Followers

Thursday 21 July 2011

Gaot atau Penyakit Sendi


Penyakit gaot merupakan sejenis penyakit sendi yang sering menyerang golongan lelaki. Di kalangan rakan sekerja juga ada yang menghidapi penyakit tersebut. Melihat kesakitan yang dialami oleh rakan-rakan terpanggil saya untuk menulis mengenai pentingnya penjagaan makanan oleh penghidap penyakit ini. Antara tanda yang menunjukkan  penyakit gaot berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.

Masalah ini berlaku adalah kerana pengambilan makan yang mempunyai kandungan protein yang tinggi seperti makanan laut dan sebagainya yang menyebabkan berlaku pengumpulan asid urik. Justeru itu pada ruangan ini saya ingin menyampaikan pesan kepada semua termasuk diri saya sendiri supaya menjaga pemakanan dengan seimbang supaya penyakit sedemikian dapat untuk di elakkan.

Penyakit gaot biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan. Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Bagi yang telah menghidapi penyakit gaot ni perlu menjaga tabiat pemakanan mereka supaya dapat untuk mengurangkan kekerapan rasa sakit tersebut. Jadi di nasihatkan kepada pesakit berkenaan mendapatkan khidmat nasihat daripada doktor tentang jenis makanan yang tidak boleh dimakan perlu dielakkan..


Rashid: Mencegah adalah lebih baik daripada merawat….

29 comments:

Unknown said...

owh...baru nana tahu....gout tu disebabkan pgmbilan mknan yg berprotein tinggi...mmg kena amalkan pengambilan yg seimbang lah kan...makan protein byk2 pon boleh sebabkan penyakit....thanks for sharing en. rashid...

Cikbintang said...

cikbintang slalo je dga psl gaot ni..
tp xphm cmne ley jd..huuu..thankx sbb share sama2 dcni....apepun smuanye brpunca dr corak pemakanan kita...tgk saja org dlu2..mkn mknn yg menyehatkn..xde jajan2 xdelarh bahan kimia dlm bdn

rusna wana said...

kalau tak silap : gout ni disebabkan terlebih makan makanan laut..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

banyak org yg dah berumur ada sakit nekan..pastu kena pantang mcm2

aqishah said...

pesakit gout kena elak makanan seperti udang, ketam dan makanan laut yg lain2...

seimbangkan makanan dan moga kita kekal sihat n segar sepanjang masa.
mencegah lebih baik dari mengubati. sama2lah kita menjaga pemakanan sementara masih muda ini.

Wan_hazel said...

gaot nie akibat makanan yg kita mabek masa dahulu..sakit nie ambek masa yg panjng baru nampak..tapi bila dah kene gaot..so kene lah jaga pemakanan..tak leh makan dging ..

Wan_hazel said...

nanakimie

lepas nie kene lah jg pemakanan tu taw...jgn makan men bedal je..tgk sedap nak ngap..ehehhe

Anonymous said...

ooo...patutla orang cakap kalau gout xleh makan makanan laut..maknan laut kan kaya ngan protein...

pada sapa2 yang ada ayah yang selalu gunakan ubat tahan sakit yang dibeli di kedai2 kopi..ubat siam la kan...
bagitau la cuba elakkan ubat bukan2 tu...
pasal sakit gout sejak dari muda ayah kaseh makan ubat tu...
bila umur da lanjut ubat tu bagi kesan kat perut tau..ayah kena operate pasal ada ulser dalam perut...bila dktor diagnose...ubat siam tu la puncanya..jadi belilah ubat di farmasi2 yang mana ubat tu disahkan oleh KKM
=)

ayah kaseh pun sakit gout dulu..sampai x bole berjalan..huhu...
pasal dia xmau pegi hospital kitorang pegi beli ubat kat farmasi la..sebab dktor x bagi guna ubt siam tu dah...

farmasist tu cakap...kalau makan ubat tu...ubat tu akan serap asid tu pegi ke saluran perkumuhan..bila asid dari sendi2 tu dibawa ke saluran perkumuhan kemungkinan akan mengalami cirit birit...=)

alhamdulillah..sekarang dia da okey...

amiraliyana said...

makan seafood pun? huhu mmg lps ni kena kurg2 jugak la mkn makanan2 laut.. terpaksa tahan demi untuk kabaikan diri sendiri jgk.. setuju dgn en rashid mencegah kan lbih baik drp mearwat.

Ummu Ukasyah said...

salah seorang family ummi pun ada yang gout ni. Dan ada seorang sepupu ummi gout masa umur 12 tahun dan merupakan seorang perempuan. Tak tahulah betul ke tidak dia gout tapi dah pergi klinik doktor cakap gout.

ramai cakap golongan lelaki yang berpotensi tinggi untuk mendapat gout.


Kadar kandungan asid urik pada lelaki dewasa ialah 3 – 7 mg/dl dan 2 – 6 bagi perempuan dewasa. Ujikaji di dalam makmal mendapati apabila kandungan asid urik di dalam larutan melebihi tahap 6.5 – 7.0 mg/dl, kristal asid urik mulai terbentuk.

Bagi manusia, apabila tahap asid urik dalam darah melebihi 10 mg/dl, selalunya akan mengakibatkan serangan gout yang teruk. Sekiranya gout tidak dirawat, kristal asid urik akhirnya akan menghasilkan satu bahan yang keras disekitar sendi dipanggil tophi . Aras asid urik yang tinggi dalam darah ini juga seterusnya selain dari gout boleh mengakibatkan kidney stones (batu dalam buah pinggang) atau pelbagai masalah buah pinggang ( kidney failure ).

Anonymous said...

Assalamualaikum penulis...=)

Uric acid yang terlalu banyak dalam badan x elok untuk kesihatan. mulanya akan menjadi hyperuricemia & kemudiannya menjadi gout.
SKH pernah belajar tentang gout semester lepas. Ianya lebih cenderung kpd kaum lelaki, namun wanita juga tidak terkecuali.

Jagalah kesihatan & beringat-ingatlah ketika makan kerana tabiat pemakanan masa kini banyak menjerumuskan ke arah penyakit. Apa yang kita makan hari ini mungkin sedap, tapi...jangan fikir sedap je...fikirkan jugak kesannya terhadap kesihatan kita kelak..

IntaNBerliaN said...

thanks yer berkongsi pasal gout ni.. selalu dengar pasal penyakit ni tapi tak pernah tahu punca dia..

lepas ni kena berhati2 la.. sebab saya ni memang suka makan sea food pun..

Wan_hazel said...

kaseh suchi


alhamdullillah ayah kaseh dah ok..tengs info tu kaseh..gaot nie nak berubat cara tradisional pun ta jalan..kene gak ke hospital besar or klinik nak cek semua tu...

Wan_hazel said...

amiraliyana

makanan laut lagi lah byk protein kan..elakkan makan sayur je banyak2..hehehe

Wan_hazel said...

Ummu Ukasyah


waaa..umur 12 tahun dah gaot..kesian nye..pak cik tua2 nie baru gaot..kesian gak tengok dia ..semabhyang pun kene duduk atas krusi..gaot tak jadi halangan utk beribadah..tapi tu lah masa muda2 tak beringat..benda dah jadi kan..

betu tu ummu..golongan lelaki yg cenderung terkena gaot nie..

Wan_hazel said...

Si kOtAk HaTi

blaja ape erk??kat mane??yep betul tu..perempuan akn terkene gaot bila badang mereka membesar...maksudnya gemuk lah..lelaki kurus pun kene gaot gak...


kena lah beringat kan sebelum terkena./

Wan_hazel said...

IntaNBerliaN


sama macma CIk bibiran gak lah intan nie..Cik biniran salah seorang penulis dalam rakan 1 klik nie..hehehe..kene hati2 taw..makan boleh tapi jgn terlalu kerap.

Unknown said...

wan hazel : baeklah pakcik....hehe..org yg cakap tu pun sama...selalu org laki mkn penuh pinggan...abes semua lauk nak letak dalam pinggan...

Rashid said...

Terima kasih pada yang memberikan ulasan dan pandangan...jadi selepas ni boleh kla kt lebih berhati2 dalam tabiat pemakanan kita supaya kita tidak menghidapi penyakit Gaot ni....

amiraliyana said...

wan hazel: uish tak nikmat la makan nsik ngn sayur jek..heee

amiraliyana said...

kaseh suchi: ohh.. tima kasih atas perkongsian tu.. lepas ni boleh berjaga2..:)

amiraliyana said...

Ummu Ukasyah: umur 12 tahun pun dah ada? kiranya penyakit ni tak kira lapisan umur la. yg mira tau llaki mmg berpotensi utk dpt penyakit gout ni.

amiraliyana said...

si kotak hati: terima kasih atas ingatan dan nasihat tu.:)

sejak mira masuk blog 1 klik byk yg mira dpt ilmu. thanks kpd penulis2 blog ni..:)

amiraliyana said...

rashid: insyaAllah sama2 kita kawal tabiat pemakanan kita supaya dpt menghindari drp penyakit ini..

amiraliyana said...

Intan Berlian: sama la.. mira pun suka seafood! hari ni pun makan seafood.. err.. esok tak dah kot.. kena jaga2.. =)

Anonymous said...

sama2 en rashid ;p

tabiat pemakanan tu memang penting...

x salah kalau kita berbelanja lebih untuk mengamalkan pemakanan makanan sihat...sekarang kan ada macam2 minuman yang bole bagi kesihatan...

jangan lak kurang makan makanan laut ye kawan2 nantu x pasal2 kena goiter pulak...

Wan_hazel said...

amiraliyana

merasa skit jadi omputih..law tak makan salad je..ahahha

Wan_hazel said...

Rashid

sama sama...dan terima kasih dgn ingo yg diberikan..

Anonymous said...

Sy pon kongsi something...tentg gaot.. sy ni muda lgi dh kne gaot...tpi xpela dugaan...start dri tu sy jge pmkann n ambik supliment.... alhmdulillah setahun gak x diserang dh...tpi bru2 ni sy diserang acapkali...sedangkn sy mkn ayam n ikan n sayur je... x pernh sentuh mknan yg x dibenarkn mkn secra kerap... rupe2nyer ade faktor laen yg mnyebbkn gaot ni mnyerang.. sy mmg tension ngn kerja n kurg minum air.... n doktor diagnose yg tu faktornye...tekanan atau tension n kurang mnum air sekurg2nya 2liter shari jadi punca bukn sekdar pngmbiln mkanan je...huhuhu....jd x boleh stress2 k n jgn lupa minum air secukupnya.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...