Followers

Tuesday 14 June 2011

Membudayakan Penggunaan ICT Hijau II

Assalammualaikum..

Ambo nak sambung edisi terdahulu. Ingat lagi tak, ambo tulis mengenai komputer Riba. Kali ni, ambo sambung dengan peranti kedua dan ketiga pula.   

Pencetak
  • Mengaktifkan kemudahan duplex dan mode draf pada pencetak sebagai default. Ini adalah untuk menjimatkan penggunaan kertas dan dakwat pencetak;  
  •   Mengaktifkan kemudahan power-saving sleep mode  pada pencetak (jika ada);
  •  Mengurangkan bilangan pencetak stand-alone dengan pewujudan pencetak rangkaian yang dapat dikongsi bersama oleh penjawat awam;
  • Mengawal dokumen yang berkenaan sahaja untuk dicetak; 
  • Menimbangkan kawalan mencetak di pencetak rangkaian berdasarkan ID pengguna;
  • Memastikan supaya penggunaan kertas secara optimum; dan
  • Mengurangkan penggunaan bahan seperti riben, kertas dan toner

Pelayan (Server)

  • Mengoptimumkan penggunaan server dengan melaksanakan kaedah konsolidasi menerusi teknologi virtualisation;
  • Memastikan server-server yang tidak aktif penggunaannya hendaklah shut down dan suis dimatikan; dan
  • Menimbang penggunaan Keyboard, Visual Display Unit, Mouse (KVM) kepada server-server bagi mengurangkan jumlah tenaga elektrik yang diperlukan dan haba yang dihasilkan oleh monitor   

Aplikasi
  • Menggandakan penggunaan perkhidmatan online ke arah pengurangan penggunaan kertas dan bahan cetak; 
  • Mempertingkatkan penggunaan kemudahan e-mel untuk berkomunikasi tanpa kertas bagi tujuan rasmi sahaja; 
  • Mempertimbangkan kemudahan penggunaan saluran baru untuk mendapatkan maklum balas dan aduan secara rasmi; dan 
  • Mempertingkatkan pembangunan aplikasi online yang menggantikan proses kerja secara manual.
 Apabila kita mengamalkan langkah – langkah seperti di atas maka, dapat kita mengurangkan penggunaan tenaga di sekeliling kita. Maka, secara tidak langsung kita berupaya memelihara alam flora dan fauna kita walaupun kita berada dalam zaman kecanggihan gajet elektronik.



 



Nahaza: Jika kita cakap tanpa melaksanakannya, sampai bila – bila pun kita tidak akan membantu bumi kita. Biar bermula dengan seorang jangan seorang pun tidak melakukannya….. Bersama lah kita sayangi alam kita yang indah dan hijau ini. NAHAZA sokong Bumi Hijau!!!

10 comments:

amiraliyana said...

tak terfikir plak pasal printer ngan server tu.. huu

mungkin dgn perkongsian ni ramai yg dpt celik mata. termasuk mira..hee

Joel Leslie said...

woww..entry in sngt menarik. tak tahu pula ttg pencetak n server ni. thanks for sharing, puan Nahara :)

cuba bayangkan jikalau satu tindakan yg kecil ini dilakukan oleh berjuta juta manusia, pasti impak kesan positifnya sangat bagus!

pencetak ni bnyklah pula benda yg kita boleh buat dngnnya utk jadikan printer tu semakin mesra alam. susah nak explain. tapi dengan mengaplikasikan semua tindakan ni, pasti lebih mesra alam.. betul tak ?

jikalau kita semua melakukan semua yg tertera dalam poin poin aplikasi tu, pasti impaknya bagus kan ? mmg bgs jikalau kita guna perkhidmatan online, guna emel, dll..

saya sebagai rakyat yg prihatin terhadap bumi kita ini, meminta agar semua rakyat jelata mempraktikkan semua yg terdapat dlm entry ini. Pasti semua mendapat faedah darinya. If you love yourself, sayangilah bumi kita. We CAN make a difference. sy yakin kita boleh !

sy nak kita semua sokong Bumi Hijau !!

Anonymous said...

haha...btl2x tu~

amiraliyana said...

wahh.. semangat betul Joel Leslie.. itu yang kita nak! hehe

Unknown said...

aah lar,nana pun tak terpikir pasal pencetak n server tu...lepas neh kena pandai2lah kurangkan penggunaan tnga kat sekeliling kita neh kan sis:) sokong Bumi hijau!!!!

Ummu Ukasyah said...

Info yang bagus.

langkah untuk mengoptimumkan penggunaan kertas, pakai semula kertas yang terbuang tu untuk murid-murid beraktiviti.-khas untuk sekolah-

setuju bila surat menyurat menggunakan emel. Save ajer. kalau penting sangat baru print. Kalau kertas nak buat susah kerani je nak buat filing. nak cari fail lagi.

The Girl of The Future said...

Cute lah printer tu! XD

Kita semua sepatutnya mengambil tindakan.. yes, walaupun seorang blh buat perubahan, bukankah lebih baik sekiranya kita berkerjasama membuat keputusan ke arah kebaikan..

Small actions + a lot of people = Big chnages.. =)

NAHAZA said...

Semoga apa yang ditulis di sini jangan pada ayat sahaja... yang penting mengaplikasikan perlaksanaan dalam kehidupan kita seharian...

Wan_hazel said...

org memang sennag cakap je..law semua pemgomen kat sini wat macma tu kan bagus..dari asyik bcakap kosong..tak gitu..tengs 4 da info...yang ptg wan print dekat kedai je..ehehhe

aqishah said...

jom sokong bumi hijau...

bos sy cakap kurangkan penggunaan kertas jgn membazir walaupun harta kerajaan.. kita sbg pekerja kenalah bijak mengguna.. kertas2 kosong yg tdk d gunakan bole d recycle semula.. tips2 lain sila gunakan kertas depan dan belakang.. kan jimat tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...