Followers

Tuesday, 26 April 2011

Hidup Bertenggangan, Mati Berpegangan.



Assalammualaikum.

Maaf lah ye, KakBa terlepas pula nak kongsi dengan rakan-rakan sifat ketiga. Terus 'melompat' ke sifat keempat. Jadi, hari ini KakBa nak kongsi sifat ketiga pula.

Sifat Ketiga : Sifat hidup bertenggangan, mati berpegangan. Sifat ini berkaitan dengan semangat setia kawan, berpasukan dan kesatuan sesama manusia dan tetap berpegang kepada yang satu apabila dikaitkan dengan keagamaan. Memandangkan kita hidup terdiri dari pelbagai kaum, semangat berpasukan dan setia kawan amat penting untuk diamalkan namun, dalam masa yang sama pegangan kita kepada Yang Satu iaitu tuhan tetap dipelihara dalam apa juga keadaan. Antara ungkapan menarik yang menjadi panduan ialah : “yang hidup bertenggangan, sama saudara berbaik-baik, sama sebangsa pelihara memeliharakan, sama sekaum jaga menjagakan, semasa makhluk bertenggang-tenggan, Yang mati berpegangan, berpegang ke tali Allah, berpegang ke Kitabullah, berpegang ke Sunah Nabi”.

KakBa : Terbang ke langit tetapi rumput dibumi tidak dilupakan…

16 comments:

story of my life said...

Baru 1st time dengar peribahasa nie..

aqishah said...

betul semangat berpasukan dan setiakawan patut diamalkan dalam kehidupan kita dan disekeliling hidup kita...

jangan hanya mementingkan diri sendiri saja

Anonymous said...

chara pun baru 1st time dgr peribahasa ni...
dpt jugak tau pasal peribahasa ni.

Unknown said...

thanks 4 sharing..nana pun 1st time dengar:)

Joel Leslie said...

wahh, mcm pernah dngr tp sebenarnya blom pernah :D thx for this wonderful info ! <3

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

baru kalai pertama dengar pepatah ne tau

rusna wana said...

setuju sangat - bersatu kita teguh-bercerai kita roboh...Semangat 1Malaysia mesti di amalkan dalam pelbagai kaum ni..

Cikbintang said...

berinformasi...tahnish dgn entry2 mcm ni

The Girl of The Future said...

Hrmm.. tambah lagi lah ilmu Mia kali ini dalam bab peribahasa.. *tak pernah dengar*
So, thanks for this awesome info... and totally agree to this

Cikbintang said...

wahhh....trbaru ni peribhsa yg dbelek2 d entry2 lpas rakan 1klik =)

meoww cat said...

pepatah yang sangat menarik...bersatu padu...

Ummu Ukasyah said...

Baru pertama kali dengar ungkapan yang kakBa kongsi ni.


Firman ALLAH yang bermaksud " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu adalah satu sama lain bersaudara, oleh yang demikian berusahalah mendamaikan kedua-dua saudaramu yang bertikai dan bertaqwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat,"- Al- Hujuraat:10 )

Kita diperintahkan bersatu dalam syariat, bererti kita diperintahkan menerima segala ketetapan hukum-hukum, memahami, mengamal dan memperjuangkannya.

Persoalan-persoalan aqidah, ibadah, akhlak,
jihad,tarbiah, siasah dan lain-lain yang berkaitan adalah perkara wajib, maka umat islam mestilah menerima , berusaha memahami mengamal dan memperjuangkannya supaya tertegak secara bersama-sama dan bersungguh-sungguh.

Sarah Naiema said...

Pentingnya semangat berpasukan dan setiakawan nie.. Kita hidup didunia lau tanpa kawan, memang sunyi la..sebab tu la kawan amat diperlukan tapi bukan bertujuan negatif tetapi ke arah kebaikan dan positif..

Dalam islam amat dituntut supaya berkawan.. Kita dalam berkawan harus la saling bertolak ansur.. Jangan berkelahi atau ego diantara satu sama lain.. Cuba menerima setiap pandangan dan idea mereka..

Cuba la menjadi seorang kawan sejati di dunia dan di akhirat..=)

Wan_hazel said...

Salam Kak Ba..Wan nak kasi pendapat sikit mengenai cara pnyampaian akak dalam menulis entri nie..akak tak wat salah..cuma..Bila akak wat beberapa part untuk entri so entri yang sebelum nya kita orang tak dapat nak tengok..Apa kata masa akak wat entri yang berpart part nie akak kasi link ke entri sebelum..Contoh nya

Akak dah wat entri part 1..dan skang akak nak wat entri part2..dalam entri part 2 tu akak kene gak mentionkan entri part 1 tu dalam entri part 2..Dan bagi link untuk entri part 1 tu..So SEO blog rakan 1 klik nie pun boleh meningkat..disamping kita orang yang baca tak ketinggalan dengan entri sebelum..

Diaharap pendapat wan nie diguna pakai .

Anonymous said...

bertegang pun lama2 berbaik jugak..kawan kan,...mana bole tahan bertegang lama2..hehe

sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula kita ngan kawan-kawan kan...

Wan_hazel said...

kaseh suci...ada gak kawan yg tikam dari blakang..camen lak tu???

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...