Followers

Tuesday 19 April 2011

Perayaan Cheng Beng


Terima kasih kerana masih lagi membaca segmen Budaya Cina. Kali ini, saya nak bercerita tentang Perayaan Cheng Beng. Perayaan tersebut merupakan perayaan yang kedua penting bagi masyarakat Cina di Malaysia kerana ia merupakan perayaan untuk memperingati roh nenek moyang. Oleh yang demikian, sekiranya boleh, semua generasi muda seharusnya balik untuk menziarahi/menyapu kubur roh nenek moyang. Dalam tahun 2011, ia jatuh pada 5 April 2011. 


Tahukah anda? Perayaan ini mula disambut sepuluh hari sebelum dan selepas pada hari Perayaan Cheng Beng. Dipercayai pada hari tersebut, ia akan hujan untuk menggambarkan perasaan sedih kepada roh nenek moyang. Dalam tempoh tersebut, ramai masyarakat Cina akan mengadakan upacara pemujaan makanan kepada roh nenek moyang di kubur. Sebelum upacara tersebut dilakukan, upacara pemujaan akan dilakukan terlebih dahulu kepada patung Dewa Tua Pek Kong yang terletak di tanah perkuburan Cina sebagai tanda menghormati kepadanya. Selepas itu, ia diikuti dengan upacara pemujaan kepada patung Hou Tu Shen (Dewa Penjaga Kubur Tertentu) yang terletak di sebelah kubur nenek moyang masing-masing. Kemudian, ia disusuli dengan ritual pemujaan kepada roh nenek moyang.

Semasa upacara pemujaan dilakukan kepada roh nenek moyang, cucu-cicit mula meletakkan pek ji (duit kertas putih) dan ooi ji (duit kertas kuning) di atas tanah kubur Cina. Ia menandakan tanah kubur Cina tersebut telah diziarahi oleh keturunannya. Fungsi simbolik bagi kedua-dua kertas tersebut adalah merupakan duit kepada roh nenek moyang. Kedua-dua duit kertas tersebut hanya boleh diletakkan sekali saja. Sekiranya terdapat keturunan yang ingin berbuat demikian, mereka boleh membakar kepada roh nenek moyang sebagai tanda pemberian kepadanya.

Sepanjang tempoh perayaan Cheng Beng, masyarakat Cina tidak dibenarkan untuk menganjurkan apa-apa ang su (peristiwa menggembirakan) seperti hari jadi, perkahwinan dan sebagainya. Bagi mereka, perayaan tersebut adalah perayaan hantu yang mampu membawa sial.

Soon: Kita jumpa di keluaran akan datang..

11 comments:

aqishah said...

oohh ya ka... baru tau..

sama kah yg bakar duit tu ek?

rusna wana said...

wlaupun brlainan agama dan budaya - adat resam budaya lain dihormati..

story of my life said...

owh patut la pernah nmpk upacara ini dulu masa lalu kawasan perkuburan mereka..skrg baru tahu..

Unknown said...

stuju ngn rusna wana:)1malaysia!hehe

Sarah Naiema said...

Owh, patut la selalu nampak masyarakat cnie m'bersihkan kubur serta bakar duit kertas.. Ada maksud da tujuan masing..

Dan banyak juga pantang larang bagi perayaan masyarakat cina untuk mengelakkan perkara2 buruk berlaku..

Walaupun kite semua berlainan agama dan budaya, tetapi budaya sstgh kaum harus la dihormati kerana kite dalam 1Malaysia..^^

The Girl of The Future said...

selalu dengar pasal perayaan Cheng Beng... tapi tak tahu lebih mendalam lah..

sekiranya tidak tahu mendalam, jgnlah nak pandang serong and memperlekehkan adat org lain.. sebaliknya, haruslah dihormati..

Thanks for this valuable info.. May need it in the future, tujuan folio sekolah atau pembentangan .. :)

Cikbintang said...

stiap bnda yg dlakukn mst ada sbb dan fungsinya...bgs btol entry2 cmni..ley dgnakn time wt assgnment..sbb cikbintang kos plncgn

amiraliyana said...

ohh.. iyaka.. thanks for the info2.. bagus entry camni.

Wan_hazel said...

perayaan hantu wan taw..ehehhe..best abg soon..kenalkan adat resam kaum cina

Anonymous said...

baguslah kita berada di malaysia ni..bebas menganut apa-apa agama dan kepercayaan...

kalau soon nak tau...dalam islam kitorang tak boleh percaya benda-benda macam ni tau...

tapi agama lain xpa la..pasal ada kepercayaan masing-masing kan...

Wan_hazel said...

kaseh..

bukan tak boleh percaya..kita wajid percaya ..cuma tak boleh wat perayaan ..Lama Ghaib memang wujud..hantu tu adalah syaitan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...