Semalam daku menghadiri jamuan meraikan teman. Biasa le apabila jamuan macam-macam ada. Apabila hendak makan kek terfikir takut kolesterol dan makin bul......Dulu makanan dibuat emak semua sedap. Tidak pernah terfikir persoalan naik badan. Yang penting ada makanan. Masa itu, apa yang emak masak itu yang kita makan. Bukan macam sekarang – tidak sedap, anak-anak akan hubungi piza atau Mac Donald. Yang penting fulusnya.
Cucur arwah mak terangkat – bahannya hanya tepung, kepala ikan bilis dan garam. Biarpun keras tapi bagi kami nikmatnya hmm...sedapnya. Kalau cucur yang aku buat sekarang - dengan telor, udang basah, ikan bilis, kucai, cili dan apa aja le yang nampak sesuai dalam peti sejuk tu...semua dileburkan sekali...
Masa itu sayur tidak pernah dibeli. Kami adik beradik pandai aja cari cendawan pada pokok-pokok getah tumbang, pucuk keledek, pucuk ubi, pucuk paku dan keladi yang sehari gatal tangan dibuatnya. Bunga durian dan rambai pun sedap dimasak air oleh mak.
Ikan seingat aku tidak pernah dibeli. Waktu itu, ikan parang, tenggiri, bawal dan kembung tidak ada dalam kamus kami. Yang ada hanya ikan darat atau sekarang dipanggil ikan air tawar. Aku zaman tu, aku pakar tangkap ikan keli, haruan, betuk dan belut. Belasah aja janji boleh dimasak oleh emak. Ikan haruan masak lemak atau belut goreng garing – terangkat.
Cakap bab telur ayam... cukup sedih - waktu tu telor hanya untuk emak sebab dia perlu zat dan sihatkan badannya sebab asyik mengandung. Maklumlah adik beradik empat belas orang. Sekarang anak kita, hari-hari belasah telor ayam. Banyak lauk yang disediakan tetap nak telor goreng juga. Daging ayam lagi jauh panggang dari api, jawabnya tunggu raya, kenduri atau ada tetamu bertandang ke rumah. Ayam untuk dijual pada Tauke Cina yang bertopi besar dengan basikal buruknya.
Sayang zaman itu tidak dapat dirakamkan saat bergelut dengan belut sebab kelicinannya, mengejar ayam keliling rumah dan macam-macam lagi. Ia hanya di minda dan di sini dirakamkan untuk dikongsi bersama semua, terutama anak-anak emak.
D.OMI – Bezanya zaman anak-anak kita. Makanan pilihan MacD, Burger King, KFC, Sushi dan entah apa lagi. Salah siapa?.Kesibukan, malas masak atau keadaan menjadikan kita begitu.
22 comments:
cucur juga dikenali sebagai cekodok..hmm sedap nyaaaa
tu larh !
betuah betul bebudak sekarang.
tapi diaorang tak dapat merase mkanan yg dolu2.
lagi best !
:)
sedihnya baca citer D.Omi - nk nangis pun ada jugak...zaman dulu memang terasa peritnya..zaman sekarang penuh kemewahan dan kesenangan - bersyukurnya kita hari ini...syukur dngn nikmatNya...
kita patutnya bersyukur dgn ape yg ade skarang ni kan...
apa-apa pun masakn mak yang paling sedap!hehe..a'ah kan,nana pun dgr org dulu2 susah sgt nak cari wit,nak makan..sekarang neh mcm2 ada..syukur sgt dgn nikmat yg tuhan beri pada kita...
syukur dgn nikmat yg Allah beri...
masakan mak saya dulu 2walaupun simple tapi sangat sedap. tp anak2 skrg ni, kalau masak yg biasa2 di komplen plak ummi nya....ini aje ke ummi? aduhaiiii.....anak2 ummi ni~
suka bace cerita ni..
mmg berbeza dah...
skrg anak kecik pun kenal KFC n McD...
bkn salah sesiapa tp arus kemodenan
so kitalah yg mencorakkanya.. right
terima kasih kepada komen-komen...yang terkilan saya tidak ambil peluang belajar tips sesedap masakan emak.
Rugi betul.....
D.Omi
mungkin salah kita juga sebab tak masak yang sedap2 untuk anak.. bila malas, bawa makan fast food.. jadi diorang pon terbiasalah makan makanan tue semua..
dulu org rajin .. sekarang, mentang mentang ada 'teknik' fast food, perghhh, jrg nak masak kat rmh :p kwangkwangkwang ..
anak saya tak bagi saya makan mc D..
jd bagi yg masih mempunyai ibu n ayah tu hargailah dan hormatilah mereka disamping belajar sebanyak mane ilmu yang ada pd ibu kita untuk kebaikan masa akan datang....
selalu terfikir..masa kita ada, kita mendoakan arwah kedua ibu-bapa kita. Bila kita juga mengikuti jejak mereka, mungkin anak kita mendoakan kita dan dato serta nenek mereka... selepas itu siapa ke yang akan mendoakan kita...
betul le tu..hanya amalan dan kebajikan kita yang bersama kita...
apa2pun... makanan mummy tetap jadi pilihan.. :)
Mia rasa sebab arus pemodenan.. apa blh buat.. kan dha ada fast food, drive-thru, online ordering.. kan jadi malas dan senang je keja.. :) dan dikatakan nampak trendy and kaya je makan makanan luar..
tapi, makanan kat umah bnyk komplen lah pulak.. apa kurangnya.. yg lebih adalah, lebih kasih sayang dicurahkan ke dalam, keikhalasan hati ditabur dlm makanan.. nyum3... bebunga-bunga hati dijadikannya.. :)
Masakan mak sendiri yang paling sedap dan menjadi pilihan utama.. Lau pergi mana2, makan kat kedai mana2 pon mesti teringat masakan mak sendiri...
Mungkin budak2 skrg gemar makan makanan segera disebabkan iklan2 dalam tv, suratkhabar dan lain2 yang m'mikat hati mereka.. sebab tu diorang tertarik nak makan makanan camtu... Sekali sekala nak makan boleh tapi jangan selalu, kesihatan juga perlu dijaga..
Mungkin diorang banyak komplen makanan kt umah sebab tak berapa menarik, tak sedap dan rutin makanan harian sama jer.. Cuba buat sesuatu masakan yang m'punyai kelainan, yang dapat memikat hati mereka... Cuba memasak tu dengan niat ikhlas..^^
suka entry yang macam ni. entry kisah dulu2. mira suka dengar cita mama ngan abah pasal kisah diorang dulu susah macam yang D.Omi cita la sebab tu diorang takmau ajar anak2 senang walaupun sekarang dah senang skit. katanya nak ajar hidup susah. huhu
kisah kak OMI..wan kan wan teringat zaman kecil2..masuk je hutan cari sayur paku..cari cendawan.pancing ikan..masa bulan puasa lagi best..seronok nye.skang nie hutan pun dah tak de lagi
pucuk ubi kayu pon sodap..hehehe...
jangan kata makanan2 kampung macam tu....bahan2 rempah macam serai,kunyit, halia, lengkuas pun da susah nak cari walopun duk kampung,, cari kat kedai jela nampaknya...
kalau dulu benda2 gini ada kat blakang rumah ke...
rasanya mungkin sebab zaman skang orang da semakin kaya kot..sebab tu semua mau dijual n dibeli..=)
kaseh suchi
betul tu...skang nie orang kampung lak g bandar..terbalik kan..hahaha
hehehe..orang kampung kena g bandar beli sayur2 kampung sebab orang kampung skang da boring makan pucuk2 kayu kot..hehehe
tapi pucuk gajus tu sangat la sedap...yummy kecur liur i
Post a Comment