Followers

Monday, 23 May 2011

Cuti Sekolah Datang Lagi



Bermula pada minggu hadapan sekolah mula bercuti selama dua minggu. Seronoknya……Cuti sekolah datang lagi.   Mungkin itulah ungkapan yang pertama yang diucapkan oleh para pelajar setiap kali  tibanya musim cuti sekolah.  Bagi sesetengah pelajar mungkin beranggapan inilah masanya untuk mereka `release tension’ setelah berbulan-bulan  bergelumang dengan pelajaran dan pelbagai kegiatan ko-kurikulum.  Kalau masa dahulu setibanyanya musim cuti sekolah anak-anak  sibuk ke hutan, sawah bendang untuk mencari sesuatu yang mendatangkan hasil.  Berbeza dengan anak-anak zaman sekarang, banyak masa dihabiskan di kaca TV, bermain komputer sambil melayari internet, handphone dengan SMS nya, berkunjung ke CC (Cyber Café) dan pelbagai lagi.  Ingatan kepada ibu bapa! Pada musim cuti sekolah sebegini  ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk memantau dan mengawal anak-anak agar tidak terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat. 

Di ruangan ini PS Mubin menyarankan agar manfaatkan cuti sekolah  dengan mengulangkaji pelajaran khususnya bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini. Selain daripada itu buatlah perancangan untuk  bercuti bersama keluarga, menziarahi sanak saudara di kampung halaman, menyertai kursus di kem-kem motivasi yang dianjurkan dan bermacam-macam  lagi program yang mendatangkan kebaikan. 

Musim cuti sekolah ini juga, sudah pasti ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk mengadakan majlis kenduri-kendara seperti perkahwinan dan sebagainya.   Manakala bagi anak-anak yang dikira sudah layak untuk dikhatankan  inilah masanya untuk mengadakan majlis berkhatan.  Cuti sekolah selama dua minggu ini adalah masa terbaik untuk melaksanakannya.. 

 








PS Mubin :  Selamat bercuti…

12 comments:

nanakimie said...

aah,banyak orang kawen cuti2 sekolah neh.hehe...nana lama dah tak p kenduri kawen:)

EMMYMAZLI said...

selamat bercuti... sakan la anak emmy ni cuti sekolah.. mesti mintak balik kg.. heheheh

Mia said...

waahaha.. itulah dijerit Mia and kengkawan masa habis exam dan mulanya cuti..! YEAH! mmg legalah juga.. and hmwrk tak bnyk sbab bru lpas exam.. :)) tetapi, hbis jak cuti, dlm 2-3 minggu, ada exam lagi.. haiya.. takper, kita belajar pastu have fun lagik lah.. kan blh baca guna pelbagai media seperti internet.. FB pun blh guna jadi study group tau... So, to all out there, cuti, mmg cuti, jgn lupa pula beg sekolah yg duduk kat tepi tu.. :))

rusna wana said...

yg bestnya cuti sekolah ni kan, jalan akan jd lengang - no jem - no stress..hehee...kdg2 terfikir jugak, kenapa kalau cuti sekolah je, jalan jadi ok..????

♥CHaRa♥ said...

cuti skolah mcmni lah byk kenduri kawin.time tu sume kelurga pasti akan berkumpul.pasti meriah.

amiraliyana said...

selamat bercuti la yaa. jangan nakal2. mira dah cuti awal lagi. cuti 3 bulan lagi tau! =)

musim cuti sekolah memang musim orang buat kenduri. jomm kita serbu kenduri!hehe

rusna wana said...

teringat apabila cuti sekolah je, mesti mak hantar balik kampung nenek - ingat time tu cuti sekolah 2 bulan..punyalah tak suka coz duduk kampung..pagi dan malam mengaji, tengahari ikut nenek p kebun, petang pula pegi kebun mengutip hasil..tpi bila ingat2 kembali, zaman itulah yg paling best..zaman kanak2 ku dikampung..klu bole nk kembali ke zaman itu ...

Wan_hazel said...

saat cuti lah paling best...bila dah cuti nak sgt masuk skolah balik..hehehe..musim cuti adalah musim bkhatan..ehhehe..

kaseh suchi said...

cuti sekolah kalau bagi orang kampung memang xda makna apa2..

maknanya palaing x best kena tolong ayah kat kebun..balik umah tolong mak masak..malam tido awal pasal xda keje skolah..esok bangun g kebun balik..hehehe

kaseh suchi said...

cuti sekolah kalau bagi orang kampung memang xda makna apa2..

maknanya palaing x best kena tolong ayah kat kebun..balik umah tolong mak masak..malam tido awal pasal xda keje skolah..esok bangun g kebun balik..hehehe

Wan_hazel said...

Kaseh Suchi..alahai..cam sama je lah pmikiran kita nie..ehehhe..betul tu..ekot tempat lah kan...

Rocky said...

x best lah cuti panjang

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...