Followers

Tuesday 5 April 2011

Jangan Meniru!


Salam sejahtera semua! Kali ini, Cikgu Bedah nak bercerita tentang satu pengalaman rakan Cikgu Bedah sendiri. Peristiwa yang lucu sepanjang dia menjadi tenaga pengajar. Peristiwa ini berlaku pada anak muridnya. Peristiwa itu benar-benar mencuit hati Cikgu Bedah. Boleh dikatakan, setiap kali teringatkannya ‘gelak pecah perut’ la juga saya ni.

Ceritanya begini. Rakan Cikgu Bedah tu, namanya Cikgu Firdaus. Suatu hari, dia mengadakan ujian gerak gempur Matematik kepada pelajarnya. Anak muridnya yang bernama Ahmad (bukan nama sebenar)  sangatlah terkenal dengan perangai nakalnya. Dia berkawan baik dengan Hasan (bukan nama sebenar).  Nak jadikan cerita, apabila kertas soalan telah diperiksa oleh rakan Cikgu Bedah ni, ada satu perkara yang  sangat lucu. Maka, keesokan harinya, dia  memanggil Ahmad dan Hasan di hadapan kelas. Kawan-kawan mereka terpinga-pinga mengapa pula secara tiba-tiba Cikgu Firdaus memanggil kedua-duanya ke depan. Anda nak tahu? Cikgu Firdaus minta Ahmad membacakan jawapan soalan kelapan dengan kuat. Kemudian dia minta Ahmad lihat pula jawapan kertas  soalan Hasan.. Nak tau apa jawapannya. Jawapan Hasan- Aku Tak tau. Jawapan Ahmad- Ko tak tau, aku lagi la tak tau. Hahahahaha kan dah kantoi@@@@ Apa lagi kena satu das la masing-masing kat tapak tangan.

Itulah murid-murid. Moral of the story kat atas ni, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Cikgu sekarang tak macam dulu dah. Lebih bijak nak elak anak muridnya daripada meniru. Salah satu caranya ........

   HAHAHAHA. Nak ke jadi macam ni? 

Pesanan Cikgu Bedah untuk semua murid-murid TOLONGLAH jangan meniru!. Tak baik. Tuhan marah, ilmu tak berkat. Kalau tak tahu, cuba dulu. Mana tahu, yang dicuba tu betul. Cikgu pun tak marah. Sekurang-kurangnya anda mencuba. Kalau boleh masa belajar tu rajin-rajin bertanya pada guru ye! Malu bertanya kan sesat jalan.

 








Cikgu Bedah: Sepandai-pandai tupai melompat.....

21 comments:

rusna wana said...

kelakarlah gambar tu cik bedah...ha ha...info yg menarik..thanksss

yantz-yeem said...

saya salah seorang peniru mse exam kat sekolah dolu2...hahaha jgn mareeeee

SarahZin said...

hehehe..meniru ni kena ade taktik..but takut sangat nak meniru when lam kertas ujian tu..lecturer dah awal2 tulis.."Allah maha melihat..awak tiru hari ni..final exam nt xlulus"...hahaha..sure xniru dahh..=p

Sherry Go Sharing said...

haha.. gambar lucu ni :D

Miss Red Apple said...

sape suruh meniru!!
haa kan dah kantoi...
Hahahahaha

story of my life said...

hahahah..teringat zaman sekolah & Uni dulu..erkkk

Unknown said...

boleh larh bagi cadangan kat cikgu sruh buat cam kat gambar tu.
biar murid2 nye tak tiru.
hehe

Anonymous said...

hehe..klakar plak tgk gambar ni..patut buatkan biar murid2 x tiru!

aqishah said...

uishh... takot nak meniru... biarla x dpt jawab pun

Anom said...

kalau fail biarlah dgn maruah..itu falsafah aku la...nak buat cam na memang tak reti jwb sbb tak study..fail tu dah expected la..meniru..not in my dictionary..

Cute MuM said...

tak guna pon kalo meniru..
sebab tak tentu orang yang kita tiru tue jawapannya betul..

Joel Leslie said...

wah, info yg amat menarik .. btw, lucunye gmbr pelajar2 yang disimpan kertas kat muka tu *susah nak explain* hahaha ! pecah perut tngk gmbr tu .. funny .. tak nak la mcm tu ..

Unknown said...

heeh..klake jew kalo kena jwb exam gtu...rimas ase:)

story of my life said...

tuela..rasa mcm sesak nafas pun iye...heheheheh

Sarah Naiema said...

Sara tak berani nak meniru dalam exam coz rasa cam tak berkat jer ape yang belajar dan tak berbaloi ape yang ibubapa sarah da bagi kt sara supaya dapat belajar =) Tak boley jawab tapi sekurang-kurang nye cuba m'jawab lebih better dari meniru kan?

acid said...

Meniru adalah perbuatan yang salah....Justeru itu kita cubalah elakkan daripada meniru kerana ia x memberikan apa-apa kesan kebaikan selain ia bersifat sementara shj...Walaupun kita berjaya mendapat kejayaan dengan meniru,ia tidak memberi apa2 makna kepada diri kita sendiri kerana kita tidak boleh menipu diri sendiri..Jadi untuk berjaya perlu stdy smart n work hard...tiada jalan pintas menuju kejayaan...

Sarah Naiema said...

Kadang2 sarah terpikir mereka yang meniru tak rasa apa2 ker bila meniru?maksud sarah rasa cam bersalah la..

Sarah pernah m'galami situasi camni time exam.. kawan sara tu suka meniru tapi bukan tiru sara la, lepas tu bile cikgu bagi markah ley pula dia bangga gan diri dia..menyampah gile rasa tengok orang camtu...

Masalah meniru nie kena atasi supaya anak2 sekarang berjaya dengan diri sendiri bukanya bantuan orang2 lain.. Tu dinamakan tak adil..lau dia malas study, asyik tiru orang tengok2 ley berjaya dari orang2 yang lebih jujur.. tapi Allah Maha melihat segala-galanya..

Jadi berubah untuk diri sendiri.. Bagi kejayaan pada ibubapa kite dengan titikpeluh kite sendiri..^^

sedikit tips: buka sem belajar kena steady, jangan study time nak exam dan kuiz jer.. Bagi konsisten ckit masa study lau ley study hari2 dan wat tutorial terus apa yg belajar.. Lebihkan bertanya pada guru dan lecturer lau tak paham..^^

amiraliyana said...

gambar yang lucu dan cerita yang lucu. hehe

kalau tiru orang pun belum tentu orang tu betul.huhu

Wan_hazel said...

ok..yang nie wan nak betulkan sikit..wah ayat dah macma cikgu dah nie..ehehhe..meniru tak salah sebenar nya..yg salah adlah menipu..menipu diri sndri dan org sekeliling..

Salah ke law kita meniru gaya artis??tak salah kan..so law menipu lagi salah..so ayat yg terbaik..untuk entri nie..janagn menipu..

Anonymous said...

meniru dalam exam je yang salah...
menipu kat mana2 pun salah,,hehe

just nak kongsi sikit...
benda kalau x dibendung dari awal memang naya...
dalam satu kes kat exam hall ni kat unibesiti la kan...ada budak international yang kantoi kat pengawas pasal meniru..last2 sampai sem skang ni budak tu hilang xtau keje kat malaysia ke balik negara dia dah ....

cer pikir kalau student kita pegi blajar kat obesea meniru,,memalukan negara je kan..

Wan_hazel said...

kaseh suchi

hahaha..no komen..tp wan tetap nak cakap meniru tak salah dan menipu adalah salah..macam mana dia meniru kalau tak menipu dalam exam??tol tak??So menipu tetap salah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...