Followers

Tuesday, 8 March 2011

Aku Jengah Di Jendela.....

Salam 1Malaysia.

Asyik kita dengan Salam 1Malaysia ni sampai kadang-kadang terlupa kita memberi salam.

Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat semua di luar sana,
Bertemu kita di alam maya,
Semoga ria dan tiada duka.

Salam perkenalan buat pengunjung Rakan 1Klik semua. Aku Ajegendela (Jegen). Dah  sebulan Rakan 1Klik bersiaran di alam maya ini. Coretan aku juga yang tak kunjung tiba. Bukan tak suka nak bersua, tapi dah tak ada idea. Jadi lambatlah berkongsi cerita. Sedikit rasa teruja. Mana tidaknya , aku yang bukan seorang penulis ini diberi peluang berkongsi idea dan cerita.

Sedikit tentang aku.  Ajegendela nama panggilan aku sewaktu kecil. (a name given by my cousin. She used to call me by that name. Never know and never ask, how, what, where and why … I kind of like the name though).  Sukakan hijau (my dolly is green, thanks to the creativity of the artist, I love it). Mungkin itu saja tentang aku buat masa ni.

Ajegendela. Satu “nickname” yang seseorang seperti aku boleh terima. Bukan semua orang dapat terima nama panggilan yang diberikan kepada mereka. Terutama kalau ianya ada kena mengena dengan diri atau keadaan mereka. Jadi kita perlu belajar mengenali seseorang.  Tak kira siapa kita atau di mana kedudukan kita. Jangan sesekali menyakitkan hati orang lain dengan nama-nama gelaran yang mungkin boleh mengguris hati penerimanya. Cukuplah nama panggilan yang indah dan diketahui  memang dapat diterimanya. Betul tak? Betul…………








JEGEN Tanya:  hmmm… agaknya kalau orang tu dipanggil “Teruna kacak” atau si “gadis ayu”, dia marah tak ? ….

7 comments:

aqishah said...

hai...Ajegendela

salam perkenalan yer...

semua org suka ngan panggilan manja yg sedap di dengar...

itukan satu pujian.. kalo bole nama gelaran yg x elok dihindari.. bkn apa kalu tuan empunya x redha maka dah jadi satu dosa

Ajegendela said...

Salam perkenalan jua Aqishah...

nanakimie said...

nickname yg unik:)susah ase nak sebut..hehe..

Sarah Naiema said...

Salam perkenalan ajegendela..

Nama sedap dipanggil dan mempunyai keunikan yang tersendiri..=)

Betul tu, tak semua orang boleh m'nerima pgilan yang diberi kepada mereka..ada stgh dari mereka b'sifat sensitif dan org s'begini harus dijaga prsnnye.. atau mungkin mereka diberi gelaran yang pelik dan m'yakitkan hati serta m'libatkan fizikal seperti hitam, botak, gemuk dan lain..tu mugkin sb mereka tak dapat terima..

Belajar mengenali seorang juga perlu..lau berkawan, kite tak boley m'mikirkan prsn kite saja dan ikut pgai kite jer.. cuba selami hati seseorang mybe mereka tak dapat tima pgai kite yang negatif tu..=)

amiraliyana said...

salam kenal Ajegendela. unik nama tu.=)

kalau orang panggil Teruna Kacak atau Gadis Ayu mungkin orang tu tak marah. malu ja kot. if pompuan la. lelaki taktau la. hehe

Wan_hazel said...

hahaha...yang nie wat wan ketawa sorang.ape tak nye..opah panggil wan pak tam..alahai..hitam sangat ke wan nie..ehehhe...tapi best kan..nama unik orang lain tak de nye..

Si kOtAk HaTi said...

Assalamualaikum Ajegendela..

Nice name friend...=)
Apa ada pada nama?? hehe Yang penting kenal hati budi seseorang itu.
Orang kata, x kenal maka tak cinta.
Saya sendiri mempunyai banyak nama samaran. Masa sekolah dulu, kawan-kawan panggil saya "ceng"..segalanya ada sejarah yang tersendiri..
Tapi, saya suka nama tu...
At least i have a sweet memory with them..(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...