Followers

Thursday 19 May 2011

Simpulan Bahasa Huruf G


Hai teman-teman.

Setelah lama tak menulis, hari ini saya sambung dengan simpulan bahasa yang bermula huruf G.

Ganti Tikar 
Maksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.

Ayat:
Daripada kecil lagi arwah isteri Rauf, Lya Atilia memang akrab dengan adik kembarnya, Tya Alia. Bahkan sewaktu Lya Atilia berkahwin dengan Rauf, Tya Alia sendiri yang menguruskan segala persiapan perkahwinan kakak kembarnya. Tetapi apa kan daya, kita tidak dapat melawan ketentuan-NYA. Pada usia perkahwinan Lya Atilia bersama suami mencecah usia lapan tahun, Lya Atilia telah pergi selama-lamanya meninggalkan suami, anak-anak serta keluarga tercinta kerana sakit barah hati yang dihidapinya. 

Selepas hampir empat tahun pemergian Lya Atilia, Rauf telah mengambil keputusan untuk mengahwini Tya Alia (adik isterinya) demi melihat anak-anaknya. Rauf tidak sanggup melihat anak-anaknya membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. Lebih-lebih lagi keadaan Rauf yang semakin sibuk dengan tuntutan tugasan di pejabatnya yang semakin berkembang maju. Perkahwinan Rauf bersama Tya Alia amat disenangi oleh keluarga dan  anak-anak Rauf kerana mereka memang maklum akan keakraban anak-anak dengan mama baru mereka itu. Perkahwinan Rauf dengan Tya Alia adalah dikatakan sebagai ganti tikar kerana Tya merupakan adik kepada arwah isterinya.

Gelegar Buluh  

Ada yang pernah dengar pasal gelegar buluh ni? Yang selalu kita dengar adalah meriam buluh. Gelegar buluh ini ada bau-bau bacang ngan meriam buluh ker? Kawan-kawan, kalau kita nak tahu, gelegar buluh ini langsung tiada kaitan ngan meriam buluh.  

Gelegar buluh merujuk kepada orang yang bercakap besar tetapi kosong. Ia lebih kurang sama dengan Tin Kosong. Cakap jer lebih tapi satu apa pun tak da.. Haaa tu ler maksudnya.. Ada faham?? Saya pun baru tahu Gelegar buluh ni rupa-rupanya sepupu sepapat ngan Tin Kosong..hehehe.

Kawan-kawan ingat yer, jangan jadi macam gelegar buluh tapi ikutlah resminya padi, semakin berisi tunduk ke bumi. Jangan jadi umpama lalang, tidak berisi namun terus meninggi.

 






 Jako Geliga: Nak tau simpulan yang lain lagi tak???Ada lagi perkongsian yang menarik lepas dua simpulan di atas.. Tunggu yaaa..  
 


10 comments:

Unknown said...

gelegar buluh ngan tin kosong dua2 nana xpenah dengar:) sekarang baru taw,hehe...

Emmymazli said...

macam belajar tatabahasa pulak kat sekolah... good effort!!!

The Girl of The Future said...

Owkeyh... nie baru first time Mia dengar simpulan bahasa nie.. *harh, itulah padahnya tak bca bnyk2*
anyway, thanks for the info

Anonymous said...

huhu..baru first time jugak dgr ni..~

amiraliyana said...

uishh. menarik info ni. bagus2. teruskan menulis! =)

Sarah Naiema said...

Ganti tikar sara pernah dengar dan selalu guna masa exam time skoloh2 dulu.. Ganti tikar kawin gan salah sorg adik beradik isteri apabila isteri telah mati..

gelegar buluh baru first time dengar..thank for tmbhkan ilmu ini..=)

Jako Geliga said...

Kepada semua saudari yang setia membaca Post Jako Geliga ni, thanks ya semua.. Ya, sama-sama kita memperkayakan simpulan dan peribahasa kita.. Bahasa kita sungguh indah kan...

Wan_hazel said...

jago geliga memang geliga..ehehe

Anonymous said...

1.Gadai Bergolok = Bergadai Bergolok
Maksud: Berbelanja sehingga berhabis.
Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.

2. Gadai Nyawa = Bergadai Nyawa
Maksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.
Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.

3. Gadis Sunti
Maksud: Anak perempuan yang belum baligh.
Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.

hehehe....da share 3 simpulan bahasa hurup g... ;p

Wan_hazel said...

kaseh suchi

waaa..pun reti gak...hebat2..respect2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...