Followers

Wednesday, 22 June 2011

Bila Sesekali Bersenam

Mula-mula rasa tertekan bila dapat tahu perlu hadir ke bengkel kesihatan. Berat bunyinya..entah apakah yang hendak dibuat…al-maklumlah bengkel bukannya kursus atau seminar.

Apakan daya dah diarah tambah lagi menggantikan bos. Saya menurut perintah ler…Bila dah pergi, join the group yang “ kita serupa” iaitu setahun sekali bersenam, riuh sekampung jadinya. ..kelakar, geli hati pun sama naik. Melihat gelagat masing-masing. “coach” kata pusing kiri, kita pusing kanan..pelbagai gaya, pelbagai rupa. Apa pun teruk kami dihayun dan dikerjakan. 

Senaman….senaman…senaman. Mulai 6.45 pagi dah jogging, pumping, tertiarap, telentang di court tenis, bersambung pula di Dewan Kuliah. 80% senaman dan 20 % sahaja ceramah. Mekar dan bongkar segala urat saraf. Apa tidaknya umur 50 karat gold baru nak bersenam. 









Siti Dewi: senaman dan gaya hidup sememangnya menjamin kualiti kehidupan.

14 comments:

Semut Senyum said...

saya jugak slalu jd instruktur senam seni malaysia... bagus utk semua peringkat umur..=)

Ummu Ukasyah said...

Bersenam secara konsisten sebagai gaya hidup adalah langkah positif untuk menjadikan diri kekal cergas dan sihat.

Senaman sebagai aktiviti jasmani memberi banyak kebaikan kepada organ tubuh manusia seperti hati, paru-paru, pengedaran darah, otot, tulang, sendi dan minda.

Bagi seorang suri rumah ataupun siapa-siapa yeng bergelar wanita,nak buat senaman ni macam-macam boleh. Contohnya, mengemop lantai, naik tangga turun tangga, kemas rumah juga merupakan satu senaman.

rusna wana said...

bersenam adalah penting utk meningkatkan kecergasan tubuh badan...kalau yg ada masa tu utk yg berkerja,bersenam boleh dlakukan pada hujung2 minggu atau di waktu petang...

jangan tak tahu, melakukan rutin harian adalah bersenam secara informal juga. contohnya: membersihkan halaman rumah, mengemop lantai, berkebun dan sebagainya..jadi kita tak ada alasan untuk tidak bersenam...

kalau saya pula, saya suka membawa anak2 ke taman permainan di waktu petang....boleh bersenam ringan disamping berjumpa dngan ibu2 yg lain untuk mengeratkan siraturahim.,,

amiraliyana said...

hehe kelakar plak bca..;p

buat kerja rumah pun satu senaman gak. berjalan kaki pun bersenam jugak tu. tak payah nak pakai2 baju senam bagai pakai baju kurung then jalan kaki dah kira bersenam jugak tu.=)

Mia said...

Wah, bestnye ada bengkel.. >.<

Mia dan geng sekolah, round satu skolah pun dah cukup.. haha *bak kata cikgu lah*

Berjalan blh dijadikan exercise. sambil2 tu, nikmatilah keadaan sekeliling...
Kalau berjalan pun takde masa, senang, gie mainkan lagu kesukaan anda, *lagu rancak gik best* pastu, goyang sana - goyang sini. MENARI! kan seronok..
>.<

Kepada yg tgh jaga badan, Ganbatte! =)
Thanks

Wan_hazel said...

makan pun satu senaman bagi wan..senaman mulut dan perut..ehehhe

fara anak abah said...

haha..selagi x sakit terlantar kat hospital,selagi tu la orang rasa bersenam ni susah..kan?try la sikit2 macam...bjalan 40 kali ulang alik lepas mkn ke..haa..sambil bsenam dapat pahala sekali,sunah nabi tu=)

kaseh suchi said...

macam drama2 jepun kan...

kalo nak kejar awek nak nek flight
dorang bukan guna motor/keta...

lari je..

xtau kalo tu dalamdrama je ke...hehe

tapi tengok ayah i..kerja kampung becucuk tanam dari muda..sampai umo 70an masih sihat...dia kan slalu kuar peluh=)

AtiQah said...

dgn wujudnya badan berunifom d universiti2 awam ini menjadi antara platform untuk belajar bergiat aktif dalam pada itu dpt bersenam.. sebagai contoh menyertai suksis, palapes dan sebagainya.. dgn aktiviti yg ada dlm pasukan2 ini seperti kawad, larian dan sebagainya.. secara x langsung akan membuatkan seseorg bersenam..

dgn bersenam bnyak kebaikan yg akan diperoleh seperti otak akan menjadi cergas dan penyakit jarang akan menjangkiti kita...

ini adalah antara pendapat saya.. jgn dah sakit suntik sana n sini oleh doktor baru nak sedar.. pesanan untuk diri sendiri dan pembaca sekalian...^^

♥EiDaEiRaFiZie♥ said...

hahaha..bersenam masa zmn skolah dululah.skang dah jarang.hahaha

fiezahkecik said...

hehe.bersenam untuk kesihatan.

sekarang malas benar nak bersenam dan bersukan.dulu kat sekolah je rakin nak bersukan bila dah duduk rumah ni, rasa berat nak lakukan aktiviti senaman

nanakimie said...

hehe..lucu baca ceta sis neh:) nana pon dah lama tak bersenam neh..ada sukan ke apa barulah terhegeh2 nak bersenam:)

kaseh suchi said...

kalau poco-poco xda isu kan seronok bersenam sambil menari2 gitu...

xda la terasa sangat kan berat emas 50 karat tu kan...hehe

taram je SD.. ikot je koc tu buat..hahaha...
jangan koc pun da semput sudah....
aaaaaahhhhhhhhh(ala2 zed ML)HEHEHE

aqishah said...

bersenam utk kesihatan.. dan juga mengerat kekeluargaan.. beriadah bersama keluarga detik yg terindah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...