Followers

Wednesday 11 May 2011

Mari Make..Kuih Muih Kelate..

GEGIRL loni dok cari make di Kelate lagi. Di Kelantan pelbagai kuih muih yang namanya unik dan pelik boleh ditemui di sini namun makanan di Kelantan dan Terengganu tiada perbezaan yang nyata. Seperti yang diketahui kebanyakan kuih muih dan masakan di Kelantan rasanya manis seperti mana tiga jenis kuih ini iaitu akok, suna dan jala mas.

Terdapat beberapa jenis kuih akok yang biasanya dibuat berbentuk bujur, ikut acuan buah ulu dan akok bunga atau dikenali juga akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelor. Pada kebiasaannya akok nisan bewarna gelap, sementara akok daun pandan dan akok Kemboja bewarna hijau pucat. Kuih akok menjadi pencuci mulut wajib di setiap bazar Ramadhan bukan hanya di Kelantan tetapi di seluruh Malaysia.

Kuih jala mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih mas sejemput, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza. Kuih jala mas disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas. Kuih jala mas mempunyai bentuk yang berjurai seperti mi halus. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan dan perkahwinan. 


Kuih ini dibungkus dengan daun pisang ini dan berbentuk kon dipanggil kuih suna loghat orang Kelantan untuk serunai. Dipanggil kuih suna kerana bentuknya seperti serunai. Kuih ini terbahagi kepada dua iaitu bahagian bawah merupakan adunan tepung beras, manisan, air dan garam. Manakala bahagian atas pula merupakan krim santan yang dibubuh sedikit garam. 












GEGIRL : Banyak lagi makanan tradisi yang GEGIRL  tak pernah tau dan rasa..asyik sangat dengan makanan segera…marilah bersama-sama bangunkan makanan tradisi ini!  

10 comments:

rusna wana said...

kuih suna? teringat kuih ini yg selalu arwah nenek buat dulu - kuih ini dikukus ... tp kalau disabah kami panggil kuih basung..:-)

Unknown said...

nana suka kuih akok,sdap!kuih jala mas tu mcm roti jala ke sis?

kalo kuih suna tu xpnh dgr n cuba lagi:)

Emmymazli said...

kuih akok tu mmg best giler... adehhh... tetiba teringat plak pada kuih akok yg kawan emmy buat dulu tu.... rasa cam org mengidam pula... hehehheeh

The Girl of The Future said...

hrmmm.. terleleh air liur Mia *opps* sedap didengar, sedap dipandang, apa lagi, trylah.. mana tau berkenaan..

Anonymous said...

huhu..mahunya terliurr tgk kuih ni.tublm makan lg.haishh

amiraliyana said...

first time dengar kuih suna. rupanya banyak lagi kuih2 kelantan ni.

Sarah Naiema said...

Dalam banyak2 kuih, sara paling suka kuih akok..lebih2 lagi kuih akok pandan, mmg bes la dimakan time panas2 camtu.. T'ingat lau time buka puasa lau tak ada akok, mmg tak lengkap..^_^..Akok best lau makan time panas, mmg sedap..=)

Kuih jala mas dan kuih suna pon sedap juga..t'igt zaman2 kecil suka makan kuih-muih nie..=)

CikBibiran said...

gegirl, manis sgt bah kuih kelantan.... kalau CB boleh makan pun bahulu ja.. lain2 mmg xboley telan.. ehehehehehe......... balik kelantan CB belasah tomyam ja la.. tu ja peberet CB so far...

Wan_hazel said...

tgk kuih teringin lak nak puasa..hhehehe

Anonymous said...

kawan2 saya makan akok letak sos..pasal igat tu daging beger hahhahaha...lawak giler...dah la cicah ngan sos makan ngan nasi lak tu...

moralnya...tanya la dulu itu kueh ka lauk nasi =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...