Followers

Monday, 23 May 2011

Senggangkan Masa Anda



Berapa ramai je dari kita yang bersenam dengan cara yang konsisten? Uchee rasa ramai di antara kita yang melakukan senaman tapi bukan dengan cara yang konsisten. Kebanyakan dari kita juga tidak melakukan senaman, alasan yang biasa diberi adalah tiada masa kerana sibuk bekerja, menguruskan keluarga dan anak-anak yang masih kecil serta banyak alasan lain lagi. 

Kita disarankan agar melakukan senaman 3 kali seminggu, dilakukan 30 minit setiap kali. Bila bercakap fasal senaman orang mesti terfikirkan jogging, dan juga aktiviti yang melibatkan luar rumah. Sebenarnya apabila kita berjalan dan lakukan aktiviti yang mudah, ia dianggap senaman jika kita konsisten dan dapat menyihatkan badan dan mengeluarkan peluh. 

Sebenarnya, jika kita tiada masa untuk melakukan aktiviti senaman di luar rumah, kita sebenarnya digalakkan juga untuk melakukan aktiviti di dalam rumah. Uchee rasa aktiviti ini baik untuk wanita yang betul-betul sibuk menguruskan keluarga. Naik turun tangga, skipping, sit up, semua ni boleh kita lakukan di rumah. Kita sepatutnya tidak boleh mengabaikan senaman hanya kerana kesibukan bekerja dan menguruskan keluarga. Senaman yang dilakukan di rumah tidak melibatkan kos yang tinggi, senaman yang dilakukan di rumah boleh dilakukan dengan panduan cakera padat yang berupa lagu, kita boleh mengikut rentak lagu tersebut. Selain itu, kita juga boleh menggunakan botol air sebagai ganti untuk dumbell. Kita tidak perlu menggunakan peralatan yang canggih untuk bersenam, yang penting kita konsisten melakukan senaman tersebut. Seharusnya kita semua tidak patut memandang senaman ini sebagai suatu benda yang ringan.
 





Uchee: Biar badan ringan dengan senaman, jangan memandang ringan dengan tidak melakukan senaman.

9 comments:

Unknown said...

hehe...lama dah neh nana xbersenam:)

Emmymazli said...

main volleyball kira bersenam ke??

The Girl of The Future said...

buat kerja rumah seperti basuh baju, jemur pakaian, naik turun tangga, mop lantai, blh kira senaman ke.. hehehe

Anonymous said...

dah lama tak bersenam.chara rasa buat keje rumah pun dah kira bersenam ape.hihi~

amiraliyana said...

"Kita disarankan agar melakukan senaman 3 kali seminggu, dilakukan 30 minit setiap kali."

30 minit tu sekejap ja tapi bila dah lama tak senaman rasa lama ja. mira masa kat rumah sewa weekends memang akan bersenam. kalau rajin boleh sampai sejam gak. dengan kawan2 kan best la tak rasa letih sangat. hari2 biasa memang tak sempat sibuk dengan kuliah. tu pun weekends pun bukan selalu bila free jek baru boleh buat. huhu

Sarah Naiema said...

Senaman amatlah bagus untuk kesihatan kite.. Ia dapat membantu kite untuk m'cegah p'yakit dan kekal cantik serta untuk kuruskan badan bagi yang m'galami masalah kegemukan..

Kite sepatutnya mluangksn masa s'kurang2 30 minit untuk b'senam.. Just pikir untuk kesihatan diri sdiri dan b'fikiran positif yg senaman itu perlu dalam s'minggu...

Kadang2 memeng tak cukup masa nak bersenam tapi just lakukan dirumah pon da berbaloi..cuba buat gan anak2 skali dan suami pasti tak boring..

Tanpa kite sangka solat ibadat kite s'harian juga merupakan senaman..^^

Anonymous said...

hehehe...

kadang2 kita x sangka apa yang kita buat tu da merupakan satu senaman...macam kemas rumah, memasak, tanam bunga..ok la tu kan...kuar jugak peluh...

tapi alangkah baiknya kalau kita liangkan masa bersenam dengan ahli keluarga contohnya main badminton ke joging ke...apa2 lah...
yela..selain badan kita sihat hubungan sesama keluarga turut bertambah erat =)

Ummu Ukasyah said...

Ya betul tu uchee. Bersenam setiap hari amat baik untuk kesihatan badan. Banyak cara untuk kita bersenam. Berjalan juga bersenam. Bersukan serta beridah adalah cara terbaik untuk mengeluarkan peluh. Bermain badminton dengan anak-anak. Mengemop lantai, membuat kerja rumah juga merupakan satu senaman.

Sekali sekala bawalah anak-anak atau bawalah diri sendiri untuk beriadah.

Bersukan, bersenam dan beriadah merupakan ´hiasan hidup´. Justeru, berlebih-lebih sehingga mengorbankan perkara-perkara yang menjadi kehendak dan keperluan di dalam hidup apatah lagi jika perkara tersebut merupakan keperluan asasi adalah berlawanan dengan fitrah Islam. Semua perkara yang diharuskan disertakan bersamanya syarat tidak keterlaluan kerana Allah s.w.t. tidak menyukai golongan yang melampau dan berlebih-lebihan.

Aktiviti bersenam merupakan satu bentuk riadah yang tidak seharusnya menjadi faktor penyebab bagi wanita khasnya dan lelaki khususnya lalai daripada memenuhi tuntutan agama dan kewajipan dunia. Individu dan masyarakat Muslim tidak kira lelaki mahupun wanita dituntut supaya mengimbangi di antara kehendak dirinya dan kewajipan yang dituntut agama.

Wan_hazel said...

solat pun satu senaman..dalam solat tanpa sedar kita dah wat satu senaman yang amat penting dalam kesihata..perjalanan darah pun ok..bila sujud dan rukuk..

Itu lah pentingnya senaman solat ...ajak anak2 semua solat..kan lagi baik...senaman dalaman dan luaran..rohani dan jasmani...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...