Followers

Monday 28 March 2011

Betul ke Lebih Senang Bela Lembu Daripada Jaga Anak Perempuan?



Kalau anak perempuan buat hal atau menimbulkan sebarang masalah mesti orang selalu ibaratkan seperti “jaga lembu sekandang lebih senang daripada jaga anak perempuan seorang’. Betul ke? Sebagai perempuan saya rasa sangat marah dengar perumpamaan ini. Perempuan ni golongan yang menyusahkan ke?

Apa kata kita berfikir dil uar kotak sikit dan lihat perumpamaan dengan lebih luas. Perempuan ini adalah insan istimewa dan terbukti melalui sejarah peradaban manusia bahawa perempuan mampu ‘menggoncangkan dunia’. Oleh itu, anak perempuan sebenarnya memang memerlukan penjagaan dan perhatian yang lebih. Selain ilmu anak perempuan perlu diajar bertatasusila, sopan santun dan berbudi pekerti. Tambahan lagi bagi Muslim, seseorang anak perempuan perlu diajar tentang bersuci, beramal ibadah dan mengetahui mengenai pemasalahan wanita menurut Islam. Pendek kata, banyak perkara perlu dititikberatkan dalam membesarkan anak perempuan. Semestinya tak semudah jaga lembu sekandang yang hanya perlu diberi makan dan minum dan dilepaskan untuk meragut, kemudian dihalau masuk kandang semula.

Jika betul didikan dan ajarannya seseorang perempuan itu akan hebat daripada pelbagai segi, ilmu, budi pekerti dan kewibawaan maka beliau akan melahirkan generasi yang lebih hebat. Jadi, apa lagi, marilah kita jadi dan menjadikan PEREMPUAN itu ‘hebat’...We are what men lack off.










Anom: Menginsafi diri untuk membesarkan dua anak perempuan agar mereka kelak menjadi insan yang akan memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara (nada semangat).   

13 comments:

SarahZin said...

hrmm..memang susah nak didik anak..lagi lah di zaman teknologi ni..haaha..well..kita akan tahu betapa susahnya nt when kita ada anak..=)

rusna wana said...

mak2 kita dulu takut sgt sebab anak perempuan ni byk terdedah kepd pkara tak baik..nauzubillah- smoga terhindar drpd segala yg tak baik...

story of my life said...

mmg betul kot..anak pompuan ni kena jaga extra sikit...huhuhu..

Unknown said...

susah ke ?
mak sowi kalau nabila byk susahkan mak !
=)

yantz-yeem said...

didik anak perlukan kesabaran yg tinggi

aqishah said...

mmg susah jaga anak perempuan...

ia meletakkan pompuan sbg lambang maruah sebuah keluarga

didiklah mereka ngan sempurna

Anom said...

tapi jangan sampai terpingir anak lelaki plakk...lelaki pun sama penting terutamanya dalam mendidik sikap bertanggungjawab sbg 'lelaki'..

Unknown said...

iye?huhu...maafkan kakak mak....

Sarah Naiema said...

Betul tu..pada pdpt sarah, anak perempuan susah dijaga tanpa diberi ilmu yang betul.. Tapi jangan kata anak perempuan saja, anak lelaki pon susah juga..

Tengok zaman skunk ada segelintir perempuan yang jadi bohsia, punk dan mcm2 lagi..nie d'sebabkan pengaruh2 luar yang cenderung mereka.. kurang prihatin dari ibubapa juga merupakan faktor berlaku permasalahan begini..

Tapi insyaAllah, dengan didikan yang baik, diberi didikan agama serta kawalan dari ibubapa dapat m'cegah dari perkara2 s'begitu berlaku dan m'lahirkan prempuan yg hebat dari pbagai segi...Amin

amiraliyana said...

erm. betul jugak memang susah jugak kan. pompuan kalau buat benda2 tak elok memang nampak la kan. lelaki lepas jek. so, maruah tu tercalar sebelah keluarga perempuan kan mungkin sebab tu perumpaan ni di gunakan untuk menggambarkan betapa susahnya menjaga anak perempuan. huhu harap dapat jadi anak yang tak nyusahkan ibu bapak. huhu

Wan_hazel said...

jaga anak insya Allah satu hari nanti dia orang akan jaga kuta..law jaga lembu insya Allah boleh doisembelih..hehehe


jaga anak perempuan nie nak kata susah tak jugak kan..Wan tak taw lak..tapi bila tgk mama dan papa wan mengendalikan kakak wan..sama je macam wan..laki dan perempuan sama je.yg penting didikan

Ummu Ukasyah said...

Diriwayatkan dari Aisyah ra. : seorang ibu bersama dua orang anak perempuannya menemuiku untuk meminta (sedekah), namun ia tidak menemukan apa pun padaku kecuali sebuah kurma yang kuberikan kepadanya dan ia bagi dua untuk anak-anaknya, sedangkan ia sendiri tidak memakannya, setelah itu ia pun bangun dan pergi. Kemudian Nabi Muhammad Saw menemuiku dan kuberitahukan kejadian itu kepadanya. Nabi Muhammad Saw bersabda, “siapa pun yang diuji dengan anak-anak perempuannya dan ia menyenangkan mereka dengan kebajikan maka anak-anak perempuannya akan menjadi perisai mereka dari api neraka”.

Anonymous said...

berbangga lah menjadi anak perempuan sebab akan jadi sorang wanita...
wanita kan hiasan dunia..n seindah hiasan ialah wanita yang solehah...

xkan hiasan dunia nak diumpamakan seperti lembu pulak..ish3 x patut3...

jaga lembu lagi susah sebnarnya..pasal kalo terlepas burn la 4-5 ribu...

kalau anak pompuan terlepas,, x dapat apa2 pun...dapat risau je ada la =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...