Followers

Monday, 18 July 2011

Jalan-jalan di Jonker Walk

Hujung minggu lepas Uchee dan keluarga telah pergi bercuti ke Melaka. Kami bermalam di Melaka selama 2 hari 1 malam. Perjalanan yang mengambil masa selama 1 ½ jam dari Kuala Lumpur dengan melalui lebuh raya Plus adalah perjalanan yang tidak mengambil masa yang begitu lama. Di Melaka kami menginap di ‘Home Stay’ yang berhampiran dengan bandar Melaka iaitu Bandar Hilir. Melaka diberi gelaran bandar raya bersejarah kerana ia merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah. Seperti yang kita ketahui sejarah Melaka bermula dengan kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara iaitu seorang Raja Srivijaya dari Palembang yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Melaka mendapat nama sempena nama pohon tempat di mana Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara ganjil telah berlaku di mana anjing-anjing diraja telah ditendang oleh seekor kancil putih. Melihatkan perkara itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar tempat tersebut dibuka dan diberi nama Melaka.

Bukan sejarah yang uchee ingin kongsikan tetapi tempat membeli belah di waktu malam yang dikenali dengan Jonker Walk yang ingin Uchee kongsikan. Tempat ‘shopping’ waktu malam ini dikenali dengan Jonker Walk yang terletak di tengah bandar Melaka dan terletak di jalan Hang Jebat. Kalau di KL ni, Jonker Walk lebih kurang macam Petaling Street. Di Jonker Walk barang yang dijual adalah lebih kepada barang-barang yang lebih santai seperti baju, perhiasan wanita, beg, kasut, barangan kraf tangan yang unik dan juga berbagai-bagai barangan perhiasan yang lain. 

Pertama kali Uchee samapi di Jonker Walk ni, rambang mata juga lah tengok barang yang dijual di sini. Harga bagi barangan yang dijual di sini adalah berpatutan sesuai dengan jenis barang yang dijual. Dibuka hanya pada malam minggu iaitu hari Jumaat malam dan juga hari Sabtu malam dan  mula beroperasi pada jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Dibuka pada malam minggu adalah salah satu tarikan utama untuk pengunjung yang berada luar dari Melaka. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada orang ramai lebih bersantai membeli belah di waktu malam kerana  keesokan hari adalah hari cuti. Pada pendapat Uchee bagus diadakan tempat shopping pada waktu malam kerana malam cuaca tidak panas, untuk membeli belah kita lebih santai. 
 






Uchee: Seronok bercuti! 

26 comments:

ciknal said...

good entry!
memberi satu idea tempat untuk pergi bercuti nanti..;p

Wan_hazel said...

semua negeri pun ada pasar amlam kan..pasar malam nie jual murah...leh rambanag mata law nak membeli..malam seronok law shopping sebab sejuk dan tak lah panas sangat..orang yg bkerja pun ramai leh luangkan masa..


Walaupun ada yang kata tak de trend takde kualiti semua tu..Wan tetap gak suka ke pasar malam..hehehe..Owh ye..Nanti law ade rezeki lebih nak jugak lah ke kota yang bersejarah...Melaka..Tak de ke ole ole untuk kita semua..ehehhe..

nanakimie said...

sonok jenjalan kat melaka..xpuas kalo p dua tiga hari....tahun lepas nana holiday kat melaka tido kat homestay jgk...hotel semua pnuh sbb krismas day masa tu..

nana lalu je jonker walk neh. sebab parking penuh lagi pun masing2 da penat....sebelum tu naek cruise..even org ramai beratur, nak jugak naek...hehe....yang peliknya kat sana dah lewat malam pon kedai bukak lagi...pengunjung pon ramai lepak2 tepi sungai tu....xmacam lewat malam pon:)

padlie said...

Selalu lalu situ waktu siang je. Tak berkesempatan nak pergi.

Melaka memang tempat menarik untuk dilawati. Bukan sahaja terkenal dengan sejarah, bandar Melaka turut meriah pada waktu malam..

rusna wana said...

mcm downtownlah ni ...:-) tapi lain tempat lain namanya pula.. hari tu pegi Melaka, tapi takde lah berkesempatan jalan2 kat Jonker Walk ni..

Wan_hazel said...

nanakimie


waaaaa..macma syok je g melaka...Hope suatu hari nanti wan pun nak g sana..Kawan wan yg study sana hari2 lah jalan kat sana...kdg2 jelez lah jugak...

Wan_hazel said...

padlie


menetap kat sana ke???

amiraliyana said...

kalau pergi melaka tak pernah dtg sini.. in fact tak pernah tau pun..hee sori org melaka=)

nnti gi melaka lg boleh la pergi sini..:)

amiraliyana said...

padlie: ohh.. padlie org sna eh? boleh la bebila pergi.. mmg takdak msalah la kan:)

Wan_hazel said...

amiraliyana

dah pergi melaka..waaa best nya..nanti law pergi lagi nak gak lah ole2 dari melaka..ehehe

padlie said...

wan_hazel & amiraliyana

saya bukan orang Melaka. Tapi saya pernah bersekolah di Melaka selama lima tahun. Sekarang pun masih ke sana jumpa kawan-kawan.

nanakimie said...

wan hazel : mmg syok lah! hehe...free2 t p la taw...mmg bnyak tmpat menarik..nana p dua hari je...p melaka wonderland, zoo melaka, jenjalan kat bandar melaka tujela..xdapat nak jalan sgt...

nanakimie said...

padlie : betul3x! meriah sangat waktu malam...satu lagi kat melaka neh makanan dia boleh tahanla..hehe...kitorang dinner malam tu murah sangat..orang tak yah cakap la mmg ramai..maybe pekerja tu pun dah kelam-kabut..kira pun da tak betul agaknya...tu yg murah tu kot...terkejut jgk..mmg banyak lah kitorang order, ikan bakar fresh2,kerang,udang semualah..berbaloi3x! perut pun kenyang..hehe..

Wan_hazel said...

padlie

waaa..best nya,,,rasa nya tempat tggal padlie dekat je kan dengan Melaka..

Wan_hazel said...

nanakimie

Insya-Allah...kalau ade rezeki lebih dan umur panjang..nak merasa gak kota bersejarah..nanti wan roger2 rakan1 klik skali..leh ambek gambar sama2..ehehe

cikbintang said...

best entry ni!!!
sy suka pasar mlm!!
sy nk g brcuti ke melaka..
slama ni just walk in je kt sna...
x explore pon..huuu

Wan_hazel said...

cikbintang

lepas nie leh lah explore pasar malam kat melaka kan.>Wna je lah yg tak boleh..huhuhu...jelez taw

aqishah said...

dah lama x gi melaka... x tau pun ada jonker walk... hihihi

bab shopping ni mmg org pompuan suker... apa yg menarik nak shopping kat situ yer...

Ummu Ukasyah said...

Uchee : betul. Ummi setuju kalau tempat shopping diadakan pada waktu malam. Tak panas sangat. Tapi ada pro dan kotranya bukan?
Ummi suka berjalan dan bawa anak kalau cuaca tak panas.

Ummi belum pernah pergi melaka. InsyaAllah diberi kemudahan rezekidan kesempatan ummi akan berkunjung ke melaka.

Kalau membeli belah tapi tak ada duit susah jugak. Nanti tergatal-gatal pula nak membeli itu ini akhirnya kecewa. membeli mengikut kemampuan. Kalau tak dapat beli cuci mata cukuplah.

Ummi kalau jalan-jalan shopping teringin nak beli sesuatu tapi duit tak ada, ummi akan fikir, ummi bernasib baik dapat menikmati keindahan alam, tapi ada orang lagi susah, tak dapat nak cuci matapun. Sentiasalah ingat ada orang lagi susah dari kita, maka kita akan jadi hambaNya yang bersyukur. :)

Ummu Ukasyah said...

Wan hazel : betul..betul.. walaupun takder jenama ke, trend ke, kualiti ke.. ummi juga suka beli barang di pasar malam.

Si kOtAk HaTi said...

Uchee, SKH dah lama dengar pasal Jonker Walk tapi x pernah sampai ke sana lagi..teringin nak pergi melawat bandaraya bersejarah tu..dah lama x jejak kaki kat sana...(^_^)

IntaNBerliaN said...

dengar uchee cerita pasal tempat ni, rasa macam best sangat je... ni yang nak kene ajak hubby pergi bercuti ke melaka ni.. hihii

Wan_hazel said...

Ummu Ukasyah

hehehe..betul tu...leh beli dua tiga pasang kalau baju...murah2...disamping leh jimatkan duit kan

Wan_hazel said...

Si kOtAk HaT


wan dgr pun baru nie..nak jejak kaki hanya dalam mimpi je...hehehe..

Wan_hazel said...

IntaNBerliaN


pergi melaka disamping leh shoping boleh jenguk2 skali tempat bersejarah kan kan...Melka terbaik..kaya dgn sejarah

amiraliyana said...

padlie: oh yaka.. sekurang2 nya ada pengalaman jugak kat sana ya..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...