Followers

Thursday 26 May 2011

Kemaafan Dendam Yang Terindah…


Assalamualaikum…Rindu dengan rakan 1Klik… rasa lama sangat dah CK tak menulis… bukan nak lari dari tugas dan tanggungjawab tapi bila jiwa kacau idea pun hilang entah ke mana.  Insya Allah hari ini CK cuba untuk menulis buat tatapan rakan 1Klik yang setia menyokong CK dan rakan-rakan penulis yang lain.

Beberapa hari lepas CK terbaca status seorang rakan FB - Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.  Hmmm… apa pula pandangan Rakan 1Klik.

Teringat CK kepada satu cerita yang telah dikongsikan oleh seorang rakan FB.  Kisah tentang pisang dan hati.  Di sini saya ringkaskan ceritanya untuk tatapan rakan 1Klik.  Seorang guru telah menganjurkan satu permainan untuk anak muridnya.  Guru tersebut telah meminta anak muridnya membawa satu beg plastik berisi pisang yang ditulis dengan nama orang yang mereka benci.

Keesokan harinya murid-murid tersebut datang ke sekolah dengan membawa beg plastik yang berisi pisang.  Ada yang membawa tiga biji pisang, ada yang lima biji dan yang paling banyak  lapan biji pisang.  Kesemua pisang itu telah ditulis dengan nama orang yang mereka benci.

"Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya" beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk  Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Mereka  juga hilang kawan, tertekan dan dipinggirkan.  Ada juga murid-murid yang menangis, enggan meneruskan permainan. Seminggu berlalu.  Permainan sudah tamat.  Murid-murid pun bersorak kegembiraan kerana tiada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

"Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?" tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

Itulah sebenarnya yang berlaku dalam hidup kita kan.  Jika kita terus menyimpan rasa kebencian di dalam hati kita bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan akan dibawa ke mana saja kita pergi.  Jika selama satu minggu pun kita sudah tidak boleh tahan dengan beban dan bau busuk kebencian itu apatah lagi jika kita simpan kebencian itu sepanjang hidup kita.

Jadi rakan-rakan memang kadangkala kita tidak dapat lari dari membenci kerana di dalam diri manusia ada seketul hati yang sifatnya menyayangi  dan membenci.  Tapi kebencian itu sebenarnya adalah beban kepada diri kita dan akan menyebabkan hati kita menjadi mati.

Biar apa pun kesalahan yang dilakukan oleh orang lain terhadap diri kita maafkanlah..kerana sesungguhnya memberi kemaafan adalah perkara terindah dalam hidup..Kalau tak percaya…cubalah. Di dalam Islam juga sentiasa menyanjung tinggi orang yang selalu memberi kemaafan sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Tidaklah Allah memberi tambahan kepada seseorang hamba yang suka memberi maaf melainkan kemuliaan.”(Hadis riwayat Muslim).

Tapi ada juga rakan-rakan CK yang nakal memberi komen…pisang kalau simpan seminggu tak busuk mana pun… Betul jugak kan… Tapi itu baru pisang… sudah tidak tertanggung beban dan baunya…bayangkan kalau kebencian kita itu berbau seperti seekor ayam yang disimpan seminggu..alamak.. kalau macam ni CK tak mahu benci sapa-sapa lah… CK sayang rakan SatuKlik semua..
 







CK – Cuba Kongsi kasih sayang. Memohon maaf dan memberi maaf dua perkara yang sungguh indah jika dapat dilakukan dengan kerelaan.

15 comments:

Anonymous said...

Jadi seorang pemaaf dapat melembutkan hati maka mudah mendapat hidayah dan ilmu...jom sama-sama maaf memaafi...

rusna wana said...

nk jadi pemaaf memanglah susah ...nk ucapkan maaf memang senang..tp utk memaafkan seseorng amat payah...

Unknown said...

suka lah cerita ni:) betul2...maaf memaafi sesama kita...yg pnting ati kita xsakit..

Emmymazli said...

saya suke story ni.... mula-mula baca story ni terasa juga... saya pernah bergaduh dgn seorang sahabat dan tidak bertegur sapa lebih kurang 2 tahun krn salah faham.. tapi setelah sekian lama, saya mula rasa bosan bila tak bertegur sapa dgnnya sebab pusing-pusing pun 1 ofis dan sering bertembung. Dgn itu, saya. dgn rendah hati memohon maaf dan meminta jalan berdamai. Syukur sangat sebab saya tak perlu nak tarik muka setiap kali bertembung dgn dia. Heheheheh. Bukan susah pun nak ucap maafkan!!!

The Girl of The Future said...

hrmmm.. Mia nie, bab memaaf.. blh2lah.. sebab mia nie jenis pelupa.. so, Mia tak maaf sebab benci.. tak maaf sebab dah lupakan kebencian tu.. hahahaha :)

Yurp.. tetapi ego yg menyebabkan kemaafan sukar sgt dilafazkan dengan ikhlas.. so buang jauh2 ego tu, (tapi jgn buang semua, ada juga baiknya ego tu)...

Let the world be a better place to live with one word of sorry and I forgive from everyone

amiraliyana said...

seronok baca cerita pisang tu. pandai cikgu yang buat permainan tu. hehe. nak ucapkan maaf memang susah masing2 ada ego tersendiri, masing2 takmau mengalah tapi salah seorang harus berundur kalau tidak sampai bila masalah tu tak akan selesai. mira pernah mengalami situasi macam ni. bila fikir nak mintak maaf memang rasa ego sebab kita tau bukan salah kita tapi bila fikir2 balik kalau takdak seorang yang berundur masalah ni tak akan selesai so mira ungkapkan jugak kata maaf tu. masalah pun selesai! yeay!;p janji kita dah selesaikan bahagian kita kalau satu pihak lagi takmau maafkan tu masalah dia la kan.

Sarah Naiema said...

Cerita pisang tu ada benarnya dan dapat menunjukkan s'sorg yang m'punyai sifat benci m'benci nie tidak disukai orang.. Kite sepatutnya tidak boleh m'benci orang kerana itu adalah sifat yang tidak baik dan sia2 sahaja..

Masalah nie berlaku apabila tidak puas hati antara satu sama lain.. Mula la p'gaduhan itu ini..Da apabila berlaku perkara ni pasti salah sorg tidak akan senang duduk bila yang dibenci tu datang.. Sepatutnya apabila berlaku p'gaduhan sebaik2nya salah sorg mengalah..orang yg m'galah itu sbenarnya org yang tabah.. Tak semestinya menang bermksd orang itu berani tetapi yg m'galah itu berani..

Memang sara pernah m'galami situasi camni jugak..sara gaduh gan kawan sara..msing2 ego dan panas baran mulanya last2 sara pikir benda cmni tak akan abis dan sara rasa penat dengan situasi yang m'yakitkan hati bukan apa ase cam tak boleh lau org y kite tak suka tu ada skali..last2 sarah mtk maf tapi dia m'gungkit dan dia dia tak mafkan sarah pdhl orang semua kata salah dia.. Last2 sarah tegur jugak tapi masa nak tegur mulut sara nie berat sgt tapi t'pksa sebab tak nak gaduh2 agy..^_^

meoww cat said...

kemaafan pada kata2 memang mudah,tp pada hati???kadang2 dengan memberi kemaafan akan terjadi lagi perkara yg sama...

Cikbintang said...

i can forgive but i can't forget..hurmm

amiraliyana said...

betul tu meoww cat. hanya pada kata ja maaf tu tapi dalam hati sapa yang tahu. maaf tu maaf tapi perkara yang sama mungkin akan berulang sebab dah setiap kali buat salah kita maafkan dia dah lali la.*macam ada pengalaman jek*huhu

Ummu Ukasyah said...

Boleh jadikan cerita ni sebagai cerita kat anak. cerita pisang. lama-lama busuk. Macam marah, lama-lama jadi dendam. Cuba kalau kita tak marah dan benci orang. Takda lah nak fikir-fikir, orang ni jahatlah. Orang ntu jahatlah.


Firman Allah: “Dan bersegeralah kamu semua kepada keampunan daripada Tuhan kamu dan syurga yang lebarnya seluas langit-langit dan bumi, disediakan bagi golongan bertakwa. Mereka adalah golongan yang mendermakan dalam keadaan senang dan susah, dan menahan marah dan memaafkan (kesalahan) orang.” (Surah Aali I’mran : 133- 134).

Read more: Jiwa tenang jika mudah berikan kemaafan http://www.malaysmart.com/sesi-agama/jiwa-tenang-jika-mudah-berikan-kemaafan.html#ixzz1PKs0p8CG

Wan_hazel said...

kalau maaf tu berguna maka tak kan ada nya balai polis...semua org boleh maafkan org lain..maaf nie punya tempat dan pngertian nya kan..Sedangkan Nabi ampunkan umat..

Anonymous said...

betul kata kawan kita kat atas tu...ucap maaf memg mudah,,,tapi memaafkan amat susah =p

kalaupun diucapkan sudah memaafkan...hati kita belum tentu mampu memaafkan insan tersebut...

jadik untuk mengelakkan meminta maaf dan memaafkan seseorang kita patut jaga tingkah laku agar tidak menyakiti insan laen,,,bak dalam iklan kt tv cakap 'budi bahasa budaya kita'

Wan_hazel said...

kaseh suchi...betul tu..jaga kelakuan kita..so kita boleh lah elakn dari wat kesalahan..Keiklha san tu jadi ukuran...Maaf semua boleh...tp nak tgk dia iklhas ke tak tu yang payah..Tuhan je taw...Dosa semsa manusia..mnusia je yang ampunkan..

Anonymous said...

wan...betul3....

kalau dosa ngan tuhan boleh bertaubat..insyALLAH ALLAH maha pengampun,,,
kalau manusia...hati manusia ni susah nak jangka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...