Followers

Friday, 29 July 2011

Aku dan Perjalanan


Aku mula menjejak kaki di Kuala Lumpur (KL) lebih 20 tahun yang lalu. Muda betul aku masa tu. Walaupun pernah ke KL, tapi kali ini berbeza kerana aku terpaksa bersendiri. Bukan lagi bercuti bersama keluarga seperti sebelumnya. Perasaan takut dan macam-macam lagi memang aku rasa. Tapi itulah perjalanan yang pernah aku lalui.


Di KL, Puduraya dan Stesen Kereta Api Kuala Lumpur merupakan antara destinasi pertama aku diperkenalkan. Maklumlah, medium pengangkutan untuk pulang bercuti adalah bas dan kereta api. Kalau bas,  naik Ekspres Nasional, kalau kereta api mestilah naik Ekspres Rakyat/Senandung Malam. Sesekali balik bercuti serupa macam rombongan Cik Kiah. Masa dulu kalau naik bas ambil masa lebih 8 jam. Maklumlah lebuh raya pun belum siap. Bas akan melalui jalan lama. Kawasan rehat pun belum ada kawasan rehat dan rawat (R&R) macam sekarang. Seingat aku destinasi rehat yang pernah aku singgah adalah di Slim River dan Tanjung Malim. Kawasan ini juga menyediakan gerai makanan, tandas dan surau. Cuma tidak sehebat yang ada sekarang. 

 
Kalau naik kereta api pula kadang-kadang perjalanan mengambil masa sampai 12 jam. Ekspres Rakyat/Senandung Malam akan berhenti di setiap stesen. Koc pula sentiasa penuh. Ada yang dapat duduk di kerusi, duduk di lantai,  ada yang berdiri. Ada yang pasang buai. Yang duduk macam berkelah pun ada. Pernah juga aku berpeluang berkenalan dengan pelancong dari luar negara yang mengambil peluang menaiki Ekspres Rakyat/Senandung Malam. Macam-macamlah masa tu. Bertuah sebenarnya kerana aku pernah melaluinya. 

 

Pada masa sekarang mungkin anak muda kita dah tak melalui semua ini. Zaman kian berubah, teknologi dah semakin maju. Kita pula perlu bergerak seiring dengan peredaran waktu dalam mengejar kemajuan. Perjalanan menaiki bas juga dah semakin singkat. Belum lima jam, dah sampai ke destinasi. (bagi perjalanan  KL ke Butterworth). Bagi yang menaiki kereta api pula, tiada lagi yang berdiri atau duduk di koridor. Tiada lagi tingkap yang boleh dibuka. Semuanya dah ada penyaman udara. Untuk aku yang tinggal Cuma kenangan. InsyaALLAH entri akan bersambung lagi … sampai jumpa lagi.


 










Jegen ingat: Kenangan itu indah. 

13 comments:

rusna wana said...

Teringat juga kenangan masa mula-mula sampai KL- time tu tahun 1999 - lepas SPM 1998, dpat masuk UiTM shah Alam... Byk kenangan pahit dan manisnya,mula-mula jejak kaki ke area puduraya, kotaraya, area petaling street, mydin, takut juga coz ramai pendatang asing..

Sekrang dh byk berubah kot - puduraya pun dah berubah wajah - jalan dh nmpk besar sikit, petaling street dh cantik- tapi pendatang asing tu still bertambah - dh jadi tempat perjumpaan mereka pula kalau hujung2 miggu...

Wan_hazel said...

seronoknya entri nie...tak sabar nak tggu sambungan


dulu dan skang berbeza sgt..wan sempat jugak merasa pngalaman macam nie...Bila balik ke kampung kami sekeluarga akan menaiki pengankutan air ekpress..naik perahu panjang utk ke tengah laut supaya boleh menaiki Ekpress..lepas tu trun lagi ekpress dan menaiki bot untuk masuk ke kampung...memang agak berbhaya..Tapi skarang dunia semakin modern..Jalan darat semua dah bersambung tak perlu dah pengakutan air nie..


Syukur bila dapat melalui pahit getir kehidupan lalu...

IntaNBerliaN said...

saya pergi kl pun dgn family je.. tp teringat kenangn naik bas balik ipoh tp bas berhenti dekat pudu sbb dorg nak kene tukar bas lain pulak..

saya ni mmg tak pernah ke kl sblm tu.. mmg takut sikit lah.. time tu student lagi.. pada pemikiran saya masa tu, pudu tu tmpat ramai je org yang akn ambil beg kita or apa2 je la kalau kita lalai.. huhuu

Ajegendela said...

TQ Wana and Wan HAzel sbb jenguk jugk entri Jegen. maaflah lama tak berkhabar di ruangan ni. Idea x de. Yelah kekadang duduk-duduk sendiri teringat pulak masa lalu. BEst jugak rasa muda sentiasa. (hahaha).
Ha'a betullah Wana, banyak yang dah berubah dan menjadi semakin indah, yang tak berubahnya dan makin bertambah pendatang asinglah ek. Kekadang mereka buat kita rasa takut di negara sendiri. Cubalah kalau keluar KLCC di hujung minggu especially kalau cuti umum panjang. TEngoklah siapa yang ada kat KLCC park. TEmpat lain pun ......
Wan, seronok ke entri ni? Saje nak mengimbau kenangan lalu. Cerita ni buat saya teringatkan crackers "SMACK" (ye ke smack, lupa plak), masa tu was my fav snacks utk dibawa dalam train. Plus A&W rootbeer.
Jegen teringin nak naik ekspress air di Sarawak. Belum lagi penah sampai ke Sarawak. Kalau ke tempat Wana, dah sampailah jugak .....
InsyaAllah ke temu lagi di lain entri... Terima Kasih.

Anonymous said...

xsempat la merasa kereta api yang tingkap boleh buka...

sempat rasa keta api yang air cond je...

tu pun ramai lagi menumpang xda tiket..huhuhu...

paling best nek keta api ni..x kena brenti makan ke...buang air ke,,,suma atas tu...cuma brenti untuk turunkan penumpang je...

Unknown said...

nana xpernah lagi naik kereta api....orang kata dalam tu siap ada katil, tak dapat bayangkan,hehe....selalu naik bas je..kalo dulu puduraya lah tempat nana naek turun bas....yang terbaru neh belum pernah lagi jejak.mesti cantik kan..tapi paling nana tak suka bila naik komuter. sesak bukan main....lagi-lagi hujung minggu..padat macam sardin lah...mujurlah ada tempat khas untuk golongan wanita macam kami neh:) rasa terselamat la sikit

Azie Azman said...

azie dulu pun takut je bila dengar KL..
tapi alhamdulillah bila dah duduk sini takde ape pun sebenarnya.
kita kena pandai bawak diri and jaga diri..kan?

Wan_hazel said...

Ajegendela


kalau ade masa bercuti lah di sarawak..cuba pengangkutan air lak..seronok tak terkira..hehehe..

A ah best..sebb bila baca boleh ingat lagi masa dulu2..

zaman berubah semua ..yg utara ke timur yg timur ke barat dan begitulah seblik nya..Dunia semakin modern dan masa semakin hari semakin pantas berlalu ..masa bergerak siring dgn kemodenan dunia..Kemana hala kita selepas nie hnya Tuhan je yang tahu kan..

Wan_hazel said...

Ajegendela


kalau ade masa bercuti lah di sarawak..cuba pengangkutan air lak..seronok tak terkira..hehehe..

A ah best..sebb bila baca boleh ingat lagi masa dulu2..

zaman berubah semua ..yg utara ke timur yg timur ke barat dan begitulah seblik nya..Dunia semakin modern dan masa semakin hari semakin pantas berlalu ..masa bergerak siring dgn kemodenan dunia..Kemana hala kita selepas nie hnya Tuhan je yang tahu kan..

amiraliyana said...

k.l bandar yang sibuk dan sesak.. sekarang makin membangun.. apa yg sy tahu k.l yg skrg.. mesti best org yg dpt lihat perbezaan k.l dahulu dan sekarang.. k.l semakin membangun..

Ajegendela said...

Kaseh suchi, seronok tau naik keretapi masa tu. Journey yg sangat lama tapi tak membosankan. Bising-bising ngan kawan-kawan. Pakai baju kurung kuning. entah macam mana la kami tidur agaknya.
Nana, kampung kat mana? kalau berpeluang naik keretapi cubalah. Yang berkatil tuh mahal sikit. Tapi kali nak rest amik koc katillah. Komuter, no komen, Kita tunggu jap apa next agenda untuk penambahbaikan khidmat komuter ni ek. Harap yg bestlah.
Ha'a Azie, ngeri jgk kan, asal kita pandai bawa diri, insyaAllah.
Tq semua.

aqishah said...

betul tu nostalgia semasa dulu lain benar dr sekarang kan..

skrg ni pun pudu dah berubah wajah.. dulu panas hangat jer skrng ni cnggih dalam air cond lagi.. tapi lum bepeluang ke pudu yg baru :)

Unknown said...

sis ajegendela : kg nana kat pahang...umo 13 thun da stat dok asrama. 5 tahun di johor, 2 tahun di penang, and insyaAllah 4 tahun di selangor, tu yang nana asyek naek bas je. kadang je naek kereta. pernah la masa duduk penang nak naik kereta api, tapi tak jadi pulak..hehe..aah kan sis, kita tunggu dan lihat saja pasal komuter tu:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...