Followers

Monday, 11 April 2011

Kisah Balang Kosong Dan Dua Cawan Kopi II


Seperti yang dijanjikan, ini sambungan cerita saya terdahulu....

Profesor menggeleng-gelengkan kepala mendengar jawapan para pelajarnya.  Sambil tersenyum profesor mengeluarkan dua cawan kopi dan menuangkannya ke dalam balang yang telah penuh berisi bola golf, batu-batu kecil dan pasir.  Terus air kopi itu meresap di celah-celah butiran pasir yang halus itu dan memenuhi balang tersebut.  Para pelajar bertepuk tangan dan bersorak. Selepas sorakan para pelajarnya reda profesor mula bercerita.  

“Pelajar, andaikan balang ini adalah hidup kita.  Bola golf mewakili perkara-perkara penting dalam kehidupan kita – Agama, Keluarga, Anak-anak, Kesihatan, Kawan-kawan dan perkara yang menjadi kesukaan kita – Perkara-perkara yang membuat hidup kita tetap sempurna walaupun kita telah kehilangan segala-galanya.  Batu-batu kecil pula adalah perkara-perkara lain yang boleh mempengaruhi hidup kita seperti harta yang dimiliki, pekerjaan dan sebagainya.  Butiran pasir pula adalah perkara-perkara remeh yang sentiasa mengelilingi hidup kita dan sentiasa mahu memenuhi setiap ruang yang ada dalam hidup kita. 

Jadi para pelajar, jika sedari mula kita sudah memenuhkan balang ini dengan butiran pasir maka tiadalah ruang lagi untuk batu-batu kecil dan bola golf. Begitulah juga dengan hidup kita, jika di awalnya kita sudah memenuhkan ruang hidup kita dengan perkara-perkara yang remeh maka tiadalah ruang untuk kita  memikirkan perkara-perkara besar sedangkan perkara-perkara besar ini lah yang penting dan sepatutnya difikirkan serta diambil berat dalam hidup kita.   

Pelajar-pelajar semua, dalam hidup janganlah kita membazirkan tenaga untuk memikirkan perkara-perkara remeh kerana itu sebenarnya tidak membawa apa-apa kesan kepada hidup kita.  Jagalah perkara-perkara yang diwakili oleh bola golf terlebih dahulu kemudian perkara-perkara yang diwakili oleh batu-batu kecil.  Tetapkan keutamaan dalam melakukan sesuatu.  Anda pasti akan berjaya dalam hidup”. Terang profesor dengan panjang lebar.

Tiba-tiba seorang murid mengangkat tangan dan bertanya, profesor apa pula yang diwakili oleh dua cawan kopi.  Profesor tersenyum dan menjawab, Hmmm… ini bermakna jika anda telah berjaya, walau sesibuk mana pun anda, pastikan ada ruang untuk anda berehat dan minum kopi bersama teman-teman…
 
Jadi Rakan-rakan 1Klik… fikir-fikirkanlah…







CK = Cari Kejayaan sambil Cari Kekayaan..hihihihi

14 comments:

yantz-yeem said...

sedapnya minum kopi di pagi hari...

aqishah said...

mendalam maknaya....

isikanlah hidup kita ngan amalan utk akhirat juga

story of my life said...

hmm.. sedap gak nih..kena try

Cute MuM said...

huhuhu,,
kita rehat minum kopi dulu..

deqlis said...

minum kopi mmg sodap:-))

tp ada makna tak tentang jenis2x kopi yg dicurahkan pula??

CK said...

Hmm... Deqlis dan rakan 1Klik tentang jenis-jenis kopi yang dicurahkan tu memang banyak maknanya...Tapi hanya satu yang CK nak kupas di sini iaitu kopi walaupun rasanya pahit tapi ia masih enak dan menyegarkan jika dinikmati lebih2 lagi bersama rakan-rakan dan orang tersayang... Dalam pahit pasti ada manisnya...sayang dari CK

Unknown said...

hehe..kelakar lah part last tu:)berguna jgk 2cawan kopi tu,hehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ye luang kan masa utk kawan2.. tapi jangan minum kat starbucks ye.. dah disahkan tidak halal oleh jakim kan?

Sarah Naiema said...

Banyak yang tersirat dalam cerita tu..

Baru sara m'yedari bahawa hidup nie tak lengkap tanpa ada azam dan hasrat.. ia penting untuk m'gingatkan kite supaya melakukan perkara2 yang penting dulu..contohnya azam sepeti mahu belajar b'sungguh, tidak m'niggalkan solat, mahu b'kerja dengan rajin dan lain2.. tanpa azam mungkin kite banyak m'lakukan perkara2 yang sia2 dan m'buang masa..

Tapi harus la ingat kawan2..supaya kite tetap p'dirian dengan azam kite..jangan pula angan2 tahi ayam saje..=)

The Girl of The Future said...

sangat bermakna dan mendalam.. hrmm..

Set Your Priority

Ummu Ukasyah said...

Best jugak cerita ni. kalau asyik memikirkan perkara remeh temeh bila lagi nak selesaikan perkara yang utama.

Bila lagi nak berjaya bila asyik membazirkan fikiran memikirkan benda bukan matlamat hidup kita.

Mari minum kopi merehatkan minda. Taknak kopi, minum milo lah..

Wan_hazel said...

ok kita minum dulu

Anonymous said...

ooo...maknanya kena mantapkan rohani dan jasmani kita dulu la kan...
supaya pengisian2 hidup yang lebih ringan tu bole ditepis dengan mudah...kalau x, hidup kita makin teruk sebab kita xda benteng untuk nak tepis benda remeh temeh...

semua benda nak kena masuk kepala otak,...nak kena fikir2..then berserabut...jadi la macam2 ragam manusia =)

Wan_hazel said...

kaseh suchi

kita mesti berikan jasmani dan rohani kita dapat yg terbaik..buruk datangnya maka buruk jugak lah hasilnya...

Rohani nie mesti dibentuk dengan sikap dan keimanan ..jasmani perlu cari yg terbaik..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...