Followers

Wednesday 18 May 2011

Bilakah Jabatan Penerangan Nak Tubuhkan Muzium Sendiri?


Sejak ditubuhkan pada September  1945, Jabatan Penerangan telah melalui pelbagai era yang penuh dengan kejadian dan peristiwa bersejarah. Ini termasuk era sebelum Merdeka, era mengisi Kemerdekaan, Darurat, Konfrontasi, Peristiwa 13 Mei dan era menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. 

Oleh kerana warganya begitu akrab dengan orang ramai, kewujudan jabatan ini amat dekat di hati mereka suatu ketika dulu dan jabatan ini telah mencipta legasi tersendiri, terutama  melalui kegiatan “wayang gambar bergeraknya”. Malah, bagi kebanyakan orang, apabila disebut Jabatan Penerangan, ia sinonim dengan “wayang gambar”, walaupun kegiatan dan peranan jabatan ini jauh lebih besar dan meluas daripada itu.

Untuk mengabadikan sejarah serta sumbangannya kepada rakyat dan negara, Jabatan Penerangan patut mewujudkan sebuah muzium bagi membolehkan orang ramai mengetahui tentang sejarah dan sumbangan besar warganya dalam proses pembangunan negara. Di samping itu, muzium ini juga boleh dijadikan pusat untuk mempamerkan koleksi peralatan yang pernah digunakannya suatu ketika dulu seperti alat siar raya dan pelbagai penerbitan yang pernah dihasilkannya seperti majalah dan buku cenderamata pertabalan Yang di-Pertuan Agong serta Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Langkah ini bukan sahaja memberi manfaat kepada generasi masa kini dan akan datang, malah kepada warga baru Jabatan ini untuk membolehkan mereka mengetahui tentang sejarah jabatan tempat mereka mencari rezeki dan berkhidmat kepada negara. Mungkin juga, dengan mengetahui sumbangan, pengorbanan dan susah-payah yang pernah dialami oleh warga jabatan ini pada masa lepas akan memberi semangat kepada mereka untuk berkhidmat dengan lebih cemerlang.

11 comments:

PS Mubin said...

Saya amat setuju dgn pandangan yg saudara lontarkan ini. jgn lah jadikan bahan sejarah tu terbuang begitu saja....rugi kalau x jaga warisan kita

aqishah said...

hope hasrat jabatan penerangan itu dapat dilaksanakan secepat mungkin...

rusna wana said...

jbt ada muzium sendiri..? bangunan sendiri pun takda lagi...tertnggu2 bilakah jabatan ada 'nursery' sendiri utk anak2 staff jabatan...

Unknown said...

bagus2:) nanti boleh lah org ramai berkunjung ke muzium tu time cuti2 sekolah macam ni kan...moga2 hasrat jabatan penerangan nak tubuh muzium sendiri terlaksana:)

Emmymazli said...

diharap agar muzium dapat dilaksanakan secepat mungkin.... moga dgn adanya muzium ini boleh menjadi bahan pendidikan dan warisan kepada negara untuk generasi di masa akan datang

The Girl of The Future said...

bagus juga idea ini.. Pengorbanan, pengalaman dan sejarah Jabatan Penerangan dapatlah dikenang dan tidak dilupai kerana sudah tersimpan dlm muzium...
hah! klau dha ada muzium ini, dapatlah berpeluang tgkdna teliti lebih tentang Jabatan Penerangan..
Sekiranya tiada halangan, moga2 hasrat ini termakbul

Anonymous said...

bagus jugak kalu muzium ditubuhkan.blh jugak rasa dihargai dan dikenang sepanjang zaman.

ikan emas said...

setuju sangat..

dulu dengar kata dah ada ura-ura cadangan ni...

Sarah Naiema said...

Bagus jugak kalau muzium ditubuhkan untuk mengenang sejarah Jabatan Penerangan.. Bak kata pepatah Tak luput ditelan zaman...

Kite harus mengenang segala pergorbanan yang dicurahkan demi negara tercinta ini..=)

Tambahan pula, muzium tersebut boleh la dibuat sebagai satu tempat penyelidikan dan kajian untuk memudahkan anak2 muda mencari info2 mengenai jambatan penerangan tersebut.. Selain itu, orang2 tempatan serta asing dapat melihat khazanah2 dan sejarah serta pergorbanan jabatan penerangan tersebut...

Moga hasrat untuk m'nubuhkan muzium jabatan penerangan terlaksana..

amiraliyana said...

bila dah ada muzium nanti sekolah2 mesti akan buat lawatan kat situ.

Wan_hazel said...

memang terbaik...simpan sejarah untuk masa hadapan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...