Followers

Wednesday, 18 May 2011

Secebis Kisah ‘1001 Malam’


Masjid Imam Hussain Karbala, Baghdad

Ah………..kota Baghdad,sebuah kota yang terkenal dengan cerita 1001 malamnya, seperti kisah Ali Baba,Aladdin, Abu Nawas, Siti Zubaidah dan sebagainya.Kini , yang dapat saya lihat sendiri ialah   Jalan Abu Nawas  (Syareq Abu Nawas), Jalan Harun Al Rashid (Syareq Harun Al- Rashid) dan makam Siti Zubaidah.Flying carpet? Mana ada?

Ketika itu Iraq masih bersengketa dengan Iran. Saat yang mendebarkan ialah apabila pihak lawan menghantar  peluru berpandu ke Baghdad. Kalau terkena sasarannya takpe juga,tetapi kadang kadar tersasar. Kita tak tahu bila bom nak jatuh di bumbung rumah kita!

Salah satu tempat menarik di Iraq ialah, Karbala,di mana terdapatnya makam Imam Hussain, cucu Rasullulah s.a.w. Ianya terletak sejauh 100 km dari Baghdad dan merupakan tempat paling keramat bagi orang-orang Syi’ah. Setiap tahun pada hari Asyura atau 10 Muharam, beribu-beribu pengunjung Syi’ah akan mengunjungi Masjid Al Hussain di Karbala, sebagai memperingati kematian Imam Hussain.

Saya pula ketika itu sedang hamil anak sulung. Aduhai…..seksanya mengandung di musim dingin di Baghdad. Biasalah karenah orang mengandung, suka mengidam….mengidamkan sambal belacan! Puas suami pergi mencari cili merah di sekitar pasar  dan kedai di Baghdad, tapi hampa, yang ada cuma cili hijau. Kempunannya rasa tapi saya tak putus asa. Saya tumbukkan cili hijau tu dengan belacan dan garam, dicampurkan dengan cili sos untuk kelihatan merah dan perahkan asam limau banyak-banyak. Nah………….itu dia sambal belacan idaman 1001 malam!



JMJ:  Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

10 comments:

Anonymous said...

Betul tu xsemestinya kita menjadikan sesuatu itu sebagai alasan....hidup perlu ada usaha dan ikhtiar barulah akan mendapat hasil yang baik...

rusna wana said...

pengalaman yg menarik...teringat makcik yg melahirkan anak dibumi mekah - mngidamkan masakan Malaysia juga...

nanakimie said...

hehe..sambal belacan yg kreatif:) mcm2 nana dengar org mengidam neh,kdg lucu pulak

EMMYMAZLI said...

kira ok la tu sambal belacan mcm tu.. cuma tak merah lah kan... rasa sama rasanya... hehehhehe

Mia said...

haha.. Mia selalu dengar crita psal perempuan mengandung yg mengidam.. mmg mcm2 mengidam, ada yg lucu, ada yg plik, ada yg *tak terkatalah pulak* .. :))) tapi, at least ada usaha utk memenuhi keinginan kan.. Syabas!

amiraliyana said...

mengidam kat negara luar plak susah la kan. nasib ada cara yang kreatif nak ubati mengidam tu. janji anak dalam perut tak meleleh air liur bila keluar kan. ;p

Sarah Naiema said...

Usaha tangga kejayaan kan? biase la tak semua yang kite nak nie senang jer dapat.. kena ada usaha jugak..

Sekurang2nye ada jugak kesabaran masa mengandung tu.. Kena banyak bersabar ckit time mengidam mengandung takut la jadi kempunan^^..

Wan_hazel said...

teringat wan kisah 10001 semyum nabi...

kaseh suchi said...

kalau dah orang melayu...selera dia melayu jugak la,,,dok la kat pelusuk dunia mana pun kan...

iran xda belacan ke? grrrrrr

Wan_hazel said...

belacan..a ah alh kan..iran ade belacan tak???


Tak kan melayu hilang didunia...melayu tetap melayu walau kat mana pun..selera org melayu kan..cuma kadang2 je org melayu nie berlagak macam omputih..ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...