Semua orang mahu hidup senang. Ada rumah besar, kereta besar, perabot yang mahal-mahal, alat perhiasan rumah yang mewah, pakaian yang cantik dan macam-macam lagi. Tetapi adakah kita mampu menperolehi semua kemewahan tersebut? Itulah sebabnya kita kena lihat diri kita, sekeliling kita, jangan suka irihati... Berbelanjalah ikut kemampuan kita. Gaji yang kita dapat perlu utamakan dulu untuk perkara-perkara yang lebih berfaedah seperti perbelanjaan pelajaran anak-anak ataupun disimpan untuk kegunaan kita apabila kita susah. Kalau ada lebih barulah boleh berbelanja setakat yang termampu.
Tidak dinafikan ada di kalangan sesetengah masyarakat kita yang suka berlumba-lumba atau menunjuk-nunjuk hingga sanggup bergolok gadai dan berhutang untuk semua itu. Kalau kawan atau jiran beli kereta baru, mulalah sibuk nak tukar kereta baru. Yang wanita pula, kalau kawan pakai barang kemas atau berlian, dia pun nak juga. Kadang kala tu paksa suami suruh beli atau sanggup berhutang hingga tak mampu bayar. Bukanlah tidak boleh berbelanja tu, tetapi berpada-padalah ye…
Mama harap kita jauhi sikap seperti itu. Kalau kita mampu sekalipun, biarlah sederhana. Kesederhanaan itu kan sifat yang mulia. Hati kita senang, hidup pun aman damai, tak dikelilingi hutang piutang…
17 comments:
ukur baju di bdan sendiri...:-)
sokong tu... berbelanjalah biar berpada2.. bkn pasal kedekut tapi utk jimat demi masa depan...
kekdg terpaksa kawal nafsu berbelanja lebih demi keperluan harian... hurm hurm
kena bijak berbelanja...
ada orang sanggup berhutang keliling pinggang asal nampak bergaya..itulah nafsu serakah manusia - yg sntiasa tidak puas dngan kehendak dan keinginan yg melampau...
bijak blnja masa dpn bahagia
cewahahhh
nak blanja pun kena ikut pendapatan jugak...
hidung tak mancung, pipi tersorongsorong.
huuuu manusia memang mudah lapa. ada duit sikit, mulalah joli sakan. -________-"
kita hidup kena jimat cermat..bersusah2 duku bersenang2 kemudian..
bersederhana lah dalam kehidupan..moga kita tidak lalai dgn nikmat dan rezeki yg tuhan kurniakan..
banyak yg saya inginkan tapi bila fikir kemampuan banyak2 lah istigfar hehe
ada tyme and duit, enjoy.. jangan tyme yg mmg perlukan duit atau tyme masih ingin bina financial foundation *xtau nak transalate :P*, tyme juga korang nak beli yg memahal-mahal.. konon mok ikut trend and ada standard.. kang masa berhutang, kan itu ikut standard sgt lah .. hrmm.. :) belanja sekiranya sudah steady finance.. baru best enjoy.. hehehe.. tapi jgn pula lebih hingga sekaligus nak beli semua..
belanja ikut keperluan bukan kemahuan..
ukur baju di badan sendiri. betul tu.. tak mampu takyah beli. huu dah mampu baru beli.
“Ya Allah…janganlah Engkau jadikan harta (dunia) ini sebagai sesuatu yang segala-galanya dalam kehidupan kami, dan jangan pula Engkau jadikan ia sebagai puncak tujuan dari ilmu yang kami miliki.”
Amiin ya Rabbal ‘Alamin
betul tu mama..kdg2 terpaksa nak berblnaj sebab bende tu perlu...dari kehedak jd keperluan..
needs..wants..demands..
3 kategori penting untuk promot barang bagi peniaga
tapi sebagai pengguna kita perlu dahulukan keperluan...bukan kemahuan atau keinginan..
kalau kata nak berbelanja ikut kehendak memang jutawan pun bole jadi fakir =p
Tu la susah sesetengah orang yang jenis berfikiran berbelanja terlebih dari had.. Jenis yang tak fikir masa depan sendiri, fikir buat masa sekarang jer...
Contohnya, ada sorang minah nie masa akhir cuti sem duit semua pokai tapi dia terlebih pokai disebabkan terlalu boros pada awal sem, so terpaksa la dia mengempiskan perut dia.. Tapi kalau pasal dinner, sgup pula dia mengeluarkan duit untuk bebelanja sakan.. Nampak sangat, bebelanja tak ingt diri dah..
Selain itu, Mula lah rasa tergugat kalau jiran sebelah tukar itu tukar ini, timbullah perasaan untuk berbelanja yang tidak terkawal.. Kita seharusnya buang perasaan negatif tu..
Cuba simpan duit untuk masa akan datang, untuk duit pembelajaran, masa depan anak2 dan sesuatu yang lebih penting..
dulu kemahuan tu handphone skang dah jadi keperluan..dulu laptop sekadar keinginan skang dah jadi keperluan..
Post a Comment