Followers

Wednesday 22 June 2011

Sayangi Alam Sekitar Dengan Lampin Kain II



Minggu lepas, Mummy bercerita tentang 3 kebaikan jika guna lampin kain. Seperti yang dijanjikan, Mummy sambung pula dengan sambungannya pula.

4) Fungsinya sama seperti lampin pakai buang
  •  Ia boleh digunakan sama seperti pampers biasa iaitu antara 3 hingga 4 jam. 
  • Sekiranya ibu inginkan waktu yang lebih lama bertahan, para ibu boleh memasukkan 2 insert dalam satu masa yang menyebabkan ia boleh bertahan sehingga 7 hingga 8 jam.
 5) Bebas ruam
  • Bayi yang menggunakan lampin kain tidak mudah dijangkiti ruam. Ini kerana material yang digunakan adalah kering dan tidak mudah bocor.
6) Tiada bau najis di dalam rumah.
  •  Ini kerana naji dicuci dan disingkirkan terus daripada lampin kain.
 7) Mudah untuk dicuci
  •  Lampin kain hanya perlu disental sedikit sahaja agar bau hilang dan tidak perlu diberus. Najis jugak mudah dihilangkan dan tidak melekat pada lampin. 
  • Lampin ini juga boleh dicuci menggunakan mesin basuh.
8) Jangka masa yang panjang
  •  Lampin kain boleh dicuci dan digunakan semula. Jadi para ibu boleh berjimat untuk membeli pampers pada setiap bulan. 
  • Lampin kain juga boleh digunakan sehingga berumur 3 tahun iaitu dari lahir hingga beratnya 13kg. 
  • Malahan ia boleh digunakan semula oleh bakal adik-adiknya.JIMATKAN!!!!!!
9) Boleh diubahsuai
  •  Lampin kain ini boleh di ubahsuai mengikut saiz yang diperlukan. Ia mempunyai 3 saiz iaitu S, M, L. Jadi, ibu-ibu boleh mengubahsuai lampin mengikut saiz si manja.
 






Zarra: Tahukah anda...lebih 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia!

20 comments:

Ummu Ukasyah said...

Marilah kita beramai-ramai menggunakan lampin kain moden.

Mudah, jimat, dan mesra alam.

Ya.. lampin ni boleh tahan sampai 8 jam. Anak tak kena ruam pun.

Dah cuba kat anak sendiri.

InsyaAllah berbaloi.

tak ada lagi belanja untuk beli disposal diaper 2 paket setiap bulan.

Sekurang-kurangnya dapat jimat RM70.

rusna wana said...

Beruntungnya ibu2 yang tidak bekerja, boleh menggunakan sepenuhnya cloth diaper ni.sebab ibu akan terus membasuh cloth diaper tu, tak payahlah tunggu sampai ke petang...
sebab bagi ibu2 yg berkerjaya, ada sesetengah pengasuh atau penjaga taska yg tidak menerima cloth diaper ni, dorang kata leceh...kalu yg pakai disposal diaper, terus buang je ke dalam tong sampah...
itulah di antara halangan untuk menggunakan sepenuhnya cloth diaper ni...bagi saya pula, hanya menggunakannya dihujung minggu dan apabila tidak berkerja...

rusna wana said...

zaman moden ini, kita lebih selesa menggunakan diaper yg pakai buang jer, disebabkan oleh masa, waktu berkerja dan semuanya nak cepat dan tidak menyusahkan..."pakai dan terus buang..."
cuba kita tengok mak-mak kita dulu, yg tidak berkeja, menggunakan lampin yg kaler putih tu, berdozen beli apabila ada baby - pnyalah susah payah mak kita membasuh, kalau yg takat buang air kecill tu takpalah, kalau yg besar - huhu - melekit-lekit..nak basuh pun susah..

nampaknya, zman mak-mak kita dulu lebih menyayangi alam sekitar..:-)

Wan_hazel said...

dulu mas kecik kecik..guna kain lipat jadi lampin..cuci jemur dan pakai..ehehhe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

walaupon xder anak kecik lagi tp mmg menyokong penggunaan lampin cam mak2 kita guna spt dulu!.Tp zaman skrg ,semua serba pantas....semua nk mudah..malas nk membasuh bagai tanpa memikir kesan dr pembuangan lampin pakai buang yg memakan masa beribu tahun tuk lupus!!

fara anak abah said...

comel lah warna lampin ni..hahaha..baby yang xreti berfikir lagi tu pon mesti pilih lampin kalerful ni drpd lampin pakai buang yang biasa kita guna tu..haha..

The Anasa said...

Wah boleh lah pakaikan ke adik saya. Daripada cetusan itu, saya rasa kemudahan LAMPIN KAIN adalah lebih bagus berbanding lampin lain. Lebih2 lagi ia bebas ruam. Ini adalah satu daripada advantage penggunaan LAMPIN KAIN ini. Bukan itu sahaja, ibubapa yang menjaga si manja juga berasa senang kerana tidak ada bau najis di dalam rumah seperti yang anda nyatakan tadi. Seperti lampin lain juga, ia boleh diubahsuai saiz. Ini adalh perkara yang paling saya gemar :) Senanglah ibubapa hendak adjust situasi lampin tersebut. Dengan 6 tips ini, saya yakin penggunaan LAMPIN KAIN lebih baik digunakan oleh bayi. Conclusion nya, gunalah LAMPIN KAIN untuk kesenangan bayi anda, orang ramai dan diri sendiri.

The Girl of The Future said...

yer.. KAWAII *comelnye....*

betul2, lampin kain jauh lebih 'Rawk' dari lampin buang2 tu.. hehehe...

Thanks~

Anonymous said...

comelnya lampin2 kain ni...

malangnya i baru tau kewujudan lampin kain yang comel macam ni
ye r kat tv dok ikaln lampin pakai buang ja....sapa tau ada lampin pakai basuh ni...

lampin pakai basuh zaman i jadik baby dulu i tau la
ekekeke...

Anonymous said...

sekarang dah maju. lampin pun comel je tgk. dulu lampin putih tu je lah. bila nampak kuning, terus je nila. skang tak pyh susah2x da.

fiezahkecik said...

hehe, pakai lampin morden ni jimat. kale pun bermacam2. hiksss.. :P

Unknown said...

wah,boleh ubahsuai pulak size dia....dunia moden neh macam2 ada:) dulu kaen lampin bese je...pastu pampers,neh cd pulak....lepas neh? tunggu n lihat saja:)

♥ Aisyah Ahmad said...

jimat dan mudah.ta saba na jadik ibu..haha.

Zarra said...

terima kasih atas komen semua...marilah kita sama2 menjaga alam kita, lakukan apa yang anda boleh lakukan..:)

Wan_hazel said...

betul tu..jaga alam sekitar ..banayk bende boleh kita lakukan utk jaga alm sekitar nie

Unknown said...

mummy zarra : sama-sama:) iye sis....banyak benda kita boleh buat, yg paling selalu...jgn buang sampah merata-rata and kurangkn pgunaan plastik,elakkan pmbakaran terbuka,

Anonymous said...

sama2 mummy...

macam kata nana tu macam2 kita boleh buat...yang remaja buat apa yang patut sebagai remaja...yang dewasa cara orang dewasa...
kanak2 dengan cara kanak2...

bila semua peringkat umur masing2 boleh menjaga alam...insyALLAH bumi kita akan selamat =_=

Wan_hazel said...

sediakan bakul samapah kat rumah k...jg lah alam nie...

Ummu Ukasyah said...

Bertindak sekarang. Buatlah pelaburan untuk membeli cloth diapers sejak awal mengandung lagi. Bulan pertama beli satu, bulan kedua satu dan seterusnya. sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

mengikut pengalaman ummi, mula-mula memang excited guna CD, walaupun leceh nak kena cuci, jemur semua tapi alhamdulillah. Alah bisa tegal biasa.

Jom mummy-mummy, ibu-ibu, ummi-ummi, mama-mama, mari kita berCD.

aqishah said...

mcm2 color dan corak lampin moden ni yer... nmpk sume cute pun ader gak..

tapi x pernah try lagi la.. hope suatu ari dpt gak merasa guna lampin ni.. kekdng leceh gak nak basuh sume ni tapi org dulu2 lagi hebat kan pakai lampin biasa jer... dulu mana ada drypers segala kan.. hebat tul ibu2 zaman dulu kan... kagum ngan mereka2 yg tabah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...