Followers

Thursday, 23 June 2011

Hujan Emas dan Batu Warisan Kita


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 


Bagi edisi pengenalan ini Makcik Khanizan@MK hendak memulakan rentas penulisan dengan berkongsi cerita dan pengalaman bercuti di Negara-negara orang. Sebelum itu, sama-samalah kita menghayati akan  Peribahasa Melayu Lama ini iaitu:-

Hujan Emas Di Negeri Orang,
Hujan Batu Di Negeri Sendiri,
Baik lagi Di Negeri Sendiri.

Alangkah indahnya Peribahasa Melayu ini yang bermaksud semewah atau semakmur manapun negara lain, negara kita sendiri adalah yang paling terbaik. Itulah perasaan yang MK rasa. Malah perasaan ini semestinya ada pada kita semua. Lebih-lebih lagi bila kita di negara orang.

Peribahasa Melayu Lama di atas sering disebut oleh semua masyarakat di dunia ini tanpa mengenal akan asal usul keturunannya. Peribahasa ini telah menjadi begitu universal dan sinonim dalam masyarakat kini sehingga kita amat sukar menyatakan bahawa peribahasa tersebut adalah berasal daripada warisan kita sendiri. Peribahasa ini juga mempunyai persamaan dengan peribahasa Inggeris, “East or West,Home is Best”.

Puitisnya Pujangga Melayu Lama berkenaan dalam membuat perbandingan alam menggunakan unsur-unsur seperti hujan, emas, negeri orang dan negeri kita dikias indah secara metafora alam.

Secara zahirnya, peribahasa ini adalah suatu warisan nenek moyang kita sejak zaman berzaman. Ianya bukan sahaja mengandungi pelbagai peringatan penting malah nasnya disusun indah dalam bunga-bunga bahasa yang begitu dalam. Seperti sekuntum bunga yang mekar dan harum baunya, adakalanya ia mengandungi madu dan adakalanya ia mengandungi racun. Heheh… Kalau Omputih alih bahasa macam mana pulak bunyinya yer? Agaknya macam lagu-lagu SY (Sinar FM). Ahak-ahak…SY… SY…

Begitulah juga apa yang berlaku apabila dahulu belum ada kesedaran tentang sejarah, maka kita terpaksa beramai-ramai ke Kota London untuk melihat Koleksi Sejarah Tanah Melayu. Nasib baik telah ada kesedaran KPKK yang memulihara Budaya dan Warisan Kita agar menjadi warisan kepada generasi anak-anak kita.

Ingatlah bahawa walaupun secebis puitis Warisan Pujangga kita ceritakan kepada  pelancong-pelancong yang mengunjungi Malaysia, impaknya amatlah besar. Belum lagi kita bercerita Warisan Budaya kita yang amat kaya. Apa yang baik pelancong lihat dan rasai bila melancong di Malaysia itulah memori yang akan dibawa bersama mereka ke negaranya. Bayangkan kalau memori yang dibawa mereka semuanya disaster.

Renung-tenungkan…. Selamat Bercuti.

 









MK: Salam Percutian dari MK. Jom Cuti..

19 comments:

rusna wana said...

wow makcik khanizan menuliss.....
info yg menarik - :-)
mula2 masa kecil2 dulu tak faham juga peribahasa ni:
Hujan Emas Di Negeri Orang,
Hujan Batu Di Negeri Sendiri,
Baik lagi Di Negeri Sendiri.

Yelah kat negeri org kita dapat emas - boleh jual, jadi kaya raya..
kat negeri kita dapat batu jer..ada faedah ker..?

tp bila dh besar sikit, barulah faham bahawa walaupun kita berada di negara yg kaya raya, negara sendir atau ngeri sendiri atau kampung halaman juga yg bestttt...betul tak makcik khanizan..???

and now, apabila dh besar panjang ni, lagi bertuah dan sedar, betapa beruntungnya kita tinggal di bumi Malaysia yg kaya raya dengan pelbagai makanan, budaya, dan bebas daripada tahap kemiskinan dan kebuluran...

Syukur - alhamdulillah...

CikBibiran said...

uina, jgn panggil makcik bah.... KAKAK tuh.. dia masih cun+comel..... ehehehehehe

amiraliyana said...

"terpaksa beramai-ramai ke Kota London untuk melihat Koleksi Sejarah Tanah Melayu"

ohh. kat London ada koleksi sejarah tanah melayu eh? nasib dah ada usaha daripada kementerian untuk memelihara budaya dan warisan supaya generasi2 akan dtg dpt jugak tgk dan paham sejarah2 dulu.

amiraliyana said...

selamat bercuti MK.. ;p

Anonymous said...

Terima kasih rusna, cik bibiran & amiraliyana. Di cerita-cerita mendatang, MK akan bercerita tentang Muzium of London yang mempunyai banyak koleksi diserata dunia. 'Mereka' sejak berzaman telah mempunyai budaya menghargai apa yang selalunya kita tidak menghargai akan sesuatu yang kita anggap tidak berharga. Apabila ianya hilang di negara sendiri barulah kita tahu bahawa menjaga Warisan Kita adalah amat penting.
Siapa yang rugi? Kita dan Warisan Kita...

MK said...

Terima kasih rusna, cik bibiran & amiraliyana. Di cerita-cerita mendatang, MK akan bercerita tentang Muzium of London yang mempunyai banyak koleksi diserata dunia. 'Mereka' sejak berzaman telah mempunyai budaya menghargai apa yang selalunya kita tidak menghargai akan sesuatu yang kita anggap tidak berharga. Apabila ianya hilang di negara sendiri barulah kita tahu bahawa menjaga Warisan Kita adalah amat penting.
Siapa yang rugi? Kita dan Warisan Kita...

amiraliyana said...

elok jugak topik tu MK.. akan menunggu update~

Wan_hazel said...

hujan emas dinegeri orang...hujan batu dinegeri sndri...batu kat negeri sendir batu zamrud..ehhehe..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sejarah adalh peninggalan warisan kita tuk generasi akan dtg..tanpa sejarah...generasi akan dtg tidak akan dpt mengenali bangsa mereka sendiri!

fara anak abah said...

haha..saya kat Manipal,india ni pon..bnyak je makanan melayu.ABC,asam laksa,bandung..sume ade..sbb ramai mlaysian student kat sini..dorg la y ajar indian kat sini mcm mana nak masak msakan msia..rasanya memang la sedap tapi x dapat la nak tanding ngan Msia punye..sbb 2 kalau ada peluang,kami mesti balik Msia.sebab hujan emas di negeri org,hujan batu di negeri sndiri,baik lagi di ngeri sndiri..
*homesick=p

kaseh suchi said...

apa salahnya kutip pengalaman berhujan emas dari negeri orang....

balik negeri sendiri tukar hujan batu kat negeri kita jadik hujan batu jugak....hehe

macam kite nak membangunkan negara kita ni..x salah kalau kita tengok contoh2 negara membangun kan.. =_=

Mia said...

I Love My Dear Malaysia !! <3

Thanks

♥EiDaEiRaFiZie♥ said...

adalah seeloknyer tinggal dimalaysia lebih bagus.

fiezahkecik said...

indah dengan bahasa :)
biar la hujan batu dinegeri sendiri pun tapi negeri sendiri tetap dipuja :)

nanakimie said...

tak pernah lagi melancong luar negara..huhu....teringin jugak nak merasa oliday kat oversea neh:)

apapun negara kita mmg kaya dgn warisan budaya!:)

Wan_hazel said...

wan pun sayang Malaysia..

nanakimie said...

haruslah bangga menjadi anak malaysia!:)

Wan_hazel said...

nana

mestilah..wan bangga taw,..tapi ada gak lah yg wan tak bangga dgn Mlaysia nie..kan baru2 nie ada isu bersih dan Hacker ..tercemarlah Malaysia..

aqishah said...

selamat bercuti...


apa2pun melancong ke negara org x salah pun.. banyak pengalaman luas pengalaman

anyway tanahair tercinta tetap terbaik dihati kita kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...