Followers

Tuesday, 8 March 2011

Skim Kerja Dari Rumah Dan Waktu Kerja Anjal


Kan bagus kalau organisasi awam dan swasta menawarkan skim kerja dari rumah dan waktu kerja anjal (flexi working hours) macam yang disarankan oleh PM di Majlis Sambutan Hari Wanita 2010. Macam pioneered projek kerja dari rumah yang dijalankan oleh JKR. Projek ni mostly melibatkan wanita dan terbukti membawa faedah kerana produktiviti mereka berganda malah kos perjalanan berkurangan.

Kalau organisasi di Malaysia tawarkan skim kerja ni, mesti ramai lagi wanita akan terlibat dan kekal dalam bidang pekerjaan. Jadi, target sebanyak 70% wanita terlibat dalam bidang pekerjaan mesti dapat dicapai berbanding sekarang ini hanya 46% sahaja wanita dalam sektor pekerjaan. Apa taknya, kerjaya boleh dibina dan rumah tangga pun terjaga, work-life balance.. Kan best…Inilah yang dinanti-nantikan oleh semua wanita Malaysia…





11 comments:

story of my life said...

saya sokong la..boleh jaga anak juge..

rusna wana said...

bestnya kalau boleh kerja dari rumah dan amalkan keja waktu anjal tu...takde tergesa2 mengejar punch card....

Anom said...

Dapat elak jam dan kesesakan yang tak sepatutnya tu kan...best..I think the gov. already look into it la..

aqishah said...

bestnya kalo dpt cam nih... letih asyik dtg gi keje... hurmmm

Sarah Naiema said...

'Wanita belajar tinggi akhirnya dok dapur jugak' tu sara sering dengar masa dok sekolah dulu..

Tak mustahil kan perempuan bljr2 tinggi m'punyai kerjaya tapi boleh m'guruskan rumahtangga mereka dengan baik..

Terkejut jugak 46% that mean tak sapa s'paruh wanita bkerja.. Melalui program nie, para2 wanita dapat la m'jana income dan berkerja dirumah..=)

amiraliyana said...

oh ya hanya 46% saja wanita yang bekerja.. tak sangka!

mungkin skim macam ni akan menambahkan lagi bilangan wanita yang bekerja nanti.

Wan_hazel said...

tringat lak Wan wan pernah tengok pasal nie kat TV..nona or MHI..tak ingat lah...syok juag klaw leh kerja dari rumah..leh tengok2 kan baby n kemas rumah bagi wanita..waktu bkerja pun anjal..

Ummu Ukasyah said...

Wah.. seronok lah kalau macam ni.. wanita bekerja dari rumah.. tak perlu pergi pejabat.. kalaulah ada, nampaknya saya lah orang pertama yang memohon kerja. Sebelum ni tolak satu kerja di jabatan kerajaan sebab dah kahwin dan bakal ada anak.

Tapi nak kerja kalau kerajaan buat macam ni, kerja dari rumah. Anak-anak terjaga, pergaulan pun terjaga. Suka-suka.

Wan_hazel said...

skang kak anom lak..pendapat n pandangan dari Wan..Bnayak kan lagi kisah lucu yang penuh isi tersirat dan tersurat contoh macma kisah itik dan ayam tu..ada unsur nasihat dan tak kering gusi..makna nye best..sronok baca karya akak..

kaseh suchi said...

bagus lah macam ni...xda la golongan wanita yang berpelajaran yang mahu bekerja di rumah tertipu dengan skim2 perniagaan internet macam kutu haram ke..log in fb dapat duit ke....

ye la...da ada kerja tetap yang bole buat kat rumah kan..buat apa nk join benda2 tu lagi =)

padlie said...

Banyak syarikat dah memulakan skim kerja dari rumah.. Jimat bil elektrik syarikat.. hehehe Flexi hours dah lama diorang buat..

Walau bagaimanapun, kerja dari rumah tak sesuai untuk mereka dalam skim teknikal.. Kami kena duduk on-site untuk pastikan kerja berjalan lancar.. Dan ramai wanita juga dalam skim ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...