Followers

Thursday, 10 March 2011

Sistem Keagamaan Masyarakat Cina

Hai Semua! 

Saya, Soon. Di ruangan ini, saya akan berkongsi dengan rakan-rakan tentang budaya, agama, adat resam, dan lain-lain pasal masyarakat Cina di Malaysia.  Hari ni, saya nak kongsi tentang sistem keagamaan masyarakat Cina atau dikenali juga sebagai keagamaan rakyat Cina (min jian xin yang). Dalam keagamaan ini, ia lebih bersifat sinkretisme iaitu campuran agama, adat-resam, kepercayaan lokal, pantang-larang dan sebagainya sehingga terbentuknya satu keagamaan baru. KAlau rakan-rakan nak tahu, secara asasnya, majoriti masyarakat Cina adalah beragama Buddha. Dalam masa yang sama, mereka juga mempercayai atau mengamalkan agama Tao, ajaran Konfusianisme, Kristian, Sathya Sai Baba dan sebagainya. Bagi mereka, selagi agama atau kepercayaan tersebut dapat dimanfaatkan, memajukan kehidupan mereka dan memenuhi keperluan kerohanian, mereka akan mencampur-adukkan keagamaan mereka.



Walaupun mereka juga percaya dengan semua agama, doktrin asas Buddhisme seperti konsep karma (yin guo) masih lagi kuat mempengaruhi fikiran mereka. Dengan kata lain, dalam konsep tersebut, sesiapa yang melakukan baik akan dibalas baik. Sebaliknya, sesiapa yang melakukan jahat akan dibalas buruk. Sebab itulah, mereka menjalani kehidupan dengan berpandukan  konsep karma. Sebab mereka percaya amalan karma yang dilakukan olehnya akan mempengaruhi keturunannya. Seboleh-bolehnya, mereka akan cuba elak daripada buat perbuatan dosa kerana ia dipercayai akan membawa musibah bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada anak dan keturunannya.



Soon

7 comments:

::sarah:: said...

menarik..baru tahu..thanks..

Sarah Naiema said...

Setiap kaum mempunyai keunikan dan adat resam tersendiri...=)

amiraliyana said...

oh.. ic.. hehe terima kasih atas perkongsian.=)

Wan_hazel said...

soon blogger cina??wow..wan baru jumpa blogger cina lah..and tengs wat pkongsian nie..

padlie said...

Keunikan Malaysia adalah kepelbagaian bangsa dan agama. Walaupun kita dah lama bersama, masih banyak yang kita tak tahu mengenai kebudayaan dan adat bangsa lain..

Saya banyak mempelajarinya daripada rakan sepejabat yang berbangsa India dan Cina. Harap dapat lebih pengetahuan melalui blog ini..

kaseh suchi said...

btul kata padlie...
kalau malaysia x da kepelbagaian bangsa & agama x merasa la dapat pengetahuan tentang masyarakat cina dari soon ni ye..hehehe

tapi walaupun kepelbagaian agama..semua agama yang rakyat malaysia anuti ni mempunyai asas yang sama...

buat baik dibalas baik,,buat jahat dibalas jahat..

walaupun hukuman bagi setiap agama & kepercayaan x serupa...tapi dengan basic yang sedemikian kita mampu menghasilkan negara malaysia yang aman ni..

Wan_hazel said...

Malaysia negara aman yang berbilang kaum dan agama..masyarakat bebas beragama..skang kita boleh berkongsi perayaan...Syukur bila wan dilhirkan dikalangn rakyat Mlaysia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...