Followers

Tuesday 10 May 2011

Optimis Terhadap Apa Yang Dihadapi



Mereka yang bermentaliti  juara tidak mudah kecewa dan putus asa. Mereka positif dan optimis terhadap apa yang telah, sedang dan akan berlaku. Mereka sentiasa ada dalam kawalan, kerana mereka tiada apa-apa yang hendak dipersalahkan.  Mereka sentiasa berfikir mencari ruang dan mencipta peluang, bukannya mencari kesalahan orang lain dan menuding jari ke arah orang lain. Mereka berfikir secara konstruktif dan inovatif, bukannya destruktif dan kritis.

Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa memikirkan perkara yang positif dan mengelakkan daripada berfikiran negatif. Kadangkala kita lebih suka mengkritik, marah dan mengherdik akan perkara yang tidak kita fikir terlebih dahulu, sedangkan kita boleh memikirkan perkara itu terlebih dahulu dan cuba memberi pandangan yang positif, berfikiran positif dan boleh membawa keputusan yang positif dan betul dari segi tindakannya.

Orang pandai belajar daripada kesilapan sendiri dan orang bijaksana belajar daripada kesilapan orang lain. Orang yang bebal enggan ataupun gagal belajar daripada kesilapannya.










Cik Ai: Sentiasa Optimis  

8 comments:

Emmymazli said...

Saya setuju sangat!!!!! Hidup mesti positif!!!

Unknown said...

betul2:)jgn slalu pndg n cari bnda yg buruk2..always think positive!:)

Anonymous said...

sangat setuju...~;)
sentiasa pk positif

The Girl of The Future said...

Sokong sesangat..! :)) Dlm kehidupan yg sering ditempuhi cabaran dan dugaan, haruslah bersikap optimis..
~Tuhan tidak akan memberi dugaan yg tidak dapat dihadapi kepada umatnya ~

Sarah Naiema said...

Dalam menjalani kehidupan sebagai seorang manusia, sudah pasti kite semua tidak boleh lari dari masalah..

So, abik ia sebagai ujian dan cabaran dalam hidup nie..bersikap optimis tu mampu mendorong seseorg tu supaya redha dan tabah dengan walau apa2 yg berlaku terhadap dirinya..

Sentiasa b'fikiran positf dan tidak mudah berputus terhadap sesuatu perkara yang berlaku..^^

amiraliyana said...

terima kasih di atas entry ni. =)

Wan_hazel said...

hidup nie penuh liku liku...jadilah ular yang mnyusur akar tak kan hilang bisa nya..

Anonymous said...

iye,,+ve thinking guiding us jadi orang yang ceria n pemaaf n insan yang bersabar...

kalau asyik berfikiran negatip nanti hidup kita akan diserbu kesedihan dan kemurungan, sesalan dengan kesilapan lalu,,takut untuk menghadapi masa depan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...