Betapa sayangnya ibu kepada kita. Ketika masih dalam kandungan hinggalah kita lahir, ibu sentiasa menjaga kita dengan belaian kasih sayang. Hingga kita dewasa ibu lah yang mengajar erti kehidupan, ajar mengaji, memasak, menghias diri hinggalah kita bertemu jodoh dan seterusnya mendirikan rumahtangga. Pesan ibu, pilih suami isteri yang ada didikan agama dan boleh menjamin kebahagian hidup sekeluarga. Berbakul-bakullah pesanan ibu, nasihat, petua dan macam-macam lagi. Itu kalau kita ni anak perempuan.
Kalau anak lelaki sama juga, sayang yang tidak berbelah bagi. Bila dah besar, dah bekerja dan ingin mendirikan rumahtangga, ibu pasti pesan supaya pilih isteri tu yang tau mengaji, berpendidikan agama, hormat orang tua dan ada paras rupa. Bila ibu dah tiada, kenangan manis bersama ibu sangat terasa…….
Jasa bapa kita juga jangan dilupa. Bapalah yang memberi kita makan minum, pakaian, apatah lagi pelajaran hingga kita berjaya. Sebagai anak, inilah masanya kita menabur bakti kepada orang tua.
Bagi Mama yang telah ketiadaan ibu, bapalah tempat kita mencurah kasih sayang selain suami dan anak-anak.
Pesan Mama Manis: Kalau kita hormat dan berbakti kepada ibu bapa kita, anak-anak kita pula akan menghormati kita dan sayangggg kat kita.
Selamat Menyambut Hari Ibu
13 comments:
sayangilah kedua ibu bapa kita-:-) tanpa mereka kita tak kan lahir ke dunia ini - pengorbanan kedua ibu bapa tiada tandingannya..
tpi di zaman serba moden dan canggih ini, sudah ramai yg telah melupakan ibu bapa..leka mengejar duniawi ker..?
hargailah ibu bapa kita selagi ada...
tiada apa yg menggembirakan hati ibubapa selaen doa dari anak yg terchenta...moga ibubapa kita sentiasa sihat sejahtera..sbagai anak hargai n sayangilah ibubapa kita...jgn jadi sperti kcg lupakan kulit..ada yg halau ibubapa dr rumah..
sayangilah org tua kita.krn mrk kita berjaya dan menjadi org yang berguna kepada agama, bangsa dan negara
Sayangi dan hargai Ibubapa anda yg masih ada di samping anda... Doakan mereka selalu kerana doa dari anak2 yg akan dibawa ke kubur..
Sayangi mereka sepertimana mereka sayangi anda semasa kecil.. Sekiranya mereka memarahi kmu, percayalah, ini kerana mereka melindungi kmu.. sekiranya mereka membuat salah, maafilah kesalahan mereka bagaimana ibubapa sering memaafkan herdikan dan kesalahan mu..
I LOVE YOU MUMMY, DADDY! <3
sentiasalah mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa di dunia mahupun di akhirat.
what goes around will come back around...
Sayu jer rasa... Hargailah mereka, tanpa mereka siapalah kita ini...
Sentiasa lah berdoa dari seorang anak kepada ibubapanya.. Moga mendapat keredhaan dariNya..
Hormati lah ibubapa kita, mungkin di usia tua mereka.. perangai mereka ke arah kebudak-budakan sikit... cuba memahami mereka, bersopan santun dan taat pada mereka..
tanpa ayah & ibu kita tidak dapat merasa kemnisan hidup di dunia...
merasa maknan yang lazat, merasa indahnya cinta & kasih sayang...
jagalah & temanilah mereka selagi kita termampu,, n janganlah biarlah mereka kesepian...
even mak n ayah kite n kite sendiri pendiam n xda benda nak dikongsi atau dibualkan...cukuplah berada d depan mata n menolong apa yang patut...
mereka permata hati kite.. =)
Sarah Naiema
betul tu..dan janagn lupa berdoa agar ibu bapa kita diampunkan dosa gak...kita tak taw dosa nie...sekecil kecil pun tetap dosa gak..so seharusnya kita berdoa agar ibu bapa kita diberi nikmat yang sempurna bila diakhirat kelak..
Hormatilah kedua ibu bapa kita. Dengarlah setiap pesan mereka selagi tidak melaggar syarak. Ikutlah pesanan dan amanat ibu bapa. Walhal dalam perkahwinan sekalipun.
Sebagai anak, apapun larangan dan bantahan daripada ibu bapa terhadap keinginan kita, dengarlah nasihat mereka. Kerana setiap apa yang mereka cakap ada sebabnya.
Ummu Ukasyah
setiap apa yg mama larang tu ada hikmah nye..mama tak kan nak larang anak tanpa sebab..mama dah taw selok belok dunia nie..sebab tu dia larang kita.
Kalau ada sesuatu yg mama tak betul..mungkin masih berfikiran lama..KIta sebagai anak jgn terus naik angin seharusnya kita berbincang dgn ibu bapa..
Contohnya kalau mama tak suruh kita ambek jurusan yg kita nak..padahaltu lah jurusan yg kita idam idamkan..so seharusnya berbincang lah dgn baik kan..
Post a Comment