Followers

Wednesday 11 May 2011

USB Flash Drive


Assalamualaikum, salam sejahtera dan  salam 1Malaysia

Apo koba ore kampung kito. Dah lama benar ambo tak join the club.. bukan apa ada tugas penting yang harus diselesaikan… Jadi, hari ni boleh la ambo nok berkongsi dengan demo sumo mengenai USB flash drive.  

Ambo pasti semua orang tak tahu sangat jika ambo sebut USB flash drive tapi kalu ambo sebut pendrive atau thumbdrive semua orang akan tersenyum sebab dah nampak gambarannya. Ceritonya, penggunaan USB flash drive  bermula sekitar tahun 2000 dan dikomersialkan oleh IBM dan Trek Technology untuk menggantikan disket Floppy A yang mempunyai kapasiti yang terhad.  Pada pendapat ambo, USB flash drive diwujudkan untuk membaiki kelemahan disket yang kurang fleksibiliti dan menunjukkan peningkatan teknologi gajet komputer dengan memudahkan pengguna memindah dan menyimpan data serta mengambil alih fungsi disket. Ia terdiri dari peranti simpanan data ingatan flash yang terintegrasi dengan USB (Universal Serial Bus) interface. 

Gajet ini beratnya kurang dari 30 g (1 oz).  Bermula dari kapasiti pendrive adalah dalam gandaan 2. Mengikut sejarah kapasiti storan digital, pola gandaan 2 akan dilihati iaitu bermula dengan 16MB, 32MB, 64MB, 128MB, 256MB, 512MB, 1GB (1000MB), 2GB, 4GB, 8GB, 16GB, 32GB, 64GB, 128GB dan paling  terkini, kapasiti yang terbesar boleh dimiliki ialah 256 GB. Antara, kelebihan lain thumbdrive ialah kelajuannya untuk  pemindahan data yang lebih tinggi (USB2.0 480mbps). Ia kecil, ringan, mudah dialihkan dan lebih tahan lasak berbanding dengan disket. Ia juga mempunyai  daya penyimpanan data yang tinggi, harganya juga  yang murah dan berpatutan. Malahan, kini semua perkakasan komputer moden mempunyai kelengkapan USB dan  perkakasan pembaca disket pula telah diabaikan dalam pemasangan komputer baru.








Nahaza: USB flash drive  ini memang berbaloi untuk dimiliki kerana memudahkan tugas harian kita yang melibatkan dengan pemindahan data serta harga yang berpatutan dan sangat fleksibal.

9 comments:

Anonymous said...

macam2x jenis skang usb ni.huhuzing

Unknown said...

comeynya bentuk love tu:) aah,mcm2 bentuk da skg kan sis

Emmymazli said...

cantik giler!!! emmy pernah tgk usb yg grand2 mcm ni di Hotel Marriot tp mahal sungguh. walaupun emmy suka blink2 tp taklah terfikir utk membazir sampai gini.. hehehehhe

The Girl of The Future said...

O.O / :0 woah, cantiklah pendrive tu.. Bling2! ;) .. kalau diberi pilihan, mmg ramai akan merebut kan USB Flash Drive.. di atas sudah diterang cukup padat dan cukup simple tentang kebaikan tuhmdrive and pendrive ini.. :)))

Anonymous said...

sekarang ni usb pun dah mcm2x bentuk.lgpun benda ni kan penting utk save dokumen or pape yg penting~

amiraliyana said...

wah ada diamond2 bagai pendrive pun ya! macam2 sekarang. mira first time tengok pendrive kawan mira punya kecik gila, kecik sekecik anak jari. kita yang tengok takut. bukan takut apa takut hilang nak cari payah sebab dia kecik dan nipis.

Wan_hazel said...

dulu pendrive nie besar petiasi..kapasiti pun kecil je..teknologi makin maju,.

Anonymous said...

comel2 n exclusivenya,,,hehehe

apa pun yang penting bole wat simpan data cukup..

Wan_hazel said...

kaseh..utk show2 je..eheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...