Followers

Wednesday, 29 June 2011

Isra' Mikraj Penjana Takwa


 

Salam kepada semua pengunjung setia blog rakan 1Klik jabatan ini.  Untuk makluman semua kini kita berada di penghujung bulan Rejab 1429 Hijrah. Hari ini,  umat islam akan menyambut hari kebesaran dalam islam. Hari dan Bulan berlakunya peristiwa isra’ dan mikraj ke atas Nabi Muhammad S.A.W pada tahun kesebelas selepas kenabian Baginda S.A.W. Bagi sesetengah negeri di Malaysia, hari ini adalah hari cuti umum sempena menyambut peristiwa tersebut. Menyentuh peristiwa Isra' dan mikraj ini, pada malam tersebut Allah S.W.T telah memperjalankan Baginda daripada Masjid Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Seterusnya Baginda diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah S.W.T dan kembali semula ke Mekah dalam masa satu malam sahaja .

Firman Allah: 
Maksudnya : " Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam hari dari masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati sekelilingnya untuk diperlihatkan kepada-Nya tanda kekuasaan kami. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui " .

Pengajaran besar dalam peristiwa israk dan mikraj ialah betapa tingginya kedudukan dan peranan masjid dalam kehidupan Muslim. Rasulullah S.A.W di perjalankan bermula dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, sebelum di mikrajkan ke langit bertemu Allah Azzawajalla. Kedua-dua masjid tersebut iaitu Masjidil Haram dan Masjidil Aqsa adalah rumah ibadah suci umat Islam yang menjadi simbol penyatuan ummah. Kedatangan 27 Rejab setiap tahun menjadi pembakar semangat setiap Muslim untuk mengingati peristiwa tersebut.

Satu pengajaran besar dalam isra’ dan mikraj ialah Allah S.W.T memerintahkan secara terus kepada Rasulullah S.A.W tanpa melalui Jibrail mengenai fardhu solat lima waktu . Anugerah ibadah solat adalah langkah paling tepat bagi kita. Ini kerana solat adalah satu sistem yang sangat lengkap kearah membentuk modal insan soleh yang di kehendaki oleh Islam. Dengan solat seseorang mendapat ketenangan jiwa, menjadi perisai daripada terjebak melakukan dosa dan maksiat. Sesungguhnya ibadah solat menjadi penanda aras kekuatan ummah. Allah S.W.T menegaskan bahawa ibadah solat dapat mencegah berbagai perbuatan keji dan mungkar dalam kehidupan harian. Namun apa yang nyata ialah masih ramai lagi di kalangan kita yang gagal mengawal diri daripada perbuatan keji dan mungkar dalam kehidupan harian. Islam melarang kita bersifat boros, membazir, dan melampau dan sekali gus menuntut kesederhanaan dan berjimat cermat. Namun kenyataannya masih ramai yang bersifat melampau, boros, membazir terutama dalam perbelanjaan harian.
             
Marilah sama-sama kita menghayati dan mengambil pengajaran daripada peristiwa isra' dan mikraj dengan mempertingkatkan iman dan takwa serta memperbanyakkan amalan soleh dan sekali gus meninggalkan segala tegahan dan larangan Allah S.W.T.



19 comments:

mar said...

Sama-samalah kita menjaga solat kita serta memperbanyakkan amal ibadat kita untuk bekalan di akhirat.Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat Nya.

rusna wana said...

sentiasa lah kita berpesan2 ke arah kebaikan..terima kasih PS Mubin atas info yg menarik ini...

Peristiwa isra' dan mikraj harus diceritakan kepada anak2 kita supaya anak2 sentiasa mengingati kisah2 penting ini..

sebenarnya saya pun tak ingat hari isra' mikraj ini, nasib baiklah ada kawan2 yg mengingatkan di FB dan thanks kepada PS mubin tentang info ini..

mar said...

Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah.Sama-samalah kita mempertingkatkan ibadah kita.

Wan_hazel said...

Semoga apa yang cuba disampaikan oleh saudara akan berpanjangan...Solat adalah fardhu yang pertama ...

fara anak abah said...

saya ada terbaca,sorang jemaah haji yang kehidupannya penuh dosa,time nak tunaikan haji,die coma beberapa hari...n Allah tunjukkan segala azab2 yang dia dapat akibat dosa2 dia..breast dy kene gantung ngan api la..minum air nanah la..mkn mknn berdiru la..blablabla..

dan 1 ayat mak cik ni y saya akan ingat sampai sekarang is:

`makcik x rasa itu mimpi sebab rasa sakitnye teramat sangat.macam real!!`

n ustaz y accompany die time to reply:
`apa yang makcik cerita betul2 sama ngan apa y Allah cakap dlm AQ.n sama mcm ape y Nabi kita nmpak ketika isra` mi`raj..`

jom kita baca balik cerita isra mikraj ni n emphasize dekat azab2 y nabi kita nmpak time naik ke langit dulu.n insaflah selagi sempat=) lusa dah Jumaat.mana tau qiamat pulak time 2 kan?

Si kOtAk HaTi said...

selamat menyambut isra' mikraj...(^_^) alhamdulillah, kita umat islam seharusnya bersyukur dapat menyambut hari istimewa ini..semoga kita lebih memahami apa erti islam yang sebenarnya dan menjalankan tuntutan dalam islam dengan sebaik mungkin...(^_^) insyaallah..

Ummu Ukasyah said...

Semoga Allah senantiasa memberi taufik dan hidayah kepada kaum muslimin. Semoga Allah menunjuki kita ke jalan kebenaran.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Allahumma sholli ‘ala Nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.

nanakimie said...

nice info 4 sharing...terima kasih PS mubin..semoga kita semua sentiasa dekat dengan-Nya dan memperbanyakkan amal ibadah....

♥EiDaEiRaFiZie♥ said...

mudahan segala amal yg kita buat ditrima allah. amin

fiezahkecik said...

semoga kita sentiasa dekat dengan Allah dan memperbanyakkan amal ibadat

kaseh suchi said...

syukur kita dikurniakan pemimpin yang disegani seperti rasulullah saw...

kalau x kerana baginda kita kena solat 55 kali sehari kan....

semoga kita dapat berjumpa baginda di akhirat sana =)

padlie said...

Banyak pengajaran yang dapat kita pelajari daripada peristiwa Isra' Mikraj. Selain menunjukkan bagaimana kekuasaan Allah yang menjadikan perjalanan yang begitu jauh terlaksana dalam semalaman, ia juga menunjukkan betapa kasihnya Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad SAW kepada umatnya..

Wan_hazel said...

Salawat ke Atas nabi..

nanakimie said...

kaseh suci : syukur alhamdulillah....:)


insyaAllah....mudah-mudahan kte semua dapat bertemu baginda diakhirat sana...amin..

nanakimie said...

Sabda Rasulullah (S.A.W.) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (s.w.t) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”. [Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass r.a]

Wan_hazel said...

setuju dgn nana..amin

AyuArjuna BiGoshh said...

sesuatu yang baik harus menjadi amalan yang berterusan. Moga segala ibadat yang dilakukan diterima dengan sempurna, amin

nanakimie said...

sis ayuarjuna : betul tu sis....istiqamah dalam setiap apa yg kita lakukan...:)

Wan_hazel said...

AyuArjuna BiGoshh

amin betul tu,,sesuatu yang baik harus menjadi amalan yang berterusan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...