Followers

Tuesday 5 April 2011

Keruntuhan Akhlak: Isu dan Cabarannya


Assalammualaikum dan salam 1Malaysia semua!


 Izinkan saya memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan coretan pertama saya ini. Nama saya hbbjutawan. Nama sebenar...ups. rahsia..Untuk blog Rakan 1Klik saya akan berkongsi dengan tuan puan tentang topik keruntuhan akhlak: isu dan cabarannya. Kenapa saya memilih tajuk ini? Sebabnya, dewasa ini saya lihat gejala sosial sangat menular di kalangan para remaja pada masa kini. Justeru, perlunya beberapa langkah diambil dan teguran membina untuk sama-sama kita menanganinya dan 'membersihkan' negara kita daripada gejala yang tidak sihat ini.

Hari ini, saya akan memulakan dengan pengenalan terlebih dahulu. Mengapa keruntuhan akhlak berlaku? Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu  dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan  dan lain-lain, tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. 

Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh Penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walaupun negara kita telah bebas dari cengkaman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan.

Dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia. Pengaruh barat ini dapat dilihat yang mana semakin menular di kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya golongan muda-mudi yang mudah terpengaruh dengan aliran muzik dan budaya Barat seperti Black Metal, Punk dan Skinhead. Aliran-aliran ini jelas sama sekali bertentangan dengan ajaran agama Islam. Contoh-contoh wujudnya ajaran-ajaran ini turut dibincangkan dalam tulisan saya yang akan datang.


Hbbjutawan: Nantikan sambungannya…

16 comments:

rusna wana said...

keruntuhan akhlak..? siapa harus dipersalahkan yer...ibu bapa? kerajaan..? masyarakat?..orang sekeliling..?guru? atau individu/remaja itu sendiri..? tepuk dada tanya lah siapalh penyebabnya...bagi aku, smua diatas adalah jawapannya...

yantz-yeem said...

budak zmn skg...ini lah yg dikatakan syurga dunia buat mereka..tetpi neraka bagi ibu bapa mereka apabila sesuatu yg x diingini berlaku pd anak2 mereka...

SarahZin said...

hrmm...smua nya bermula dari diri kita sendiri..yes or no..smua jawapan kita yang buat..huhu

Sherry Go Sharing said...

ibu bapa mesti sentiasa di sisi mereka walau mereka dah besar

Sherry Go Sharing said...

pandu cermat jiwa selamat

Unknown said...

mak ayah kena selalu pantau !
tapi tak de larh pantau 24 jam.
kalau macam tu.sayer pon tak nak !
:)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

budak2 yg terbabit ne pun mulanya tak nak buat benda2 ne tapi dah terpengaruh.pengaruh luar ne mmg kuat. pada saya doa ibu yang kuat dan iklas je yg dapat selamatkan anak2 ne..dgn doa ibu walau anak2 ne tergelincir tapi insya-allah tidak jauh sampai tersembam.. insya-allah..

Cute MuM said...

pokok pangkal hati masing-masing..
kalo tau benda tue salah kenapa nak ikot..
tul tak?

Joel Leslie said...

ibu bapa memmainkan peranan yg besar dlm hal ini .. mereka harus menjaga anak mereka walaupun anak mereka sudah cukup matang .. jgn biarkan anak terjebak dlm gejala x baik :)

aqishah said...

pengaruh kawan2 juga bole menyebabkan gejala semakin merebak...

hati2 pilih kawan

Unknown said...

betul2,stuju dgn aqishah:)berhati2 dlm pilih kawan!selaen tu diri kita sndiri,jgn terlalu mudah tpngruh dgn bnda2 bruk

Sarah Naiema said...

Banyak sangat cabaran dan halangan yang harus ditempoh skrg nie..

Da banyak pengaruh2 negatif yang boley m'cenderung anak2 zaman skunk supaya terikut2 dengan budaya2 sebegini..

kebanyakannya mesti ditawarkan dengan wang ringgit dan motivasi yang negatif..

amiraliyana said...

dah macam karangan dah tajuk entry ni. isu dan cabaran. =)

pokok pangkalnya, atas diri sendiri. apa2 pun kalau tak dapat kawal diri habislah. selain pada tu, kena pandai pilih kawan jugak.

Ummu Ukasyah said...

yang paling penting untuk menangani keruntuhan akhlak ni, pendidikan agama perlu diterapkan ke dalam diri anak-anak sejak kecil.

Jangan salahkan agama kalau tetap jugak keruntuhan akhlak berlaku, semuanya bergantung pada diri individu tersebut.

Sebagai ibu bapa, didiklah anak mengenal pencipta dan matlamat hidup kenapa kita diciptakan.

Wan_hazel said...

Remaj asemua benda nak dicuba...sampaikan benda yg salah pun remaja tak taw baik buruk nya..Wan pun renaja gak dulu..ada jugak tersimpang nak tiru aksi pacak2 nie..Dan skang Alhamdullillah atas didikan agama yang baik..Wan mampu bezakan baik buruk sesuatu tu

Anonymous said...

pokok pangkalnya remaja tu sendiri...bila da buat salah n kena tahan pasal merempit..mula la tunding jari kat ibubapa la, kawan2 la, padahal manusia ni ciptaan terindah dari ALLAH swt dengan adanya akal...
gunakan sebaiknya...

remaja pemimpin aspirasi negara..
kalau runtuh akhlak remaja hari ini,, maka tidak mustahil sesebuah negara akan kecundang...

memang mencabar menjadi remaja di alaf ini kan..
kalau xda pemikiran yang mantap dan iman yang mapan tentu kita akan mudah terpengaruh ngan gejala2 sosial ni...

psssttt: korank nak ke jadi remaja zaman 80-an hehehe.. camana ye remaja zaman dulu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...