Assalamualikum kepada semua rakan setia blog 1Klik. Kita berjumpa lagi. Bulan lepas PS Mubin menulis serba ringkas mengenai peristiwa Isra’ dan Mikraj pada bulan Rejab, artikel kali ini akan menceritakan pula mengenai bulan Syaaban. Untuk makluman rakan-rakan semua sekarang kita berada di bulan Sya‘ban dan tidak lama lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadhan AlMubarak. Bulan Syaaban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.
Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Oleh kerana itu umat Islam patut mencontohi apa yang dilakukan oleh Baginda itu kerana selain memperbanyak amal kebajikan di bulan ini, ia juga merupakan suatu latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah memperbanyakkan puasa sunat serta bertaubat dan beristiqhfar. Bertaubat (taubat nasuha) dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa.
Selain daripada itu kita juga digalakkan memperbanyak zikir dan berdoa . Banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita.
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban pula telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.”
(H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)
Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Kita boleh menghidupkan malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir, membaca al-Quran.
Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta menyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci.
PS Mubin: Doa dan harapan semoga bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak
26 comments:
InsyaAllah =)
mudah2han amalan baik kita akan bertambah menjelang syaaban ni kan...
kalau rejab tu bulan ALLAH,,
syaaban ni bulan RASULULLAH
ramadhan nati bulan untuk UMAT ISLAM
jangan lupa ye kawan2..puasa nisfu syaaban nati,,15syaaban...
hehe
hari syak (30 syaaban) lak kita x digalakkan posa pasal esoknye da masuk bulan ramdhan,,x babarnya..hahaha
psssshhhhhhttt: kalau kita memeriahkan syaaban biasanya ramadhan akan terasa lagi meriah... xcaya cuba la =)
Sya’ban adalah salah satu bulan yang mulia. Bulan ini adalah pintu menuju bulan Ramadlan. Siapa yang berupaya membiasakan diri bersungguh-sungguh dalam beribadah di bulan ini, ia akan akan menuai kesuksesan di bulan Ramadlan.
InsyaAllah. Semoga dipertemukan dengan bulan ramadhan. Dan semoga amalan ramadhan kali ini lebih baik dari amalan kita di bulan ramadhan sebelumnya. Allahuma amin.
Dinamakan Sya’ban, kerana pada bulan itu terpancar bercabang-cabang kebaikan yang banyak (yatasya’abu minhu khairun katsir). Menurut pendapat lain, Sya’ban berasal dari kata Syi’b, iaitu jalan di sebuah gunung atau jalan kebaikan. Dalam bulan ini terdapat banyak kejadian dan peristiwa yang patut memperoleh perhatian dari kalangan kaum muslimin.
Banyak kelebihan bulan Sya'ban ni.. Maaf la kalau saya nak tambah sedikit tentang tabiat orang kita di bulan ni.. Ada yang baik, ada yg kurang..
Dalam bulan Sya'ban, orang dah mula sibuk buat persiapan raya, bukannya puasa.. Baju raya takyah cerita, kuih raya pun dah dibuka tempahannya..
Alhamdulillah ramai yang teruskan berpuasa sunat sejak Rejab lagi.. Bulan Sya'ban semakin ramai.. Tapi ramai juga yang puasa ganti tahun sudah kan?
Apa pun, sama-sama la kita berusaha membuat amal kebajikan dan menjadikan kita lebih bersedia untuk menyambut Ramadhan nanti. InsyaAllah
Semua bulan mempunyai nikmat yang berbeza beza...Setiap bulan jugak ada pahala dan ganjaran yang berbeza beza dengan setiap apa yg kita lakukan..
Sya'ban adalah bulan yang dikabulkan doa..Berdoalah dan berdoalah..kerna doa itu mampu mengubah takdir dan jodoh...Insya Allah jika dperkenankan Allah..
"Bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah s.a.w akan berpuasa di dalam bulan Syaaban kemudian meneruskannya di dalam bulan Ramadhan".
alhamdulillah, dah selamat pun sampai bulan Syaaban kan.. mudah-mudahan segala amalan kita diberkati oleh-Nya..
mari kita sama-sama berpuasa selalu dalam bulan Syaaban ye . :)
Alhamdulillah...masih ada yang sudi berkongsi informasi ini...sungguh, kadang2 kita lalai dlm mengejar kemewahan & kepuasan duniawi semata-mata..alhamdulillah..setelah membaca entry di atas, saya semakin memahami apa erti syaaban & keistimewaan bulan islam ini. Peluang memperbanyakkan amalan seperti beristighfar & berzikir serta lain-lain usaha mendekatkan diri dengan Allah pasti akan saya gunakan dengan sebaik-baiknya.
Terima kasih penulis.
Semoga hidup dirahmati Allah selalu..(^_^)
berul kata aidah..patutnya bersyukur dapat merasa syaaban sekali lagi untuk tahun ini...
mudah2han dapat merasa syaaban tahun hadapan lagi =)
Smoga kita sama2 memperbanyakkan amalan mulia di bulan Syaaban ini...
menjenguk komen kawan2 di tengah malam nisfu syaaban =)
selamat berpuasa esok
selamat berpusa jugak kat semua..Ramadhan kian menjelma
alhamdulilllah..tak lama dah nak berpuasa di bulan ramadhan.semoga kita masih sempat menyambut bulan ramadhan yang mulia untuk tahun ini...
p/s : sapa yang belum gnti pose cepat2 ganti taw:)
Puasa di Bulan Syaaban adalah 1 latihan sebelum kita menghadapi Bulan Ramadhan yg bakal tiba...
Aku sekarang tengah mengganti puasa disamping mendapat keberkatan di Bulan Syaaban ini..
wan tak pecah posa..tak yah ganti..eheheh..anna pun jgn lupa taw
sis rusna wana : betul tu..persediaan mnjelang ramadhan..
selamat berpuasa sis!
wan hazel : eleh, ngk lah taon ni..mana taw kot2 wan sakit perut ke..padan muka pose tak penuh, kena ganti.....hehe..
nana da abes da ganti...tunggu nk nymbut pose je:)
nanakimie
ahahha..wan tahan lah..sakit perut no hal..hahaha..sama2 kita berdoa diberikan jodoh sekali lagi dgn Ramadhan..tak sabarnye nak raya..eh eh..nak posa..ehehhe
terima kasih diatas komen-komen bernas anda untuk artikel ini. So jadikan sebagai informasi yang berguna dan perlu diamalkan semoga menjadi insan yang sentiasa dirahmati oleh Allah SWT.
wan hazel : cakap lah besar...haha...ha, nengok tu org nak pose dia sibuk nak raya...hehe
PS Mubin : sama-sama....info yg sangat bermanfaat utk kita semua...mengingatkan kita keistimewaan disetiap2 bulan Islam..lepas ni PS kongsi bulan Ramdhan pulak yer
PS Mubi
terima kasih PS Mubi...semoga kita manfaatkan bersama
nanakimie
ahhaha...wan nak posa dan raya...law raya tanpa posa tak de makna gak kan..so nak posa lah..hehehe
mudah2an ramadhan bakal menjelma tiba... sambut dgn kesyukuran dan ambil berkat ramadhan ni dgn berbuat amal dan kebaikkan... hope jiwaku tenang menghadapinya...
aqishah
semoga ibadah kita diterima...jgn lupa niat taw..
Post a Comment