Followers

Wednesday, 9 March 2011

Merokok Membahayakan Kesihatan


Semua orang tahu merokok itu boleh membahayakan kesihatan.  Tetapi pada setiap tahun peratusan orang yang merokok sentiasa bertambah  terutamanya di kalangan remaja yang sedang menuju ke alam dewasa. Merokok  sebenarnya memburukkan imej perokok dan membahayakan kesihatan.  Penyakit –penyakit yang boleh di jangkiti oleh orang yang merokok ialah barah paru-paru, jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan dan sakit jantung.

Di antara tanda-tanda dan gejala yang dialami oleh seorang perokok ialah pening-pening kepala, mudah letih apabila menaiki tangga dan mendaki  bukit, daya tahan, batuk, tiada selera makan, kekuningan pada gigi dan jari tangan dan bernafas sentiasa berbau. Gejala buruk ini kalau dibiarkan akan merosakkan diri perokok itu sendiri.  Menyedari akibat buruk inilah maka kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah mengadakan kempen berhenti  merokok secara besar-besaran pada setiap masa.

Oleh  yang demikian berusahalah untuk berhenti dari merokok demi menjaga kesihatan diri sendiri.  Ia juga dapat menjamin wang yang mana boleh digunakan untuk tujuan yang lebih berfaedah. 




PS Mubin: Ikuti petua-petua berhenti merokok yang akan saya paparkan di sini pada keluaran akan  datang. Tunggu...

7 comments:

... Ana... said...

katakan tidak pada rokok

aqishah said...

jom join klinik berhenti merokok.... kat klinik kerajaan... free ubat nicorette selama 3 bulan...

rusna wana said...

orang kata, dia tak nak rokok tu sebab rokok tu dah rosak( bengkok) macam2 ada ....

aqishah said...

org merokok tu mmg tau bahaya merokok tapi nak juga merokok kan...

so kenalah menahan nafsu dan bertindak bijak..

amiraliyana said...

rokok ni buat orang ketagih sebab tu bilangan orang yang merokok semakin bertambah kot. sekali dah hisap payah nak berhenti.

Wan_hazel said...

betul ke merokok membahaykan kesihatan???tapi kenapa Papa wan law tak merokok dia jadi mcam orang yang tak taw pape...ketagih sgt kot..papa wan kasi taw..law meroko kidea dtg berlambak2..lucu lak..nasib bek wan tak merokok..

padlie said...

Saya pernah tengok paru-paru perokok yang real.. Memang hitam.. Rokok ni tak ada kebaikan pun, sekali terjebak, susah nak lari..

KEbanyakan penagih dadah pun bermula dengan merokok. Sebelum kita membahayakan diri dan orang sekeliling kita dengan asap rokok, ada baiknya kita jauhi produk tembakau ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...