yang berjenama. Tapi tak semua mampu memiliki. Can see see, don't touching-touching....Hati kata nak, tapi poket kata tak boleh? Apa kan daya kena dahulukan apa yang penting dahulu. Barang yang berjenama harganya sangat mahal.
Untuk memenuhi kehendak, maka lambakan barang tiruan sangat bermaharajalela sekarang. Sebiji macam original. Sukar nak beza mana original mana tiruan. Barang tiruan seperti tas tangan, kasut, pakaian, kosmetik, pewangi dan perisian komputer.
Ramai yang telah tertipu dengan perkataan “ORIGINAL” . Penjual boleh meletakkan perkataan “ORIGINAL” sesuka hati sajer. Mereka kreatif untuk mereplika dari barang tiruan untuk menampakkan seperti original, semata-mata untuk mengaburi mata pembeli, terutama perfume sebab packaging sama, bau sama dan botol sama.
Sesetengah memiliki barang “ORIGINAL” merupakan satu kepuasan. “Alah membeli, menang memakai”. Tapi barang yang original ni, kualitinya sangat bagus. Setiap orang ada “brand favourite” masing-masing. Ada yang minat Coach, Guess, Harrods dan macam-macam lagi la. Kalau barang tiruan, nannti boleh la selalu tukar handbag, Dah la murah pastu sebiji original dan tahan lasak gak. Sesetengah orang lak, setahun duk pakai satu beg jer....sebab beg tu original, pastu kondisi nyer sangat baik lagi. Apepun terpulang pada kepuasan individu dan kemampuan individu itu sendiri. Jangan lah "biar papa asalkan bergaya". Ukur baju di badan sendiri.
Manakala barang tiruan kita boleh miliki dengan harga yang murah malah seakan sama dengan yang original. Tapi mungkin kurang dari segi kualiti nya. Barang pula mudah untuk dapati di pasaran semasa. Ada individu yang berani membeli barang kosmetik dan produk kecantikan tiruan di kaki-kaki lima yang boleh dibeli dengan harga yang sangat murah seperti Mac, SK II dan banyak lagi la. Kesannya nanti muka kemerahan dan mengalami masalah kulit yang teruk.
Jentayu: Tapi apa-pa pun terpulang pada individu. Tapi apa pun keadaan, Jenama atau Tiruan, belanjalah ikut kemampuan.
23 comments:
membeli biarlah atas kemampuan diri sendiri - jgn sebab nak melawa, poket pula yg kering...
bagi sy; bila membeli barangan tu biarlah yg berpadanan - atas kemampunan dan budget kita...contohnya; klu beli yg original tapi tak dapat kepuasan, takde gunanya juga..sebab dulu, penahlah beli kasuh jenama XXX (branded juga) tapi beberapa kali pakai jer, dah ada calar..adusss! sedihnya.. klu macam tu lebih baik beli yg brand2 murah2 tu jekkkk...
Tapi kalau minyak wangi, mesti beli yg original - tak mainlah yg spuloh hengget..heheee...yg original ni, bau ni long lasting..
klu barang kosmetik pula, biarlah yg original, sebab yg tiruan ni, byk efectnya nanti..yg original kit nak guna pun takdelah was-was..
barang tiruan nie berlambak je kat pasaran...ada gak yg sanggup beli barang2 kat kaki lima kan..sebabnya jenama dan murah..
Dan ada jugak peniaga yang nak ambil keuntungan semata mata.jual barang tiruan dengan harga barang original..
Bagi Wan..law pakaian lak better beli bandel...hehehe..and law elektronik wan lebih sennag beli yg original..
Original & tiruan...
Bagi yang mementingkan kualiti sesuatu barangan pasti akan memilih barang yang original. Manakala, barangan tiruan pula menjadi pilihan bagi mereka yang mungkin kurang berkemampuan. Ada yang berminat akan barang yang berjenama, namun tidak semua orang mampu membelinya. Pada saya,masing-masing ada pro dan contrast nya. Terpulang kpd individu tersebut untuk memilih.
(^_^)
kepuasan dalam berbelanja bagi yang berada xpa lah...
jangan yang x berada pun ikut nak puas berbelanja...
kang makan entah kemana...pakai entah ke mana....
ukurlah baju di badan sendiri,,,
jangan tengok kawan pakai levi's original rm300 kite pun nak yang tu jugak...
tengok poket la...
kalau x mampu pakai levi's thailand pun xpa...janji x susah di kemudian hari...
alah membeli menag memakai..
tapi jangan lak kita ikut slogan 'biar papa asal bergaya' sudah..
"ukur baju di baju sendiri".. ikut pepatah tu.. jangan semata2 nak nmpak bergaya kita tak ukur kemampuan kita.. peace =)
Nak beli barang ORIGINAL pun kena ada ilmu. Silap haribulan, bayar lebih untuk barang tiruan..
Tak dinafikan membeli barang ORIGINAL memberikan satu kepuasan kepada diri kita. Tambahan pula jenama tu memang menjadi pujaan ramai..
Dari segi kualiti sebenarnya tak semua yang ORIGINAL itu tahan lasak dan tahan lama walaupun dari segi kualiti bahannya baik.. Ada yang memerlukan penjagaan yang rapi, contohnya pakaian. Ada yang pakai beberapa kali dah nampak kusam dan ada yang kekal cantik walaupun dah bertahun-tahun..
wan sokong apa yg kaseh suchi cakap tu..betul tu..kene ukur pndapat sendiri..dan law kita tengok sekeliling kita pelajar pun dah boleh guna barang jenama2 nie...sebab ada wang pinjaman..
dan segelintir rakyat kita nie..yang kaya dengan lagak sombong nya dan yang miskin dengan lagak kaya nya..
thumbs up to padli...
ada kawan kite beli beg berjenama sampai beratus-ratus ringgit tapi x guna pun beg tu...
ishk kalau la duit beratus tu digunakan wat makan da dapat makan kat seoul garden bapa kali da kan..hehehe
jadi buat lah research sikit pasal barang2 yang kite nak beli kalau barang tu melampaui batasan harga dengan kemampuan kita,,jangan bazirkan setiap sen yang ada...
teringat satu iklan tu
'duit sukar dicari,
menghabiskannya mudah sekali'
yang bawah tu kite adjust sikit k
'jika tak mahu merana diri..pikir dahulu,
sebelum membeli'
Bagi saya, saya tidak memilih barang berjenama ataupun tiruan.
Belilah barang 1 Malaysia. :)
Betul tu amiraliyana.. Ukur baju di badan sendiri.
Saya lebih memilih untuk membeli barang-barang yang murah tak kira jenama apa. Tapi kena pastikan kualitinya. Sebab kadang-kadang barang yang tidak berjenama ni pun lebih kurang je dengan yang berjenama. Ada apa pada jenama, kita membeli mahal-mahal hanya untuk membayar jenama bukannya barang tersebut.
Teringat satu soal jawab dalam tv1 tentang barangan jenama 1 Malaysia.
apa-apapun terpulang pada setiap individu.
Kenapa nak beli barang berjenama mahal-mahal?
Adakah kerana kualiti atau nak menunjuk?
kenapa memilih barangan tiruan?
Adakah kerana ingin menunjuk sebab beli barangan yang serupa original?
tepuk dada tanya iman.
Beli barang berjenama tak salah...tapi beringat2 lah..mama wan pun lalu beli barang berjenama..tapi tak guna pun wat simpanan kata nya..bila ditanya lagi ..mama Wan akan jawab untuk anak cucu mama nanti..Entahlah mungkin mama wan nak hadiahkan kat anak cucu dia nanti..Wan senyum je..Nak tegur pun salah...hehehe..
Wanita lain pemkiran dia..Law papa Wan..biar ade je..tak yah berjenama pun dah ok..asal boleh guna..Wan law barang kereta or gadget wan mesti nak berjenama..sebab pentingkan kualiti dan keselamatan..so nak beli apa tu fikir lah dulu.."menang membeli senang memakai"..eh betul ke pribahasa tu??ehehe
nana kalo baju, xdela pilih jenama sangat...hehe..baju murah2 je..janji selesa pakai:) memang betul apapun kena ngk kemampuan kita...jgn maen ikut sedap je beli...bila dah xde duit mula lah, nk makan pun susah...
tak dinafikan ada jgk sesetengah org beli brg mahal2 sebab nak jaga status..sebab nak menunjuk..huhu....nana rasa tak perlu tu semua....kemewahan hidup tak bawa kita kemana...
tertarik untuk berkongsi kata-kata hikmah dibawah neh......
''Jangan Bangga dengan Calvin Klien & Armani Exchange KERANA
Pakaian Terakhir kita adalah Kain Kafan...
'' Jangan Bangga dengan 125 & Caldina KERANA
Kenderaan terakhir kita adalah Keranda...
'' Jangan Bangga dengan Banglo dan Istana mu KERANA
Tempat Peristirehat mu yang terakhir adalah Kubur..
'' Jangan Bangga dengan Kecantikan mu kerana KERANA
Akhirnya Hanya menjadi santapan si Cacing..
nana
yg penting kita beringat inagt di dunia nie kan..nak pakai tu boleh tapi guna lah dgn tujuan yg elok...nak berbanga2 tu haruslah dielakkan..
yup! setuju 100%! hehe..
tapi kalau kita berkemampuan takde salahnya - kepuasan peribadi juga adalah penting...ada setengah orang tu, bila dh pakai barangn yg original dan branded (terkenal) level confidence dia pun meningkat..
so, kesimpulannnya disini: membeli barangan berjenama tu biarlah atas kemampuan diri kita sendiri...
bak kata kawan2 kita smua, rata2 mengatakan - 'ukur baju di badan sendiri ' - yakni maksudnya , biarlah kita berbelanja ikut kemampuan / tahap kewangan kita dan berhemahlah dalam berbelanja...
Mcm komen KASEH SUCHI tu, nak beli barangan jenama yg mahal tapi tak pakai, takde gunanya juga kan? lebih baik kita gunakan wang tu utk kepentingan lain...
Mcm Wan Hazel kata: beli barangan jenama tu tak salah, cuma sentiasa beringatlah...
Ummu : betul komen awak tu - barangan Malaysia tak kurang hebatnya..Marilah kita sokong Barangan Buatan Malaysia..
Thanks kawan2 atas pendapat kita semua ni...
nanakimie
hehehe..peace...
sis rusna : iye....tak salah pun kalo tujuan nya elok..macam sis cakap nak tingkatkan level confidence:)
rusna wana
a ah betul tu..yg penting ingat hari tua ... dan jenama tak dibawa mati..
barang tiruan ni memang berlambak kat pasaran.. kadang2 orang sanggup je beli yang tak original sebab tak mapu nak beli yang original..
kadang2 beli yang berjenama tu konon untuk merasalah seolah2 kita pakai barangan yang berjenama
berbijakla berbelanja... kalo mampu apa salahnyer guna yang berjenama kan...
apa pun ikut selera masing2 yer dan kemampuan duit masing2..
sekali sekala apa salahnya nak melaram barang berjenama kan
IntaNBerliaN
skang nie byk yg guna brg tiruan kan...law yg biasa guna brg jenama tu baru lah taw brg tu ori or tak..law yg mcm wan nie..tak or pun wan kata ori...
Sarah tak pernah beli barang yang original nie sebab masih lagi student.. tak ada la sampai beli seluar jean beratus-ratus ringgit.. Tapi sarah still puas hati walaupun memakai sesuatu barang yang tak ori dengan mendapatkan harga yang berbaloi, selesa dan berkena dimata.. Tu pon dah mendapatkan kepuasan dalam diri sarah.. hehe..
Tak dinafikan kalau barang-barang mekap nie perlu juga yang ori.. Tapi pernah try beli yang tak berapa ori, tiada kesan sampingan.. Alhamdullilah.. Depend dengan orang juga la..
Tapi kenalah ingat dengan kemampuan dan status kita.. Kalau yang masih belajar, tidak hairan la kalau pakai sesuatu benda yang tak ori.. Biasa la barang-barang tiruan nie kan..
Kalau kita dapatkan sesuatu barang tiruan dengan harga yang sama dengan yang ori, itu agap keterlaluan juga la.. Jadi, kena survey dulu sesuatu barang tu.. Jangan mudah tertipu dengan si penjual..
Post a Comment