Followers

Wednesday, 20 April 2011

Antara Geram, Marah Dan Seronok



Bermain air dan arang selepas majlis perkahwinan di Melaka adalah acara yang amat dinantikan.  Kebiasaannya ia bermula semasa kerja-kerja mengemas dijalankan.  Ini termasuk membasuh periuk, mengelap pinggan dan mengemas khemah.  

Geng-geng nakal mula memasang strategi mengarang orang.  Siapa yang leka, mesti kena le.  Aku kerap meredakan diri disimbah air lagi diarang. Boleh jerawat muka dibuatnya…apa tidaknya arang bercampur minyak.  Kalau dah kena arang tu janganlah dibasuh…biarkan aje sampai acara selesai…biasanya apabila menjelang Maghrib.


Paling seronok anak-anak buah dan cucu-cicit, mereka lagi lebih-lebih main air sesama mereka.  Maklum la kanak-kanak memang suka main air.  Yang kecil ada juga yang menangis, tetapi ibu-bapa mereka kena stay cool dan tidak marah-marah.  Biasanya semua akan kena.  Jadi lebih baik awal-awal lagi masuk kumpulan dan jadi budak nakal.


Pengantin paling teruk dikerjakan dan masa inilah menguji boleh masuk geng ke atau  orangnya…cepat melenting. Kami memang tidak akan memandikan tetamu atas dasar menghormati mereka.  Tetapi ada kalanya direnjis-renjis juga pada yang sporting atas dasar hajat.

Memang seronok dan kami sekeluarga menunggu saat-saat ini dan sentiasa melepaskan geram dan mengerjakan anak-anak dara di kalangan sepupu-sepupu.   Keluarga besar dengan 14 adik-beradik, 50 cucu dan 18 cicit serta menantu-menantu dan kaum keluarga besan..bayangkan, belum masuk sepupu-sepupu belah emak dan bapa…memang best dan meriah gila.

 





D.Omi – Nampak gaya kalau anak-anak tiba jodohnya, buat di rumah aja.   Kalau di dewan alamak melepas le acara mengarang…atau apa kata belasah aja dalam dewan pun.  Permainan air dan arang ini sememangnya mengeratkan lagi ahli Keluarga SHARA. 



18 comments:

rusna wana said...

bestnya - big famly.

aqishah said...

x tau pun ada adat macam ni d melaka...

mmg wajib ye buat?..

D.Omi said...

Bagi keluarga SHARA memang wajib dan dinanti-nantikan oleh kami semua. Dari saya kecil hingga sekarang memang tidak pernah dilupakan. Ramai yang tidak mengamalkannya, tetapi bagi keluarga SHARA ia satu cara melepas gian selepas seharian melayan tetamu. Paling penting ia mengeratkan kami sekeluarga

rusna wana said...

acara ini bleh mengeratkan lagi persaudaraan..walaupun dalam 'kegeraman' terselit jua keseronokan...betul tak D.omi..?
Impikan sebuah keluarga yg best juga...tpi mak anak tunggal - ayah anak bongsu drp 3 orang..

Cikbintang said...

ade ye cmni??
wahhh...satu bnda bru rini...=)

D.Omi said...

Sdri Cikbintang,

Masa saya mula-mula kena arang selalu geram dan marah sebab habis baju mahal..maklumlah majlis kahwin mesti le nak melawa. Tapi sekarang saya pakai baju yang sesuai atau kalau sempat terus tukar t-shirt atau blaus...memang best..sekarang saya dan anak-anak antara yang nakal...cuma saya kurang pasti sama ada ramai ke lagi keluarga yang mengamalkan budaya ini..


Kepada Sdri rusna wana,

Saya doakan semoga rusna wana akan mempunyai keluarga sendiri yang besar. Saya hanya tiga anak..rugi rasanya sebab adik-beradik yang lain kebanyakannya antara empat ke sembilan..dan sekarang mereka membilang cucu pula...saya lambat lagi

Anda di luar sana..ada ke keluarga sesiapa lagi yang masih mengamalkan aktiviti ini..jom kita kongsi cerita

story of my life said...

seronoknya ada keluarga besar..mcm2 ragam ada tapi semua nmpk enjoy..best!

shafika misbah said...

bestnye. jeles :(

Unknown said...

hehe...mcm2 ada kt blog neh..byk yg nana xtaw..mesti meriah je knduri kawen org mlaka kan,he.lucu ngk pic tu semua:)

aqishah said...

mesti meriah kan ada tradisi mcm ni... pengantin yg kena... hohohohoo

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

bila ada kenduri kendara paling best!!

The Girl of The Future said...

wah... bestnye! :) sedara2 mia, blum gie nak kahwin.. so blum ada pengalaman yg btul2 lh.. stakat pergi perkahwinan sedara yg tak berapa rapat.. :)
Best juga...
ada juga aktiviti mcm nie... tyme B'day, heheh. ambik kek, letak kat muka yg 'Bertuah' .. best kan.. :) kan percuma dpat rasa kek kat tepi2 muka..

Sarah Naiema said...

Suka nya bergurau senda satu family.. Bukan satu family yg kecil, yang besar plop tu.. nampak seronok jer cam nak m'lepaskan stress jer...hihi...

Keluarga sarah tak pernah buat pon acara nie.. abis jer majlis, semua rehat, maybe penat kot..

Emm,bes jugak wat acara camtu.. dapat la m'rapatkan hubungan silahturahim sesama keluarga..^^

amiraliyana said...

tak penah tau pun ada adat macam ni kat Melaka. huhu best la.. mesti seronok ramai2 ngan family.

Wan_hazel said...

seronoknya leh kumpulkan keluarga macma nie...keluarga besar memag seronok

Wan_hazel said...

banyak banyak entri dalam rakan 1 klik nie..Wan suka sgt baca entri kak Omi...sebab seronok dan banyak mengimbas kenangn lalu..ehehhe...best sebab bkisar tentang khidupan..banyak kan lagi lah entri kak OMI..

Wan_hazel said...

banyak banyak entri dalam rakan 1 klik nie..Wan suka sgt baca entri kak Omi...sebab seronok dan banyak mengimbas kenangn lalu..ehehhe...best sebab bkisar tentang khidupan..banyak kan lagi lah entri kak OMI..

Anonymous said...

seronoknya....pengantin main arang jugak ke d.omi?

x pernah tengok n rasa pun situaasi macam ni...
nampaknya kalau nak merasa kena kawen ngan orang melaka la yek? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...