Followers

Tuesday, 10 May 2011

Kisah Ibu Ayam dan Ibu Itik


Ibu ayam: Hi Tik, hang awat bila berjalan hang di depan dan anak-anak hang berderet ikut di belakang? Macam mana hang nak jaga keselamatan depa kalau macam tu?

Ibu itik: Hai Cik Yam, hang tak tau ka..kami itik ni berdisiplin, kalau berjalan mesti berbaris dan ikut peraturan. Ketua mesti la di depan. Hang pulak Cik Yam, lepaskan cam tu je berselerak anak-anak hang aku tengok, berlari sana, berlari sini.

Ibu ayam: Ehh, kita orang amalan bebas tapi tak bermaksud aku tak jaga anak-anak aku. Aku ibu ayam kalau ada anak, orang pun takut dengan kami tau..sebab garang…jangan dok mai dekat....nanti kami sembung.

Ibu itik: Tak pa la..hang cara hang aku cara aku…Yang penting anak hang jadi anak ayam anak aku tetap jadi anak itik. Tapi, awat hang Cik Yam kalau bertelor riuh rendah aku dengar?

Ibu ayam: Aku bukan apa, aku saja ja riuh bagi ayam-ayam lain dengar. Jadi nanti ayam-ayam lain pun cemburu dan pakat-pakat bertelor juga. Dapatl a meramaikan penduduk… ikut seruan kerajaan untuk ramaikan penduduk. Hang tu Tik, diam-diam ja bertelor, banyak biji pula tu.

Ibu itik: Kami itik ni bukan macam ayam….kami kurang laku…jadi tak yah la nak promosi ramai-ramai…tapi diam-diam kami berisi juga…kami pun menyumbang kepada pertambahan penduduk…Cuma orang ja kurang pandang…

Ibu ayam: Orang tak tau…itik pun sedap...
 






Anom:  Minggu depan cerita cacing dengan udang pulak…

13 comments:

acid said...

ayam dan itik adalah dua binatang ternakan yang selalunya kita makan...cerita yang menarik dpd Anom...tahniah di ucapkan...semoga akan ada lagi cerita-cerita yang menarik dpd rakan 1klik...

EMMYMAZLI said...

hahahah.... best2 sembang ayam ni yer... heheheheheh

nanakimie said...

hehe...masing2 nak tnjuk n pertahankan kehebatan msg2:)

Mia said...

Lain org, lain gaya hidup.. :)) akan menunggu cacing dengan udang

♥CHaRa♥ said...

rambut sama hitam tp hati lain2x.betulkan

acid said...

Sb ayam dan itik adalah merupakan salah satu daripada binatang ternakan yang popular di Malaysia...Jd kedua-duanya sama penting cuma itik ni kurang diminati oleh orang melayu tetapi itik lebih digemari oleh masyarakat cina...

amiraliyana said...

hehe. masing2 ada pendirian masing2..

Wan_hazel said...

hahaha..banyak maksud tersirat dalam entri..nie..skali lagi nak request Button like...

Ummu Ukasyah said...

Mendalam maksud di sebalik cerita ayam dan itik ni..

masing-masing dengan cara tersendiri, macam kita juga, di Malaysia ni kita hidup berbilang kaum. bebas mengamalkan agama, adat dan budaya masing-masing.

tapi dalam kebebasan kita kena tahu macam mana hidup bermasyarakat. macam itik berdisiplin je dengan anak. dan macam ayam bebas tapi tahu jaga keselamatan anaknya.

kaseh suchi said...

btul kata ummu kasyah...

masing2 ada cara sendiri didik anak2... yang penting anak ayam jadi ayam n anak itik jadi itik...

manusia pulak...dengan cara didikan masing-masing belum tentu dapat didik anak jadi manusia yang berguna kan...

cara terbaik untuk manusia dengan ikut tuntutan agama dalam mendidik...itu yang terbaik

kaseh suchi said...

btul kata ummu kasyah...

masing2 ada cara sendiri didik anak2... yang penting anak ayam jadi ayam n anak itik jadi itik...

manusia pulak...dengan cara didikan masing-masing belum tentu dapat didik anak jadi manusia yang berguna kan...

cara terbaik untuk manusia dengan ikut tuntutan agama dalam mendidik...itu yang terbaik

Si kOtAk HaTi said...

hehe...kelakar pun ada...saya suka baca gaya bahasa entry nie..loghat utara!!! (^_^) Walaupun hanya kisah ayam & itik, namun...ianya mungkin nampak simple namun membawa maksud yang tersendiri. Jika dilihat dalam konteks masyarakat kita pula, kisah sebegini juga terjadi. Lain ibu bapa, lain caranya mendidik anak-anaknya.

Wan_hazel said...

semua yg komen sini semua ada pendapat masing2...cara mendidik tu bgantung sebanarnya janji niat nak jdkn anak tu jd yg tbaik...sapa nak anak jahat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...