Assalamualaikum dan salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Apo kabo adik kakak kito.….
Ambo kembali lagi untuk perkongsian maklumat terkini, baru – baru ni, ambo ado terdengar desas – desus yang mengatakan iPhone terbaru akan dilancarkan tahun ini. Kesinambungan keluaran Apple ini semakin mendapat sambutan dan dipercayai Apple terpaksa mengeluarkan sedikit demi sedikit khabar angin mengenai iPhone seterusnya kerana permintaan terhadap gajet itu yang semakin hangat dan juga untuk menutup kelemahan teknologi iPhone sebelum ini.
Menurut khabar angin yang boleh dipercayai, dikatakan iPhone kali ini yang digelar iPhone 5 akan lebih canggih dan prototaip yang lebih menarik dari iPhone dan iPhone 4. Ambo diberitahu iPhone kali ini akan menggunakan paparan layar sesentuh yang lebih besar untuk memberikan lebih kepuasan kepada penggunanya. Ambo dengar iPhone 5 juga akan menggunakan metal berkualiti tinggi untuk keseluruhan badannya. Sebab ambo dengar, metal digunakan untuk memperbaiki iPhone yang dicipta sebelum ini mudah rosak hanya kerana terjatuh.
Jadi, dengan adanya metal ini, iPhone kali ini lebih bergaya dan tahan lasak. Ia juga akan di akan lengkapi dengan cip Dual - Core a5 yang akan membuatkan ia makin laju dan pantas dalam melayari internet dan membuka apa saja aplikasi alam maya. Ambo dengar, ia dijangka akan dilancarkan pada bulan September 2011. Ini semua khabar angin sahaja, untuk mengetahui kebenaran khabar angin ini kena la kito tunggu bulan September sama ada keluar ke tak iPhone 5 ni.
Nahaza: Ambo sebenarnya pelik… mengapa orang ramai tak puas – puas mengejar kemajuan teknologi telefon bimbit ni sedangkan bukan banyak pun perbezaan antara iPhone terdahulu dan yang baru. Yang lebihnya hanya aksesori dan harga yang semakin tinggi. Mungkin ini trend masa kini…
9 comments:
aah kan sis.macam2 model phone dah skg...nana pakai yg biasa je..janji bole kol n msej..hehe...
hp idaman my husband ni.... tp lum mampu nak beli... hhehheehhe.. sabo jer laaa
hrmm.. kalau nie betul2, mmg kena terjah habis kedai kat Mall oleh ayahku yg mmg sukakan gajet jenama apple.. sekarang pun Mia tgh pakai iMac ( ada iPhone4(2), iPhone3G (mia pakai), iPod Touch (abng pakai) and Macbook Air (kegunaang ayah) .. tapi, bestlah juga jenama Apple nie.. Sebagai pengguna Apple, Mia mmg sukalah tapi klau mmg dah pengguna Windows sejak azali, mmg akan 'culture shock' lah dengan Apple.. ;)
bilalah nak merasa pakai iphone ni.agaknya bila dah keje natilah ek.hihi~
comel je bila tgk iphone nipis ni.hihi
menarik gak!
memang dah macam trend dah orang nak miliki gadget yang terkini. tapi masih ada yang masih macam dulu yang tak kisah dengan gadget2 latest ni. kalau mira ikut selera. tetiba rasa teringin nak jugak tukar tapi kena tengok ongkosnya jugak la!
wan tak minta iphone..ehehhe..so limpas camtu je lah tgk iphone..law org beri nak jugak
iphone 5??hehe..
tak kira la apa-apa pun , tapi CNN sgt berbangga kerana salah seorang daripada pencipta iphone 4 ialah rakyat malaysia,Timothy Seng Yen Lim.
Malaysia boleh! :)
Moga Allah redha..
Cik Nani Noraini
waaa..banyk nye info CNN nie..wan baru taw lah...boleh bangga kan..rakyat Malaysia nie...wan bangga lah..
CNN: yer.. rakyat Malaysia merupakan salah seorang yang mereka sistem iphone 4... bangga kan.. Nahaza pun bangga... rakyat Malaysia memang briliant..
Post a Comment