Followers

Monday, 21 March 2011

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul

Assalamualaikum…apa khabar rakan 1klik semua.  Hari ni CK terpanggil nak bercerita tentang tanggungjawab menjaga ibu bapa yang sakit dan uzur.  Banyak terbaca di dada akhbar anak-anak mengabaikan orang tua terutamanya yang sakit dan uzur.  Kenapalah boleh jadi macam tu betullah kata orang seorang ibu boleh menjaga 10 anak tapi 10 anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu hmmmm.

Sememangnya tanggungjawab menjaga orang tua yang uzur tidak semudah yang diperkatakan. Lebih-lebih lagi bagi orang tua yang sakit dan tidak berdaya menguruskan diri sendiri.  Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.  Anak-anak  yang menggalas tanggungjawab ini perlu bersedia dari segi mental, fizikal dan material.  Dalam hal ini, sokongan dari adik-beradik dan pasangan amatlah diperlukan.  Bagi yang sedang menjaga orang tua yang sakit, tahniah CK ucapkan dan diharapkan banyak-banyak kan bersabar.

Tapi dalam hal menjaga orang tua ni satu sajalah yang CK nak berpesan, hidup ini umpama roda, jika kita menjaga dan mengasihi ibu bapa kita Insya-Allah kita akan disayangi dan dikasihi oleh anak-anak kita.

Sampai berjumpa lagi…salam sayang dari CK







CK – Cukup Kasihkan ayah dan ibu



7 comments:

::sarah:: said...

=(

rusna wana said...

anak yg ramai pun blum tentu boleh mjaga kita bila kita tua nanti...mcm2 alasan, sibuklah..ada kerja lah...kalau tak beruntung- ada anak yg sanggup hntar kat rumah orang2 tua..

nanakimie said...

insyaAllah....moga kita sama2 dapat mnjlnkan tgjawab dgn sebaeknya...pngorbnan yg mereka lakukan amat besar dan tidak ternilai

Sarah Naiema said...

Sedih tengok lau g bandar orang2 tua minta sedekah, mengemis minta nak duit..kadang2 terpikir mana anak2 diorang?kenapa diorang wat ibubapa diorang camni?..sara sbenarnya sensitif dan sebak bila tgk orang tua w'pon da tua tapi tetap m'cari makan di bandar..

Anak2 jangan la lupa ibubapa da m'besarkan kite, m'didik kite shingga b'jaya, m'biayai kite belajar dan lain2.. Jangan b'perlakuan kasar dan m'lawan cakap ibubapa serta jaga la hati diorang sementara diorang masih ada.. ingat la syurga t'letak di kaki ibu..

Semoga kite da m'laksanakan tgungjawab m'jaga ibubapa kite s'lagi mereka masih ada..jasa dan pergorbanan mereka amat la besar dan tidak ternilai gan wang ringgit,,

amiraliyana said...

uhuk2..

Wan_hazel said...

tak taw nk cakap apa..sedangkn mama leh jaga anak yg ramai..tapi anak yg ramai tak leh jga ibu bapa..manusia skang nie pelik..dulu anak2 suka law ibu bapa hidp serumah dgn dia org..Manusia berubah..zaan berubah

kaseh suchi said...

kite penah jaga ayah kat hospital..sedih tau tengok keadaan ayah baru lepas operate...

dah la xleh makan...bergerak x boleh...semua x boleh..memang harapkan orang jela...

kalau dia nak sesuatu tu kan..tapi kite x paham,,,dia mula la nak marah2.. tapi kite tau dia marah2 pasal dia rasa bersalah kena susahkan anak dia...

kasihnya ayah...kekal abadi...=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...