Followers

Monday, 21 March 2011

iPad 2 : Terhangat di Pasaran

Salam Sejahtera dan 1Malaysia semua....!!!! 

Hari ni ambo ado berita terbaru tentang Gadjet terbaru Apple. Belum sempat ambo habis fikir berkira - kira untuk membeli ipad tup tup... dah keluar satu lagi 'hot item' syarikat gergasi Apple iaitu iPad 2. IPad 2 dua kali ganda lebih baik dari iPad. IPad 2 dicipta untuk menutup kekurangan ipad dan menambahkan lagi fungsinya untuk memikat hati sesiapa yang suka dengan kecanggihan dan teknologi ini. Antara kelebihanya:

Ringan dan nipis.

Tengok lah sendiri betapa nipisnya iPad 2 ni... ini membuatkan ia lebih menarik dan menawan sesiapa saja yang melihatnya. Memang sangat senang untuk dibawa ke mana sahaja.
  
Dual - Core A5 chip




Dengan menggunakan Dual - Core a5 chip, iPad 2 lebih laju dari yang sebelumnya untuk pelbagai aplikasi seperti melayari internet, permainan, menonton video dan apa - apa la yang demo nak buat. Satu lagi kelebihannya adalah ia dapat bertahan selamat 10 jam dalam stand - by - mode.

Mempunyai 2 kamera depan dan belakang


Demo semua mesti terpikat  sebab iPad 2 ini  dilengkapi dengan kamera VGA di bahagian depan dan 720p resolution dibahagian belakang. Demo boleh FaceTime  untuk video calling dengan yang tersayang. Menurut Pengerusi Mobile Entertainment Forum, (MEF), Andrew Bud, iPad 2 memperlihatkan bagaimana kecekapan hubungan telefon disambungkan dengan sesebuah alatan teknologi seperti ‘tablet’ dan menjadi medium utama untuk akses kepada sebarang informasi dan hiburan.
 
Dilengkapi 'Smart Cover'


Ipad 2 kali ini dilengkapi dengan penutup serba boleh. Ia bermagnet dan automatik. Sangat nipis dan ringan. Mempunyai fiber mikro yang mampu membersihkan skrin. Automatik off bila ditutup dan On bila dibuka. Mudah untuk diubah dan ditanggalkan. Ia terdapat dalam bentuk kulit dan Polyurethane.

Multi Touch - Sentuhan jari


Yang ini la ambo paling suka... Semua nya hanya di jari anda! Hanya memerlukan 'Touch point' demo untuk melakukan apa yang di Internet dan aplikasi iPad 2. Ambo sangat teruja...

Sistem operasi iOS 4. Sistem operasi mobile paling baik



iOS 4 adalah sistem operasi untuk iPad. Ianya dibina dengan cukup inovatif, powerful dan yang pasti ianya stabil, keselamatan sekuriti dijamin dan bertindak balas. Sememangnya cukup hebat untuk digunakan dalam kegunaan seharian.

Wifi dan 3G dipertingkatkan



iPad 2 dibahagikan kepada dua dimana Wifi dan 3G. Ianya dibina menggunakan teknologi wireless 802.11n. Jadi kekal berhubung sentiasa.

Memang segar dari ladang, dan sedang hangat dipasaran. Ambo memang teruja dengan kecanggihan gadjet terbaru Apple ni. Tetapi ambo rasa teknologi ipad ni sangat laju, nanti tengah plan nak beli yang ini akan keluar pula yang lain. Apa pun teknologi ini sangat bagus dan menujukkan kemajuan teknologi semakin berkembang pesat. Kita sebagai pengguna kena bijak menilai mana yang terbaik dan mengikut keperluan.

Untuk pengetahuan semua, iPad 2 ini baru sahaja dilancarkan pada bulan Mac 2011 dan akan dipasarkan di pada akhir bulan ini dan untuk sampai di Malaysia mungkin pada bulan Jun atau Julai. Pada sesiapa yang berminat kena sabar...!










P/s: Tak tekejar dah ni... laju sungguh teknologi telekomunikasi ni...

12 comments:

rusna wana said...

tak mampu nk miliki - hnya 'norkia' yg terpahat di hati...

::sarah:: said...

hehehe..macam best aje lau dapt i pad mase besday..haha

Anonymous said...

rusna wana: Memang perlu untuk berfikir dengan teliti jika ingin memiliki Ipad - 2 ini... Ia sesuai dalam tugas seperti wartawan atau pekerjaan yang memerlukan info up to date... semestinya sesuai...

Sarah : Doa la semoga ia jadi kenyataan.. bagi - bagi la hint pada yang tersayang... ^-^

- NAHAZA-

aqishah said...

nak i pad kalo dapat hadiah

story of my life said...

bestnya kalo dapat satu..teknologi skrg semakin maju.mcm2 ado..

Anonymous said...

Aqishah: kami pun nak bagi kat semua kalau ada kemampuan.... tapi setakat ini memang kami tak mampu ler...hehehe..

-NAHAZA-

aqishah said...

hehehehe.... saje gurau2


teknologi semakin canggih dan terbaru

mmg x terkejar pun

apapun maybe satu hari akan memilikinya...

nanakimie said...

hm..macam2 ada:)mmg xterkejar dah..hehe

aqishah said...

tulah pasal hanya mampu tengok je la.. :)

♥CHaRa♥ said...

mahal ni..nak beli pun blm mampu lagi.so dpt tgk je lah.hihi

amiraliyana said...

best2. hanya mampu melihat dari jauh ja la..huhu

Wan_hazel said...

tak minat ipad besar sgt..handphone lagi best..ehhehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...