Followers

Monday 14 March 2011

Seni Mendengar – Dengar dan Didengarkan

“Dengar cakap aku, sebab aku bos!” jerit seseorang yang berjawatan besar di sebuah organisasi terkemuka di Kuala Lumpur ni. Mahu kecut perut kalau hari-hari gegendang telinga diterjah dengan suara bak halilintar macam situasi kat atas ni. Berani atau tak, dengar sajalah atau ada ke yang berani nak melawan cakap bos? Silap-silap boleh dibuang kerja dibuatnya. Pada saya, sama ada kita ibu bapa atau anak, pekerja atau majikan, suami atau isteri, atau apa pun peranan diri kita, kita perlu memiliki kemahiran ini iaitu seni mendengar.

Seni mendengar bukan sahaja mendengarkan kepada si pencerita tetapi perlu mendengar dengan teliti termasuklah melihat kepada mata orang yang sedang berbual dengan kita, pergerakan tubuh badannya, tidak menyampuk, tunggu saat untuk bertanya, bertanya apabila perlu bertanya dan berfikiran terbukalah ketika kita sedang mendengar. Tetapi apa yang terjadi, adakalanya kita mudah menutup ruang kepada si pencerita kerana kita selalu sangkakan yang diri kita sajalah yang betul. Orang lain itu salah dan perlu diam. Ya, diam perlu apabila kita perlu berdiam, contohnya kita tidak bercakap ketika kita sedang tidur.

Perhatikan bagaimana seorang hakim di dalam mahkamah yang perlu mendengar dengan teliti hujah-hujah para peguam baik sebagai pendakwaraya atau peguam bela. Hakim yang menghakimi jarang sekali memutuskan keputusannya tanpa mendengar, tidak menyampuk, tidak menghakimi tanpa bukti dan bertanya apabila perlu untuk mendapatkan maklum balas daripada peguam dalam satu-satu kes perbicaraan. Layakkah kita menghakimi dan memutuskan sesuatu keputusan tanpa memberi peluang kepada seseorang untuk menceritakan hal yang sebenar?
 
CikPanda: Ciri-ciri seorang pemimpin yang baik akan diteladani oleh orang bawahan dan segala masalah di dalam sesebuah organisasi dapat diatasi kerana adanya komunikasi dua hala yang berkesan – mendengar dan didengarkan.

7 comments:

aqishah said...

jadi seorg pemimpin yg baik mestilah kena mendengar... jgn jadi bos yg bersifat kuku besi...

buang ego utk lebih adil..

Unknown said...

betul tu... setuju dengan awak aqishah

Sarah Naiema said...

Segelintir orang susah untuk m'dengar teguran dari orang.. Apabila ditegur mula la b'fikiran sempit dan negatif... Sepatutnya abik ia sebagai pengajaran serta menerima segala teguran dan kritikan yang diberikan...

Jika kite nak orang berbuat baik kepada kite, ape salah nya kite berbuat baik dulu terhadap oarng lain.. jgn ikutkan sangat ego yang ada...

Lebih2 lagi lau menjadi seorang pemimpin.. seorang pemimpin haruslah kuat dari segi mental dan fizikal.. sentiasa mendengar setiap yang ditegur, jangan pikir bila kite ketua kita adalah segala-galanya..susah lau macam tu, kelak akan dibenci orang juga...

Bila ditegur sebaik2nya dengar gan hati terbuka, mana taw salah n silap tu boleh diperbaiki supaya m'jadi lebih better..^^

think positif^^

amiraliyana said...

memang. memang sakit hati kalau kita tak di beri peluang untuk bela diri kita. tak kisah la salah atau tidak. yang penting kita harus beri peluang untuk di bela nasib.

Wan_hazel said...

hakim nie duduk atas tali..salah bagi keputusan masuk neraka..Berdosa..sebab org tak bersalah kena hukum....Semua nya bgntung pada peguam..law pguam tu terer mesti menang,

komunikasi ada dua..satu hala dan dua hala..kalau jadi org atsan lebih baik buat kmunikasi dua hala..tak kisah lah ibu bapa ke..kakak abg or bos bos..

Anonymous said...

seni berkomunikasi...payah bagi orang yang jarang berkomunikasi...

contoh terdekat bos dalam entri atas ni...
kalau dia slalu berkomunikasi,,,mesti dia tau cara nak tegur pekerja dia...
bukan main sergah je macam tu...kita kena la jaga hati orang tu,,tegur dengan berhemah,,baru la pekerja tu mau nak dengar apa kita nak tegur tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...