Followers

Friday, 24 June 2011

Pentingnya Kalsium Untuk Ibu

Kenangan malam minggu waktu jalan-jalan, berdua jalan kaki saat turun hujan …aduh, aduh layan dangdut kali ni.

Salam sejahtera. Bersyukur kepada Tuhan kerana kita masih lagi berdiri di atas muka bumi ini sebagai seorang insan yang anggun (perasan lawa la tu), bekerjaya dan yang paling penting kita dengan jayanya membekalkan susu badan kepada baby. Perrrggghh, kata-kata semangat ini moga-moga boleh meningkatkan semangat mummy mummy yang menyusukan si comel dan mummy to be untuk menyusukan baby nanti. Lagi cerita fasal makan.

Mummy-mummy tahu tak? Kalsium adalah nutrien yang penting untuk wanita. Ia mewakili 90% daripada bahan keras dalam tulang kita dan banyak terdapat dalam tulang serta gigi. Umum mengetahui bahawa kalsium adalah untuk mencegah tulang reput atau dalam bahasa doktornya osteoprorosis.  Macam yang dalam iklan susu ANLENE tu lah. Saya sangat pasti ramai yang tidak tahu bahawa kalsium juga penting dalam membantu proses pencernaan dan metabolisme, membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi. 

Untuk pengetahuan juga, keperluan kalsium bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi adalah sangat tinggi. Kalau orang dewasa biasa perlukan kira-kira 1000mg kalsium sehari, makanya mummy yang menyusukan baby kena menggandakan jumlah kalsium yang diambil. Hah… dari mula dulu saya pernah katakan, aktiviti penyusuan baby ini memerlukan kerja keras si ibu. Tapi kerja keras ini senang jer. Cuma perlu MAKAN!!.

Apa makanan yang mengandungi kalsium?? Sudah semestinya susu. Bukan baby je yang perlu minum susu, mamanya kena juga minum susu. Mula-mula dulu memang agak liat untuk minum susu, tapi bak kata pepatah “alah bisa tegal biasa”. Saya amalkan pengambilan sekurang-kurangnya segelas susu sehari. 


Cat: Tidak ketinggalan juga ikan salmon at-least  seminggu sekali (mahal tu ikan salmon +susah nak dapat gak)

25 comments:

cikbintang said...

cikbintang xsuka mnum susu..nt muntah blik.....
lg2 susu tepung....even sdar dri yg susu tepung mmg sgt dprlukan,tp msih brdegil....brharap sgt jd mcm ayat atas tu "alah bisa tegal biasa" huuhuu.....kpntgn ibu mngndung dan juga anaknye..=)

nanakimie said...

nana pun sama xsuka minum susu. tapi soya feveret! hehe.. sekarang dah belajar minum susu.. bukan susu tepung asli tu, susu campur. mcm susu coklat, susu soya..hehe...susu jgk kan sis:) alah bisa tegal biasa insyaAllah nanti lama2 suka lah su2 kan:)

amiraliyana said...

mira suka minum susu! tapi susu berwarna ja la.. janji ada kalsium jugak kan =)

Wan_hazel said...

susu lembu sedap...susu tepung tak sedap..wan sama je amcam cikbintang..tak minat susu...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Pengambilan susu penting buat kita trutamanya org pompuan...dah tua nanti br tau kesannya trhadap tulang2 kita.Jom minum susu!!!hihi

Ummu Ukasyah said...

Betul tu Cat.. Sekarang saya nampak kesan bila kurang minum susu.. gigi rapuh, tersepih-serpih je, tapi takut nak cabut dulu.. Gigi geraham..

Semasa mengandung saya banyak minum susu, boleh kata susu tu menjadi minuman utama selepas air suam.

Tapi sejak melahirkan Ukasyah, amat jarang minum susu, satu batang gigi geraham pun dah terserpih..Kaki asyik kejang.

Nilah antara cabaran menyusukan anak sepenuhnya dengan susu badan.

Selain kena jaga makanan anak, ibu yang menyusukan anak juga perlu jaga pemakanan. Ambil makanan yang berkhasiat.


Kalsium bukan sahaja penting ketika mengandung malah sangat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan pertama, bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibunya. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi , anda perlu meminum 500ml susu atau produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium harian.

fara anak abah said...

penyusuan ibu mengandung kepada baby masing2 sepatutnya sehingga usia baby mencecah 6 bulan.

Calcium ni penting utk muscle movement.kalau xcukup Ca2+,kebarangkalian untuk dapat muscle spasm ataupun kejang otot ni sangat tinggi.antara penyakit yang bahaya disebabkan hal ini adalah Myasthenia gravis.google it!!nak ke anak kita jadi macam 2?

terlebih Ca2p pon x elok jugak..cara nak tahu kalau terlebih,sekeliling iris atau mata hitam kita akan ada ring warna perang..sekali tengok nmpak cantik.tapi rupa2nya ada penyakit..

makan lah dan ameklah vitamin berpada2..cukup sekadar ianya di paras normal..=)

rusna wana said...

susu amat penting utk mendapatkan kalsium bermula lah daripada kecil hinggalah besar...bahkan daripada dlm rahim ibu lagi..
Pada setiap peringkat umur, bermula dari bayi sehingga remaja, kalsium merupakan nutrien yang wajib diambil oleh setiap kanak-kanak. Ketika usia kanak-kanak dan remaja, tubuh akan menggunakan kalsium untuk membina tulang yang kuat.

Dari hujung kaki sehingga ke hujung rambut, tulang berfungsi menyokong tubuh dan membantu dalam proses pembentukan tubuh kita.

utk kaum wanita pula, kekurangan kalsium boleh menyebabkn penyakit osteopororis ( klu tak salah eja lah) yg menyebabkn tulang menjadi rapuh..cuba tengok iklan kat tv tu, iklan susu anlene, wanita ramai yg mengalami penyakit tulang ini...so, klu nk tulang yg kuat, rajin2lah minum susu utk mendapatkn kalsium..

Hanis said...

Tip yang sangat berguna :) Setahu saya susu ini perlu diambil tidak kira umur kan? Dan pada pandangan anda, susu ibu atau susu lembu yang lebih bagus untuk diminum bagi bayi yang baru lahir?

kaseh suchi said...

hehe...

kalsium dari susu tepung ngan kalsium dari susu ibu x sama ke?
(nonsence la i ni)

jadiknye...dari remaja la kena minum susu..buat bekal untu masa ada anak nnti kan..

hehe...xyah isau
minom susu xkan gemuk nye...
yang jadik gemuk bila kandungan glukose yang banyak....banyak sangat simpaan jadik glycogen...

dalam susu glucose x banyak...

jangan kretip tambah gula dalam susu =)

rusna wana said...

untuk persoalah Hanis tu, semestinya susu ibu yg terbaik utk bayi sejak lahir - doktor atau misi pun menggalakkan penyusuan susu ibu secara maksimum sejak lahir hingga 6 bulan pertama - klu boleh sehingga ke tahun2 yg seterusnya..
Beruntungnya ibu2 yg dapat menyusukan badan utk bayi2 mereka...dngn penggunaan cara moden, (atas pam susu) kita tidak sukar lagi utk mengepam susu..

♥EiDaEiRaFiZie♥ said...

x suka minum susu. xtau lah nape.masa kecik2x minum plak. bla da besar jd kurang.haha! pelik2x

fiezahkecik said...

fuh fuh! susu memang baik untuk tulang. susu memberi banyak kalsium tapi susu sangat la tak sedap. boleh kata dari kecik memang agak susah nak minum susu.

Wan_hazel said...

wan dgr2..susu tak boleh diminum dengan buah buahan..tapi skang nie byk lak syarikat pngeluar mencampurkn buah dan susu..

nanakimie said...

skg mnum susu anlene coklat! hehe....memula mmg nak muntah...bau susu dia kuat,lama2 nana telan je...tutup idung jgk la..hehe.....kalo dlu nana suka dutch lady coklat je...neh try anlene pulak:)

Wan_hazel said...

nanakimie

anlene baik untuk tulang..amam wan pun minum tu..hhehe.e.e..eh ye ek baik untuk tulang>>>hm

AyuArjuna BiGoshh said...

susu adalah pelengkap khasiat yang diperlukan wanita hari ini yang begiitu energetik dan all rounded. Memberi tenaga ya, itu yang paling utama :)

azyatun said...

tips yg penting terutama buat ibu2 yg menyusu..
selain membekalkan kalsium, susu juga memberi tenaga..kan penat2 menyusu bayi kenalah minum susu ^^
baik untuk menguatkan tulang dan susu sangatlah enak =)

cuba dulu minum susu buat yg tidak gemarkannya boleh pilih susu berperisa coklat n_n

nanakimie said...

wan : hehe..nana pon xtaw...tapi minum susu neh cepat kenyang kan...kat asrama jelah mnum pon..kat umah neh malas nak mnum susu:) boleh pulak gitu kan...hehe

nanakimie said...

sis ayu arjuna : yup! wanita mmg perlukan susu utk kesihatan dan jgk utk ibu2 haruslah mnum susukan:)

nanakimie said...

azyatun : betul tu...mnum susu coklat pon ok..hehe....aah,akak nana kalo breastfeeding cepatje rasa lapar...tapi dia pon macam nana,tak suka mnum susu:)

Wan_hazel said...

AyuArjuna BiGoshh

wanita skang nie bkerjaya so perlu lah bertenaga gak kan...

Wan_hazel said...

azyatun


wan tetap tak minat susu...hehehe..susu soya je lah yg wan leh minum..ehehhe..

Wan_hazel said...

nanakimie

wan pun tak taw.law nak cepat kenyang wan makan nestum..ehehhe..and law minum milo wan akan rasa mengantok...

aqishah said...

susu putih x bape nak lalu... yg berperisa okla mcm coklat ke stawberi ke.. jom kita minum anelene... huhuhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...