Followers

Thursday 21 April 2011

Bagi Huruf F Apa Pula Ya?



Fikiran Suntuk
Maksud: Picik fikiran
Contoh Ayat: Orang yang berfikiran suntuk selalu kecewa dan gagal dalam hidup.

Faham Kiri = Berfahaman Kiri
Maksud: Berfikiran politik yang radikal atau berfahaman sosialis.
Contoh Ayat: Semua penduduk tahu dia  berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.

Fajar Menyingsing
Maksud: Awal pagi.
Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Kota Kinabalu sebelum fajar menyingsing.
 







Jako Geliga: Apa kata kawan-kawan buat ayat menggunakan simpulan bahasa ini. Boleh kita lihat sama-sama di laman komentar. 

14 comments:

Cikbintang said...

oh fajar menyinsing tu kira skali ek
ngatkn hanya kata2 kiasan

aqishah said...

lama dah lupa simpulan bahasa ni... :)

rusna wana said...

kalau faham kanan tu maksudnya menyokong kerajaan le yer...:-)

story of my life said...

biasa dengar fajar meenyising jer.. suntuk fikiran ni tak pernah dengar..skrg dah tahu la..bagusnya entry nie..

shafika misbah said...

hehe, langkah kanan jap masuk blog ni. siap ada info pasal simpulan bahasa.

Unknown said...

wah,simpulan bahasa pulak..hehe..teringat zaman skola rendah:)gigih beli kamus nak buat ayat..

Jako Geliga said...

Cikbintang, Fajar menyinsing tu bukan kata2 kiasan.hihik Org dulu2, kalau awal pagi, mrk selalu guna perkataan fajar menyinsing. Sekarang jarang menggunakan perkatan tersebut.Semua senang guna awal pagi.. Romantik kan org dulu2.. hihik

Aqishah: ;)

Story of my Life: Thanks. Saya pun suka coz dapat memperkasakan simpulan serta peribahasa kita.. Bahasa kita adalah khazanah Negara kita.. ;)

Thanks Shafika. Sama2 kita belajar.. ;)

Nanakimie: aa aah, siap beli kamus..hihik. Masa sekolah, kalau pelajaran Bm, kalau ada kuiz ttg simpulan bahasa, rasa seronok sangat..

Sarah Naiema said...

Fikiran suntuk tu b'maksud orang yang b'fikiran sempit ker?
contoh ayat> orang yang berfikiran suntuk adalah orang yang mudah gagal..

Faham kiri tu biase dengar ia b'mksd b'pihak pada musuh..betul ker?

Fajar m'yinsing sedap juga lau disebut dari awal pagi ^_^..

The Girl of The Future said...

Selepas fajar menyinsing, pemuda yg berfikiran suntuk itu sudah mula ingin membahaskan tindakan kerajaan dan menentang keras usaha2 kerajaan seperti org yg berfahaman kiri

Apa macam..? boleh tidak pass nie cikgu Jako Geliga..? hehehe.. acah je.. :) btw, thanks for the info.. mmg berguna.. and love the fajar menyingsing

meoww cat said...

jom bina ayat...
huruf I pulak?

amiraliyana said...

fajar menyising jek tau. huhu

Wan_hazel said...

fikiran suntuk..law sarawak..org cakap suntk tu..macm dah tak de duit lah.."suntuk bena."contoh ayat

Anonymous said...

fikiran suntuk betul la awek tu... baru kenal 2 bulan da ikut lalki tu nikah kat bangkok

acecece

ketika fajar menyinsing terdengar pergaduhan mila dan suaminya...(pagi2 da begaduh ke? teettttt)

Wan_hazel said...

kaseh suchi


kan kan..kaseh ambek jurusan ape erk??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...