Followers

Monday 21 March 2011

Susahnya Apabila Hilang Kewarasan Semasa Memandu

Pada zaman serba maju dan mewah ini, kesesakan lalu lintas sudah menjadi sesuatu yang lumrah dalam kehidupan seharian kita. Berbanding 40 tahun lalu, jumlah kenderaan di jalan raya tidaklah sebanyak sekarang. Saya masih ingat, ketika itu, di kawasan tanaman padi di utara Semenanjung, pesawah menggunakan jalan raya untuk menjemur padi yang baru dituai. Ketika itu, jumlah kenderaan yang melalui sesuatu jalan raya boleh dikira dengan jari. Tapi, jika pesawah menjemur padi mereka di jalan raya sekarang, jawabnya padi yang dijemur itu akan menjadi tepung kerana tidak putus-putus di landa kenderaan.

Itu senario 40 tahun lalu. Kini, jalan raya di negara kita, termasuk di kawasan luar bandar, meningkat dengan ketara berikutan peningkatan taraf hidup rakyat. Jika suatu masa dulu hanya mereka yang bertaraf pegawai, terutama guru, yang mampu membeli kereta atau motosikal, tapi kini, pekerja kilang dan mereka yang berjawatan rendah juga mampu memilikinya. Inilah nikmat kemajuan yang kita kecapi di negara bertuah ini.

Bagaimanapun, kemodenan ini tidak memodenkan pemikiran kebanyakan pemandu kenderaan. Mereka seolah-olah menjadi golongan dungu apabila mengendalikan kenderaan. Penunggang motosikal memecut motosikal mereka dengan cara berbahaya, seolah-olah tidak sabar untuk menginap di wad atau menjadi penghuni kubur. 

Pemandu kereta pula berlagak seolah-olah mereka adalah golongan samseng atau sedang memandu di gelanggang F1. Ada pula yang meletakkan kenderaan dengan sesuka hati, tanpa menghiraukan keselamatan dan kemudahan orang lain. Tempat yang tidak sepatutnya diletakkan kenderaan, mereka gunakan dengan sesuka hati. Double parking sudah menjadi perkara biasa dan bagi sesetengah pemandu, kalau boleh, mereka mahu memandu sampai ke dalam kedai untuk membeli barang, sedangkan masih petak parker untuk meletakkan kenderaan mereka. Inilah yang menjadi punca kesesakan dan timbulnya pelbagai masalah di jalan raya. 
Oleh itu, saya ingin menyarankan agar pihak polis, JPJ dan majlis tempatan bergerak dengan lebih aktif dan bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan lalu lintas. Tiada gunanya pelbagai undang-undang dan peraturan digubal, sekiranya ia tidak diiringi dengan penguatkuasaan.

--BALANGLAMA

8 comments:

SarahZin said...

maybe smua ni bermula dari rumah kan?hehehe..my opinion..cuba tengok dak2 sekolah zaman sekarang..g sekolah pown ngan motor keta..ni salah 1 punca..kita dulu2..g jalan kaki..xpown basikal..hehe

rusna wana said...

hm - insyallah- aku pemandu yg bhemah...

story of my life said...

kena beringat ketika memandu.. biar lambat asal selamat..

Unknown said...

bhaya tuh..kna berhati2 smasa memandu..

Sarah Naiema said...

Tu la orang zaman skrg nie, selalu nak cepat tanpa m'mikirkan keselamatan diri sendiri, orang tersayang dan orang2 di persekitaran...

Ape guna belajar undang2 lesen kereta tapi tidak digunakan dengan sepenuhnya apabila memandu kereta.. Undang2 tu sprti tidak digunakan semasa di atas jalan raya..

Walaupun s'lambat kite untuk ke sesuatu tmpt tapi cuba la memandu kenderaan dengan berhati2, sentiasa tenang serta m'mikirkan keselamatan bersama... Cuba b'sifat bertolak ansur dan timbang rasa.. Elakkan dari mengikut perasaan dan nafsu...

Pandu cepat jiwa selamat =)

amiraliyana said...

tak boleh la memandu secara tidak hemah. membahayakan diri sendiri dan jugak orang lain.ingatlah orang tersayangg..

amiraliyana said...

eh. cik sarah naiema ayat yang last sekali bukankah "Pandu Cermat Jiwa Selamat"? hehe. salah tulis kot. =)

Wan_hazel said...

nie gara gara movie lah nie..siap brangan nak jadi amcam dalam movie..hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...