Setiap tahun kerajaan mengadakan Kempen Membaca yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat Malaysia supaya gemar membaca. Pelbagai program yang dilaksanakan sama ada di peringkat negeri dan kebangsaan adalah bertujuan menarik perhatian umum betapa pentingnya amalan membaca. Ilmu pengentahuan berasaskan amalan membaca merupakan satu landasan yang mampu melahirkan kelompok bangsa yang berdikari dan bersedia menempuh dugaan yang mendatang.
Sehubungan dengan itu juga pihak Pusat Sumber dan Fotografi Jabatan Penerangan Malaysia mengambil inisiatif dengan mengadakan program Desk to Desk yakni program menyediakan buku secara terus ke meja kakitangan jabatan yang bertujuan untuk memupuk semangat suka membaca.
Pada pertengahan bulan April 2011 nanti akan berlangsung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Putra World Trade Centre (PWTC). Untuk itu sama-samalah kita manfaat pesta tersebut kerana terdapat banyak buku-buku yang kita minati boleh diperolehi di sana. Amatlah rugi apabila masyarakat tidak mengambil berat mengenai kepentingan membaca dalam kehidupan.
Sesiapa yang mempunyai selera membaca buku-buku yang baik, nescaya dia sanggup menanggung kesepian di suatu tempat dengan tenteram’
(Mahatma Ghandi)
`Kejarlah ilmu, kerana dengan ilmu anda dapat hidup selama-lamanya. Manusia pasti mati tetapi orang yang berilmu tetap hidup’- (Ali bin Abu Talib)
PS Mubin: Hargai buku….bangsa membaca bangsa berjaya.
Ayuh….marilah kita membaca!
21 comments:
setuju sangat2 - dgn membaca serba sdikit kita dpt info baru...
Lebih banyak bahan2 berfaedah dan bermaklumat yang dibaca,lebih banyak pengetahuan yang kita perolehi....
lebih banyak membaca makin bertambahlah ilmu pengetahuan.
membaca menambahkan ilmu di dadah...ehhhh di dada heheheheeh sowiiiii
suka membaca memang bagus untuk dapat pengetahuan
my h0bby =)
membaca help me go sleep better :D hehe... susah tidur sometimes
kalau dapat bace satu buku yang kite nak or lebih.
fuhh !
akan terase kepuasaan nyer !
saya suka membaca.betul.sekarang saya 'diwajibkan' baca buku untuk anak setiap hari.kalau saya lupa,anak akan hulur buku.suruh baca untuk dia.hehe
membaca jambatan ilmu....^_^
baca novel my hobby~hehe
i love membaca novel... tapi lama dah x beli belah novel... x ada masa plak
i love reading!~~yeay,pesta buku antarabangsa pon xlama lagi!:D
lepas ni kena praktik utk ajar anak membaca awal2 supaya dapat menanamkan minat utk dia membaca dari kecik lagi.dah besar nanti senang..
dulu rajin baca novel..
sekarang masa agak terhaad..
baca majalah jer yang sempat..
takperlah..
janji membaca..
impikan mini library kat rumah - moga tercapai- tengah mendekorasi..jom ke pesta buku pada 22 -24 April ini di PWTC..
meh nak guna kata2 hikmah pulak,hehe..membaca jambatan ilmu:)nana suka baca novel!baca jugak kan:)
Membaca mmg amalan yg bagus dan harus dipratikkan selalu. Ia membawa bnyak kebaikan *tak dinafikan ada keburukannya* ..
Btw, Mia mmg sukaaaaa sesangat-sangat membaca buku.. especially kalau buku itu mmg best and buku dri penulis remaja yg amat digemari.. :)
ia dapat
1. Menenangkan minda dan badan..
2. Mengaktifkan daya imaginasi kita
3. semestinya menambahkan ilmu pengetahuan
4. Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah
5. kita lebih optimis
6. Dapat 'pergi' ke tempat org lain dan mengenali mereka..
7. dan mcm2 lagi. nak tau, internet kan ada.. informasi di hujung jari... blh gak baca kan.. hheheh...
Dengan pesanan agar memupukkan sikap rajin membaca especially di kalangan generasi muda bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya"
THANKS
yes.. hobi saya itu. kalau ada karnival2 buku ni mesti excited jek tapi selalunya tak berkesempatan la nak pegi pasal jauh.. huhu
Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di sisi Allah dan masyarakat.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون خبير
Maksudnya; "Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan"
memabaca adalah sebahagian dari ilmu..
Post a Comment