Salam 1Malaysia buat semua.
Masih belum terlambat Cikgu Bedah mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua para pendidik di luar sana. Ucapan terima kasih yang tak terhingga kerana mendidikku menjadi insan berguna. Sempena Sambutan Hari Guru 2011 ini, Cikgu Bedah ingin berkongsi dengan anda semua, sajak nukilan sasterawan negara yang ulung, Dato’ (Dr) Usman Awang judul Guru O Guru [1979] sebagai tatapan bersama.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Cikgu Bedah: Terima kasih Cikgu….Jasamu sentiasa dikenang, malah aku sentiasa berdoa…Semoga cikgu bahagia dan dirahmati Allah SWT selalu.
14 comments:
Selamat Hari Guru - :-) teringat guru2 disekolah rendah dan menengah dulu...
selamat haru guru buat guru di seluruhh malaysia..~
guru penjana transformasi pendidikan negara:)
Selamat Hari Guru... terutamanya buat Cikgu-gikgu Sekolah Menengah Vokasional Port Dickson dan Sek. Men. Canosssian Convent Segamat walaupun terlambat... tp emmy tetap nak wish...
Mia mmg suka Sajak ini, malah, sekiranya disuruh mendeklamasikan sajak utk guru, mmg Mia akan ambil sajak ini.. Mia paling suka part ini
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Guru adalah pemangkin kegemilangan.. Guru adalah segalanya yg m'gajar dari A sapa Z.. Guru jasamu dikenang=)
Guru adalah insan yang berjasa dalam mendidik peribadi dan menyampaikan ilmu kepada kita sehingga kita berupaya untuk menjadi doktor,jurutera dan sebagainya...jd hargailah jasa guru-guru yang telah menabur bakti kepada kita....Buat cikgu Bedah pula,semoga terus manabur bakti dengan tulisan yang bersifat ilmiah...tahniah di ucapkan...
Terima kasih Acid untuk pandangan anda yang membina.
Menjadi seorang pendidik bukan sesuatu yang mudah.. perlu mempunyai semangat yang kuat dan bersedia dari segi mental dan fizikal..
Bukan senang nak mendidik supaya anak2 paham apa yang diajar oleh guru.. sebab tu guru perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menyelami murid2nya...
Tanpa ilmu mungkin hidup tak cerah, mungkin saja gelap..guru la yang menerangi hidup kite tu.. Jasa mereka terlalu besar bagi kite sehingga la kite berjaya..^^
Guru jasa mu sentiasa dikenang dan sentiasa ilmu yang guru ajar amat la bernilai dan bermakna..=)
semua kerna guru..tapi skang nie perguruan dicemarkan dengan kes kes jenayah..rogol dan bunuh..hm..
jenayah oleh golongan pendidik amat memalukan kan...
dia nak mengajar anak bangsa tapi dia sendiri buat jenayah...
hopefully warga pendidik semakin matang dalam menjalankan tugas dan menjaga tingkah laku =p
setuju dengan kaseh suci...dunia makin maju namun pemikiran dan budaya kita semkin jauh menyimpang..Agama sekarang nie dijadikan bahan mainan lak..Warga pendidik seharusnya lebih celik akal ..
pandangan CNN sendiri sbg bakal guru, bukan semua guru bermasalah dan melakukan jenayah.
betullah kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.
Kita cuma melihat dari aspek yg negatif, cuba luaskan pandangan dan melihat dari perspektif yg berbeza. Contohnya, lihat pada perangai murid pada masa kini.Sangat berbeza dengan zaman dahulu.
Sememangnya profesion perguruan sangat mencabar, namun masih mulia di sisi agama.
sekadar pandangan,
Mohga Allah redha. :)
Cik Nani Noraini
betula apa yang CNN kasi taw tu..bukan nak memburukn semua warga pendidik cuma nak berikan sedikit pengajaran..
Walau apa pun..wan tak kan mampu menulis disini tanpa guru2 yg membimbing Wan suatu masa dhulu..
dan buat CNN..selamat bgelar guru...
Post a Comment