Followers

Monday 4 April 2011

Seni di Tembok Sungai Klang II



Assalammualaikum kawan-kawan. Akhirnya tiba jua giliran saya menyambung artikel saya terdahulu. Ingat lagi pada topik Seni di Tembok Sungai Klang? Ini sambungannya seperti yang saya janjikan dulu.

Pada hemat saya, golongan ini tidaklah ‘nakal’ tetapi berakal hebat kerana mampu menciptakan magis pada hasil karya mereka. Jiwa orang muda, seni mereka tidak sama seperti orang lain, tebak hati saya. Nah, selepas empat tahun, sewaktu menyelak helaian akhbar saya terlihatkan satu pertandingan yang telah pun dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu KUL SIGN Festival pada 4 dan 5 Disember 2010 di Dataran LRT Pasar Seni Kuala Lumpur.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata, festival tersebut menyediakan satu platform kepada penggiat-penggiat seni grafiti untuk mencurahkan bakat serta idea mereka. Ia merupakan satu cabang seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi, malah turut terdapat dalam modul pelajaran di institusi pengajian tinggi.

Sebenarnya, saya tersenyum melihat perkembangan ini. Jika pelaporan pengamal media memberikan imej yang positif terhadap sesuatu perkara, maka tidak dapat tidak pasti pemimpin menyediakan ruang serta saluran yang betul untuk anak-anak muda ini menghasilkan karya seni yang dikagumi.

Sekaligus, tanggapan negatif atau salah faham masyarakat boleh diperbetulkan. Seperti saya yang pada mulanya menganggap seni grafiti itu juga adalah vandalism. Tetapi, kini grafiti akan menjadi salah satu produk pelancongan terbaru di ibu kota. Terima kasih kepada pemimpin yang prihatin. 









Cik Panda: TEBING Sungai Klang di tengah Kuala Lumpur yang sebelum ini suram dan kusam, tiba-tiba berubah menjadi ceria apabila dihiasi pelbagai lukisan yang dilukis di dinding konkrit sepanjang sungai itu. 

14 comments:

yantz-yeem said...

eh2x bila masa diorg lukis nie?? x tau pun....

SarahZin said...

wah..menarik!

Sherry Go Sharing said...

cantik lukisan

story of my life said...

chanteknyaaa!!!!

Unknown said...

pandai nyer mereka melukis ~
nice :)

aqishah said...

lama dah x lepak2 kat area nih... dah tukar wajah ek

rusna wana said...

wow bestlah..bole cuba bakat yg terpendam...

Cute MuM said...

betul tue..
haritue lalu terkejut tengok lukisan cantik2..
baru cute mum tau ada pertandingan.. hihi..

Unknown said...

wah,menarik,hehe....

Sarah Naiema said...

Sarah tak taw sangat pasal area2 kt KL nie sebab bukan orang KL.. Tapi tempat nie boleh dijadikan satu lokasi untuk jalan2 di KL nanti...^^

Camtu la skunk nie, kebanyakan orang m'punyai bakat dan seni tapi tidak terselah.. Mungkin dengan cara nie, mereka mampu untuk m'yerlahkan bakat mereka sambil m'cari income...=)

amiraliyana said...

wah! cun laaa =)

Wan_hazel said...

betul2..skang nie dah jadi trend remaja nak jadi ahli grafiti..tarikan pelancong..

Anonymous said...

cun3...terbaek...ada usaha macam ni x la remaja yang xda keje dok melepak ja~ hehe

Wan_hazel said...

kaseh suchi

nama dah remaja kaseh...mana lah sgt nak bende macma nie..lain remaja lain cita rasa..ehehhe..so ada gak budaya lepak tu..tak hilang lepak didunia..eceh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...