Followers

Thursday, 23 June 2011

Mengurus Sampah Dapat Selamatkan Bumi

 
Peranan menjaga alam sekitar terletak di bahu setiap individu tidak kira lelaki mahu pun wanita. Tapi wanita dilihat mampu memainkan peranan yang paling berkesan dalam ‘menyelamatkan bumi’ kerana wanitalah yang menguruskan hal ehwal rumah tangga.

Kenapa saya berkata demikian? Ini kerana langkah-langkah penjimatan tenaga elektrik contohnya, selalunya diuruskan oleh wanita. Antaranya ialah menggosok baju dalam kuantiti yang banyak seminggu sekali, basuhan penuh menggunakan mesin basuh, jemur pakaian di bawah cahaya matahari, menggunakan peralatan elektrik yang cekap tenaga dan sebagainya. Bukankah wanita yang melakukan semua tugasan ini, jadi semestinya perubahan ke arah penjimatan adalah peranan dan tanggungjawab wanita.

Ada satu perkara lagi yang juga penting dalam menyelamatkan bumi kita ialah melalui pengurusan sampah domestik. Sekali lagi peranan wanita crucial  dalam hal ini. Bagaimana sampah diurus? Senang saja dengan mengasingkan antara barangan yang boleh dikitar semula seperti barangan plastik, kaca, besi, kertas, aluminium, bateri dan sebagainya untuk dikitar semula. Manakala sampah-sampah seperti sisa makanan diletakkan dalam tempat yang berasingan. Jadi lepas tu, rajin-rajinlah pergi ke pusat kitar semula...mungkin juga ia dijadikan hobi mengumpul barangan untuk dikitar semula. Bagi yang mempunyai tahap kreativiti dan seorang yang inovatif mungkin anda boleh mengguna semula (reused) barangan terbuang tadi untuk keperluan lain.

Langkah yang juga berkesan untuk menyelamatkan bumi disamping boleh berjimat ialah dengan membawa bekal makanan ke tempat kerja atau ke sekolah. Banyak kebaikan yang diperoleh antaranya jimat perbelanjaan harian dan mengurangkan penggunaan polisterin dan plastik. Lagipun bahan kimia dalam polisterin dikenali sebagai 'styrene' berpindah ke dalam makanan dan bahan ini disyaki boleh menyebabkan kanser.

Oleh itu tidakkah kita wanita rasa terpanggil untuk melakukan perubahan ini kerana di Malaysia sebanyak 19 ribu tan sampah dibuang saban hari. Jika ini berterusan Malaysia akan dipenuhi dengan sampah sarap. Kesian anak cucu kita nanti...






Anom : Sediakan bekas asing untuk bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

15 comments:

amiraliyana said...

serius takut dengar pasal polisterin tu. dulu2 msa kat kolej selalu makan dalam polisterin sebab memang kat cafe tu ada polisterin ja untuk bungkus makanan.

nanakimie said...

kagum dgn org yg kreatif.diorang guna semula bahan2 terbuang macam paper, botol and sebagainya. dari situ jgk boleh dapat income dgn menghasilkan dan menjual bahan kitar semula:) apa yg penting, sebagai rakyat Malaysia jagalah kebersihan alam sekitar kita. buang sampah ke dalam tong yang disediakan, jangan buang sisa makanan dan sampah merata2

Wan_hazel said...

lelaki tak pakai make up..hehehe..wanita sila mabek berat tentang nie..tak de button share dan like..so nak request lagi..hehehe

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam..kat umah mmg atie ion baju semggu sekali..menimbun dah ghupa gunung!.kdg2 sampai sakit pinggang mengosok..hihi

fara anak abah said...

selalunya walaupun hanya suri rumah,mereka ni bz jaga anak..xde masa nak ke pusat kitarsemula.apa kata,seminggu sekali lori kitar semula ni buat round kat kampung2..kat taman2..senang la sikit utk mak2 ni..anak2 pon secara tak langsung belajar mengurus sampah dengan sndirinya.=)

bandar2 saya rasa ada je tong sampah kaler2 2..n ada je yang jaga tolong sapu semua..tp kawasan kg?taman2?

sambil menyelam minum air,sambil pungut sampah,anak2 boleh belajar dengan apa yang mereka lihat=)

Anom said...

Sangat setuju dengan cadangan Fara anak Abah...pihak yang berwajib patut pikirkan kaedah nie...

rusna wana said...

kaum wanita jugak yg mengambil peranan ini - walaupun kita nampak kecil, tapi wanita telah berjaya mengurangkn pencemaran alam dan menyelamatkan bumi -

terima kasih atas info yg menarik ini, moga2 kita sebagai kaum wanita khususnya surirumah dapat menjalankn peranan ini. utk yg bekerja, smoga dapat dimanfaatkn dengan baik...

Hanis said...

Tersangat lah setuju. Mengitar semula bahan terbuang ni adalah perkara yang mendatangkan faedah. Di samping menjaga bumi hijau, ia juga boleh mengisi masa lapang kita. Juga boleh menambahkan pahala bagi yang beragama Islam. Begitu juga dengan saya, setiap bulan mesti pergi ke RECYLE SHOP untuk menjual bahan terbuang :) Lebih2 lagi kita akan mendapat rezeki :) Walaupun tidak seberapa, tetapi ia telah menyelamatkan bumi kita :')

kaseh suchi said...

USM best..pasal makan x bgkus dalam polistrene,,,
kat sana guna ekopack....& stiap makanan dbungkus dgn ekopack kena tambah 20sen...

students ambik inisiatip bawak tapower kalau nak tapau nasik....

kalau harga barang2 kitar semula tinggi mesti ramai yang x sanggup buang paper2 lama kan~

rusna wana said...

kaseh suci : best USM kan telah berjaya menyahut serua kerajaan utk mengurangkan atau menghapuskan penggunaan polisterin...
Masa bertugas dekat UiTM Shah Alam, masa nak p cafe pun, terkejut jugak sebab yg nak menafau makanan tu menggunakan ecopack dan student2 ada yg menggunakan tupperware sendiri...
Ini adalah 1 langkah yg bagus utk mengurangkn pencemaran alam..

♥EiDaEiRaFiZie♥ said...

dkt umah la keje chara mesti iron baju ayah, emak dan yg lain. hehehe.. letih jugak ni iron. pas tu nak iron baju sendiri lagi. rasa cam tak sempat masa je.

fiezahkecik said...

amalkan mengitar semula barang. dengan mengasingkan barang boleh je mengurangkan sampah apabila barang yang boleh diguna pakai dan dikitar semuala di asingkan mengikut tempat yang telah disediakan

kaseh suchi said...

rusna wana: semoga amalan2 macam ni bole diteruskan walaupun bukan berada dalam kampus kan...hehe
tapi kalau kedai2 kat luar masih jual guna polistrene xkan kite nak boikot ka?
nanti kita lak yang lapar =)

eida: gilir2kan iron ngan adik bradik..janji nak bejimat..ekekeke

nanakimie said...

kaseh suci : owh...usm wat gitu yer? nana baru taw.....hehe....baguslah....langkah yg bijak..:)

aqishah said...

ayuh wanita2 sume kita jayakan program ni okey... asingkan sampah2 mengikut kategori.. selamatkan bumi kita ya.. kitala peneraju utama misi ini utk lebih berjaya... hihihi kaum adam nak ikut lagi d alu2kan yer tak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...