Followers

Friday, 8 April 2011

Kisah Balang Kosong Dan Dua Cawan Kopi


Assalamualaikum Rakan 1Klik semua…sedar tak sedar dah hampir empat bulan kita menjalani rutin kehidupan pada tahun 2011.  Macam mana dengan azam yang ditanam pada awal tahun hari tu.  Harap-harap dah nampak hasilnya.  Maklumlah dah empat bulan, kalau kita menanam pokok mesti dah nampak pucuknya ya tak? 

Tapi CK dengar ada kawan-kawan yang mengeluh kata tak cukup masa nak buat itu nak buat ini.  Hmmm…. Betul ke kita ni sebenarnya tak cukup masa?  Setiap orang diberikan masa yang sama dalam satu hari – 24 jam sehari.  Kenapa ada orang boleh menyelesaikan semua perkara dengan masa 24 jam tersebut tetapi ada orang   yang nampak huru-hara dengan kehidupan mereka.

Bila bercakap tentang rutin kehidupan dan pengurusan masa ni CK teringat satu cerita yang pernah CK dengar, dari siapa dan di mana CK dengar tu maaflah CK dah lupa maklumlah dah tua.  Tapi isi kandungan ceritanya memang melekat di ingatan CK.  Ceritanya begini…

Seorang profesor yang mengajar kelas falsafah membawa sebuah balang kosong dan satu beg plastik berisi barang-barang ke dalam kelas.  Semua pelajarnya kehairanan.  Profesor mula mengisi balang tersebut dengan bola golf sehingga penuh dan terus bertanya kepada pelajarnya.

Profesor : “Adakah balang ini telah penuh”. “Ya”, jawab pelajarnya dengan bersemangat kerana yakin dengan jawapan mereka. Profesor kemudian mengisi balang dengan batu-batu kecil dan menggoncang balang tersebut perlahan-lahan.  Batu-batu kecil itu terus masuk di ruang-ruang kosong antara bola-bola golf tersebut.  Sekali lagi profesor bertanya kepada pelajarnya adakah balang tersebut telah penuh. Dan sekali lagi pelajarnya bersetuju dengan profesor bahawa balang itu telah penuh. 

Selepas itu, profesor sekali lagi mengambil sesuatu dari dalam beg plastik untuk dimasukkan ke dalam balang tadi.   Para pelajarnya menunggu dengan sabar dan penuh minat. Profesor mengeluarkan sebungkus pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut.   Butiran halus pasir itu telah memenuhi segenap ruang kosong yang masih tinggal di dalam balang.  Sekali lagi profesor bertanya kepada pelajarnya adakah balang tersebut telah penuh.  Dan kali ini pelajarnya menjawab ‘Ya’ dengan begitu bergemuruh sekali menandakan mereka begitu yakin yang balang itu telah betul-betul penuh dan tidak boleh dimasukkan dengan apa-apa lagi.

 







CK: Apa terjadi seterusnya? Tunggu minggu depan...

14 comments:

story of my life said...

tak tercapai lagi azamku utk tahun nie...kena usaha lagik la nmpknya....

Unknown said...

huhu.
nabila punyer yang tahun lepas pon terbantut !
kui3

story of my life said...

takpe nabila..kita make sure agar thn ni tercapai... cha yo cha yo!!

Miss Red Apple said...

x sabar nak tunggu 'episod' seterusnye....hehe

aNiM said...

lepas isi pasir isi air pulak kot.hehe.

ye la kan.azam tak tertunai lagi.yg taun lps dh la carry forward ke taun ni.hadoi.kena usaha lebih gigih ni.

Anonymous said...

haha..yg thn lpas punyer pun tak tercapai lg..skang ni cepat betul masa berjalan...

Unknown said...

a'ah,nana pun ase lepas neh isi air pulak..hehe...waiting 4 next episode:)

AcuRose said...

24jam confem tak cukup nak kejar azam acu ni, unless lepaskan salah satu dari kerja tersebut..kena balang lagi besar nih..hurm...

Cute MuM said...

nak tunggu next entri pulak..

Joel Leslie said...

azam saya tak tercapai capai juga :p apa azam syaa ? tak nak lah bagitau :P MUAHAHA !

Sarah Naiema said...

Azam sara tak m'capai tahap yg sara nak..So, kena usaha lebih lagi..Dalam s'tahun, sara ada dua azam iaitu apabila tiap kali nak buka sem baru..Azam baru sara nak belajar sungguh2!dan secret =)

The Girl of The Future said...

azam tak tercapai lagi nie.. hrmmm.. kena berusaha and set my priority. :)

Ummu Ukasyah said...

Azam tahun ni. Nak jadi lebih baik dari tahun lepas. ok.. nak baca sambungannya. cepat-cepat klik kat sambungannya.. mari membaca..

Wan_hazel said...

Wan slalu tangguhkan kerja akibat penyakit malas..tu lha mas atak cukup..ehehhe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...