Followers

Wednesday 22 June 2011

Mak Kata……..


Semasa saya kecil dulu, mak selalu kata,’Di waktu senja,jangan main di luar,sebab banyak hantu-syaitan berkeliaran’.Setiap kali kami bercuti di kampung di Alor Gajah, atuk dan nenek akan kata begitu juga.Malah mereka akan segera tutup pintu dan tingkap apabila menjelang senja dan suruh kami cepat-cepat ambil wuduk. Agaknya mereka bimbang sekiranya ada syaitan terlepas masuk melalui pintu dan tingkap, sangka saya ketika itu.

Dari pemerhatian saya,lain pula kisahnya di negara-negara Arab.Di negara-negara Arab,rata-rata masyarakat Arab suka keluar rumah di waktu senja. Sana-sini jalan rayanya penuh sesak. Semakin malam, semakin sesak.

Setiap malam,apatah lagi pada malam Jumaat dan hujung minggu, ia itu pada malam Sabtu dan Ahad, apabila menjelang senja, mereka akan keluar seIsi keluarga untuk ke Mall, ke restoran, melawat saudara-mara, sahabat ataupun berkelah di mana sahaja yang sesuai untuk bersantai anak-beranak. Mereka gemar berkelah di waktu malam, mungkin kerana cuacanya enak dan nyaman di waktu malam.Di situlah mereka akan bakar kebab, minum teh dan Pak Sheikh Pak Sheik hisap syisya, sambil mendengar alunan muzik Arab.Memang meriah!


Saya tertanya-tanya juga,tidak kah mereka bimbang diganggu syaitan atau tersampok ketika di waktu senja? Tidakkah mereka hormati waktu maghrib dan bersolat maghrib? Mungkin mereka bersolat di musalla di Mall dan restoran atau di mana sahaja.Bersolat di tepi jalan raya atau di luar kedai adalah perkara biasa bagi mereka. Bila ditanya, memang mereka tiada pantang larang untuk keluar di waktu senja.




JMJ: Pesanan mak itu pasti saya jadikan azimat kerana pesan orang tua kita itu adalah semata-mata untuk kebaikan kita, demi melindungi kita dari sebarang perkara buruk yang tidak diingini.

16 comments:

Ummu Ukasyah said...

Saya bersetuju jika kita mendengar pesan orang-orang tua sekadar untuk kebaikkan. Tetapi janganlah kita mendengar apa-apa yang bertentangan dengan ajaran Islam. Apa yang baik kita ikut apa yang melanggar syariat kita jangan ikut. Tapi janganlah memperlekehkan pesanan orang tua-tua. Apa yang salah kita betulkan.







Allah berfirman, yang ertinya, “Kerana itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman.” (QS. Ali Imran 175)




Sungguh indah contoh yang diajarkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika beliau menasihati Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu yang ketika itu masih kecil.Dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu bahwa ia berkata,

“Pada suatu hari saya pernah membonceng di belakang Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda, “Wahai anak muda, sesungguhnya akan kuajarkan kepadamu beberapa kalimat. Jagalah Allah, niscaya Ia juga akan menjagamu. Jagalah Allah niscaya engkau akan mendapati-Nya ada di hadapanmu. Apabila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah. Jika engkau memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah, andaikan saja umat seluruhnya berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu, mereka tidak akan boleh memberikan manfaat kepadamu kecuali sesuatu yang telah ditetapkan Allah untukmu. Dan andaikan saja mereka bersatu untuk menimpakan bahaya terhadapmu, mereka tidak akan boleh memberikan bahaya itu terhadapmu kecuali sesuatu yang Allah tetapkan atasmu. Pena telah diangkat dan lembar catatan telah kering.” (HR. Tirmidzi)

rusna wana said...

masa kecil2 dulu, mak selalu kata ' klu kat dapur tu, jgn slalu nyanyi time masak nasi..' ada betulnya keer..? sebenarnya ada betulnya juga...mak takut nanti hangit pula nasi tu kalu kita leka menyanyi...
semua org2 tua tu ada betulnya - cuma tak indirect lah - dorang bcakap cara berkias... walau apapu, kadang2 pepatah2 orang2 tua ni kita masih gunakan, sehinggalah ke anak2 kita sekarang ini..contohnya, wlaupun dh besar ni, sy masih mengamalkan pantang larang org tua2 dulu...

amiraliyana said...

kalau mak cakap memang untuk kebaikan kita. mira pun dulu2 mak ada ckp cmtu gak.. bila senja balik takut jin culik. jin berkeliaran waktu senja jadi org tua2 ckp cmtu untuk mengelakkan berlaku yang tidak elok dan dari sudut lain untuk menghormati maghrib. diorang suruh balik sebelum senja supaya dapat sembahyang maghrib berjemaah.

Wan_hazel said...

Mak..teringat zaman kcik kceik..amcma amcam je yang mak kasi taw..semua ade je..skang baru taw..semua nya mengarut...huhuhu..bila semakin dewasa mak pun mula berpesan..nasihat macam amcam..kekdang rasa bosan..bila dah semakin dewasa lagi..baru leh terima ..apa yang mak kais taw tu semua nya yang terbaik utk anak2

fara anak abah said...

mak2 kita ni tgk kita bz sgt sehari2..y kanak2 asek main je..y besar asek kerja je..senja ni lagi elok kita g smyang n baca Quran..Mathurat semua..bila lagi nak baca semua tu kan?siang dah bekerja..malam nak spend timme ngan family pulak..nak harapkan HARI-HARI bangun Qiam,macam xboleh pecaya je..mampu ke kite yang lemah ni?apelah sangat duduk diam2 dalam rumah time senja tu beribadat sket..=) mak kita lagi kenal kita.sebab tu die ingatkan kita bile masa utk kita main,kerja n bila kite perlu beribadat.

The Girl of The Future said...

owh... rupanya gitu..

pernah Mia and geng Non-Muslim ajak kengkwan yg Muslim pergi taman tepi pantai, tyme2 senja.. mok tgk sunsetlah konon.. terus ditolak... entah mengapa... geng yg lain tak kesahlah... tapi Mia currious lah, hheehhe.. maklumlah, Mia nie jenis yg ingin tau *penyibuk* and open je... Dicakap, Syaitan keluar tyme2 macam tu.. sebab maghrib .... *TUP* tu je penjelasan.. =/ ...

Well, Thanks sebab menjelaskan lagi terperinci.. =)

Anonymous said...

mungkin kat negara arab pantang larang dorang xle kuar rumah waktu zohor ke...mana nak tau kan...

pasal waktu zohor kan panas membahang...

AtiQah said...

kalau mak kata atau org2 tua yg ckp pasti untuk kebaikan.. waktu kecil mama slalu ckp waktu senja atau maghrib adalah waktu syaitan berkeliaran.. sebab itulah waktu senja x boleh kuar rumah.. saya tak taw la kesahihan bnda ni.. tp dah org tua yg cakap.. kita haruslah ikut kerana jika tidak pasTi akan ada sahaja bnda buruk akan menimpa... berdasarkan kepada pengalaman saya lah...^^...

Anonymous said...

mestilah kata2x org tua mesti dengar. kadang2x sebelum kita kluar bermain pun mak dah pesan tak payah kluar lah kot jadi pape. tapi bila blk umah tak sah kalu tak cedera sebab jatuh. lucu plak bila teringat blk zaman dulu.hihi

fiezahkecik said...

hehe.dulu kecik2 memang mak selalu pesan suruh balik awal sebelum senja dan jangan keluar waktu senja. tak elok katanya.

padlie said...

pesanan mengenai jangan keluar rumah selepas maghrib memang dah jadi lumrah dalam kehidupan kita.. Kita pun maklum yang waktu maghrib lah waktu makhluk ghaib gemar berkeliaran.. Berkenaan relevan ke tak dengan dunia sekarang saya tak pasti.

Cuma waktu Maghrib tu baik untuk kita solat berjemaah bersama keluarga dan menjadi waktu untuk hubungan dengan ahli keluarga kita sambil berehat..

Unknown said...

dulu2 sonok lah maen sampai tak ingat nak balek:) dah nak maghrib baru balek..takot punya pasal..satu takot mak mrah,satu lagi takot nampak hantu:)

sekarang neh da besa, dok umah je..hehe...senja2 cepat tutup pintu tngkap...takot nyamok masok pun ye jugak:)

rusna wana said...

dulu mak kita cakap, bila dah senja, dah tak keluar rumah..takut kena sorok hantu..lebih2 lagi baby yg baru lahir..tak boleh kuar rumah..hehee...tapi sekarang, time malam2 tu lah yg best nak kuar, bawa anak2 - tak panas, cuaca sejuk jer..

Cik Nani Noraini said...

like what JMJ said, Mothers know best! :)

Unknown said...

sis rusna wana : aahkan sis...memalam lah sonok kua...yg mana ada baby kecik pon angkut sekali...dunia moden..hehe:)

aqishah said...

mak bukannya apa takut dah malam nanti anak hilang pula kan... pendapat jer.. lgpun x bagus senja2 duk kat luar kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...